Monday, February 6, 2012

Selamat Tinggal Kota Raya


Assalam dan Bismillah

Semoga diberkati perjalanan ini. Ya Illahi. Kerinduan yang sering menjengah. Mencuit lara, mengguris ceritera lama. Selamat Tinggal kota Raya. Aku kan pergi meninggalkan segala riuh dan desah kota yg kian kabut. Untuk secebis ketenangan. Melalui denai LRT, Plaza Rakyat, Kota KL. Aku dalam perut plusLiner menjengah jendela pagi yg panas. Selamat tinggal kota Raya.

Salam untuk DayaBumi.
Salam untuk Langit dan awan gemawan.
Jangan lupa Selamat Tinggal pepohon jalanan.
Menuju Desa ku tercinta. indahnya pepohon kelapa dan sungai lebar yang deras mengalir. Salam pada Sungai Perak. Desir alir sungai yang deras , menggerunkan. Tapi indahnya panorama desa yang cukup bersih, segar dan nyaman. Kg. Tok Paduka Raja, Pulau Tiga, Parit Perak.

Salam untuk sawah di kiri kanan sebuah perjalanan. Indah.

Pilu seketika, menatap maqam pendakwah Arab Sheikh Hussein Yamani, benar2 di hujung tangga rumah kampung ku. Al Fatihah. Sepi, ditinggalkan tanpa pengunjung. Beratus tahun usianya, sudah makin uzur maqam ini. kenapa tiada orang yang membersihkannya. Al Fatihah3x.




Sebelum berangkat pulang, sempat berposing dgn sikembar yg hensem (anak kekanda di Parit)


Usah merajuk Kota Raya. Aku pergi hanya seketika, sehari sahaja sekadar melepas rindu pada sepoi angin sawah desa tercinta. Ngeeeeee ..

32 comments:

-gedek! said...

hehe... susunan gambar yg kreatif...

plan dari awal?

che mid said...

Salam, selama mana kita di bandar, ingatan kampung halaman tetap melekat..

zino said...

seronok bila balik ke desa...

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Ketenangan itu perlu dicari dan diusahakan. InsyaAllah dengan niat yang ikhlas dengan mengikuti syariat agama, segala yang terhasrat akan tercapai.

kakcik said...

Bagiku... kampung halaman hanyalah imbauan masa sila yang sukar terpadam... :(

~CiK TiNieY~ said...

Tenang kan berada di kampung kehijauan?:)

Have fun mama!:)

~najwa~ said...

Salam Kak....
Samela kita.....org perak.



Gambar yg Ada pokok kelapa dan sungai tu cantik

nyanyisunyi said...

Assalamualiakum Mama...
seronoknya bila seseklai tinggalkan hiruk pikuk kita raya kan....

tapi bila terlalu lama tinggalkan hiruk pikuk tu kita mesti rasa rindu...

AzeedA said...

Assalamuaikom mamawana :)
balik Paghit ye yong?

Ibuhani said...

Salam mamawana.....ingatkn dh merajuk nk tinggalkn kotaraya....rupanya balik kg! hehehe....kena nyanyi lagu sudirman masa balik kg tu.... :)))

Jendela Hati said...

buat suspen je... hehee

apa2 pun desa tetap di cari... nyaman dan selesa

Acik Erna said...

assalam mamawana..kesronokan yang tiada bandingan bila dapat balik kedesa.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Memang indah suasana desa... sekali-sekala pulang, rasa tenang dan mendamaikan melihat kehijauan.

secangkir madu merah said...

Balik kampung menikmati suasana yg sunyi dan tenang jauh dari hiruk pikuk kota... menikmati juga lauk pauk kampung yg enak2 belaka... tenang hati tenang jiwa ya..

sal said...

seronoknya balik kampung..

akuzle ayu said...

kak, nak kener geget?? hahahhaha...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

canteknyer pemandangan sawah.. :)

qamarguyz said...

salam ziarah..
selamat beristirehat bersama keluarga tercinta =)
ser0nok menghirup udara segar di kampung..nyaman sekali

muazlumut said...

selamat kembali ke perak....
jiran rupanya....saya kat parit jugak

ummu said...

salam kak mamawana
indah nian desa tercinta
biar bertahun hidup berdagang
tempat jatuh tetap bermain di mata
suatu masa pasti kan pulang...

mamawana said...

Assalam Bro Gedek..

Heee..... pantang berjalan mesti nak snap gambar2 kan...

mamawana said...

Che Mida and Zino..

Yep my lovely kampung still beauty in nature.

mamawana said...

Assalam LF dan kakchik..

Ada ceritera dihujung kampung. Di kampung ada teratak. Dlm teratak ada kotak. Dlm kotak ada katak melalakkk.... heeee.... Lagu Jamal Abdillah Aku Maafkan Kamu...

mamawana said...

Cik Tiniey lovely.. Najwa.. pokok kelapa tu depan rumah ajer...

mamawana said...

My sweetie Nyanyi sunyi and Azeeda..

Yahuuu, sempat balik Paghit. Musim buoh dah habis..

mamawana said...

My sweet Ibuhani and Jendela hati.. heheheeee.... balik kampung menziarah kenangan dan jejak2 lampau. huhuhu.

mamawana said...

Achik Erna and Miss Mirror..

Ya, seronok dpt nengok wajah2 desa. Walau ramai yg dah tiada. Rumah sepi, sunyi, Opah2, Atok2 makchik2 semua dah tiada. Huhuhu... Mrk sentiasa dgn Alfatihah di hati ku.

mamawana said...

Salam sayang secangkirmadumerah and Sal..

Ya.. puas dpt melihat kampung tercinta dan rumah kampung yg terbiar lama...

mamawana said...

Akuzle sweetie... hahaha... nak kena kokak2 manje..

mamawana said...

CMA and qamarguys... best ada kampung kan. Yg mana takda kampung tu kena cari kampung satu dan abadikan dlm hatimu.. ihiiikkks

MaryaYusof said...

Mamawana,

Saya suka suasana kg... aman & tenteram... paling suka gambar sawah padi tu...

Makam Pak Sheikh tu takde ke keturunan die yg jaga?

mamawana said...

Assalam Marya Yusof :-)

Maqam Pak Sheikh tu memang di bawah jagaan Bhgian Sejarah negeri perak. Dulu2 seingat mama sebulan sekali ada org datang di gaji utk membersihkan maqam itu. Namun sekarang tak tahulah. Arwah Tok Perak artis yg pernah glamer di TV suatu ketika dahulu adalah keturunan Sheikh ini. Namun tak pastilah skrg berhijrah di seluruh negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...