Friday, February 17, 2012

Teringat Doa Doa Ini


Assalamualaikum,

Duhai hati ...Kenapa resah dan gelisah? Penat tak menentu, letih membanting tulang, memerah otak mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga dan anak2. Badan jadi kurus dan tak bermaya ditambah kerisauan yg panjang. Hutang kredit card, hutang rumah, hutang sana sini... Kalau hati resah gelisah risau memanjang amalkan doa seperti di bawah. ins'allah...


Doa untuk menjadi seorang yang rajin dan mengelakkan diri daripada berhutang

Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kpdMu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepadaMu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia HR Abu Dawud
Pesan datuk nenek agar anak cucu rajin amalkan membaca Surah Al Waqiah setiap pagi dan malam sbg doa murah rezeki, rezeki ilmu dan kesihatan dsb.
Makan berteman
Hendaknya makan bersama-sama dengan orang lain, baik tamu, keluarga, kerabat, anak-anak atau pembantu, sebagaimana hadis Rasul Rasulullah SAW yang bermaksud, “Berkumpulah kalian dalam menyantap makanan kalian (bersama-sama), kerana di dalam makan bersama itu akan memberikan berkah kepada kalian.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 3764)


Anak2 jangan bergaduh, jangan kokak adik beradik macam kucin. Mak ayah didik sedari kecil agar bertolak ansur, berkongsi mainan, peralatan dan alat tulis sekolah dsb. Kalu anak2 cepat marah amalkan doa2 ini. Amalkan sebagai zikir pun boleh. Mamawana suka sangat ayat ini sebab boleh digunakan juga bacaannya dan dihembus pada luka kulit yg terkena air panas atau melecur kulit terkena api. Alhamdulillah segera ia sembuh.


قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩)

Allah berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!. Surah Al Anbiya' (69)



Anak2, tidurlah dengan sopan.

Sebelum Tidur Membaca Doa :
بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ
bismikallahumma ahya wa amutu
Artinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

• Sesudah Bangun Tidur Membaca Doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Artinya :
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit


Anak2 kecil memang suka tidur bawah ketiak emak dan ayah.


Susah payah ibu bapa membesarkan anak2 penuh sabar dan airmata, mudah mudahan anak2 mendengar kata, berakhlak mulia dgn Islam dan Iman semoga di penghujung usia ibu bapa penuh senyuman.



Sekadar entri utk bacaan. Yang baik dijadikan teladan dan amalan. Wasallam.

5 comments:

MaryaYusof said...

Salam mamawana,

Perkongsian di pagi Jumaat (Skkrg pagi Jumaat)... ambil berkat... cute kucing2 tu...anak sy Iman teruja tgk sekali :)

-gedek! said...

gambar kucing tu wana shoot ke? atau pinjam gugel?

Miss Mirror a.k.a Sam said...

My MIL selalu pesan kt saya suruh baca Surah Al Anbiya' (69) tu kalau cuaca panas terik ... biar kita tak rasa bahang sgt. Wallahualam.

sal said...

alhamdulillah...
syukran dapat mengamalkan doa2 harian spt ini..

Acik Erna said...

mamawana.terima kasih..walaupun mama wana kata sekadar bacaan..tapi sungguh bermakna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...