Friday, February 24, 2012

Salam Sham Kamikaze


Assalam dan Bismillah

Sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul yg lalu, jemput nengok foto2 rengkas dgn pengisian ceramah. Alhamdulillah. Insya'allah ada yg menusuk kalbu, perkongsian pengalaman bekas penyanyi dangdut Iwan (memori Daun Pisang, Ustaz Bollywood yg kelakar dan suaranya yg mantop dlm alunan ayat2 alQuran, nasyid dan lagu2 selingan yg mencuit hati., Ust Fauzi (Jus Tok Guru) yg sangat dihormati. Hmmm... hebat2 belaka. Semoga hadirin malam itu dapat menimba ilmu dan perkongsian pengalaman yg pasti dpt menggerakkan diri agar sama2 berhijrah ke arah yg lebih baik. Ins'allah.


Yang di bawah ini pula Santai Remaja Bersama Selebriti terkenal yg telah diberi taufiq hidayah Allah swt di mana selebriti ini telah bertemu jalan yg lebih menginsafkan dan lebih berpijak di bumi nyata. Kesempatan bertemu sahabat lama beliau (seorang bekas guitarist Rock metal) yg telah dahulu mendapat sinar dari hadis2 nabi s.a.w. telah membawa mereka berdua terdorong utk melakukan expedisi sendirian berhad di mana kedua mereka berpakat untuk Jalan Jalan Cari Mesjid dari KL hingga ke Kangar Perlis dan Kedah. Sampai di sebuah Mesjid di Kedah (kalu tak silap) saudara Sham Kamikaze dipertemuka Allah swt dgn Imam Mesjidil Haram Rahman Sudais yg sudi menghulur tangan bersalaman dgn beliau. Titik tolak dari situ Saudara Sham Kamikaze terus terpahat di hati utk berhijrah ke jalan yg lebih diredhai Allah swt. Terharu sungguh mamawana mendengar perkongsian Sham kamikaze malam itu. Dan anak2 remaja pun ramai yg datang bersantai2 duduk bersila dan kusyuk mendengar perkongsian beliau. Alhamdulillah. Semoga beliau terus di rahmati dgn taufiq dan hidayah yg berterusan. Begitu juga utk kita semua semoga kekal dlm iman hingga ke penghujung nyawa. Amin.



Atas permintaan ramai, satu lagu utk para ibu "Ketika Cinta Bertasbih"


Tentang KR1M pula, pagi tadi Jumaat jam 10am selepas buat IC baru di JPN BTR, terus ke KR1M ini. Kemer amik cuti haghi ni. Inilah hasil tuaian dari rak KR1M. Antaranya, Cecair cuci pinggan 1M RM2.50 (kalu GLO RM5.90), 1M Macaroni RM2.20., tepung gandum RM1.35, sardin tin kecil TM2.10(time kecemasan perlu gak lauk sardin ni) biasa sardin cap ayam RM3.00 lebih kan, sambal bilis RM2.30, Sos Chili 1M RM1.79, 1M Bes minuman jus Durian Belanda RM6.80 (selalu beli Jus Revell or Jus Zhulian rm15.00 lebih) dll.

Hampir RM200 kuar dari kocek guwe pagi tadi kat KRIM ini shj. Anggap lah belanja mingguan gitu,, banyak lagi brg dapur lain yg dah habis kat rumah. Nak gi TESCO mahai, Giant pun lebih koghang mahainyer. So, jalan2 cari brg harga yg berpada2. Kemer pergi kedei yg moghah2 ajer komer. Bajet bajet..... Sekian, wasallam.

10 comments:

Acik Erna said...

assalam mamawana..kalau tak cari yang mughoh memang paghah..mahai betui barang sekarang ni

sal said...

barang naik harga yee...kena belanja berhemah..tpi benda makan adalah keperluan yg perlu dibeli..

Pn Kartini said...

Salam mamawana...;)

Mendengar dan mhayati rentetan perubahan diri..pasti terkesan Di hati kita ...

Untung mamawana dpt beli barangan rege murah.....mmg mjimatkan;)

Ibuhani said...

Mamawana dh jumpa dh ye kedai rakyat tu.....murahkn!

sonata anak kancil said...

assalamualaikum - tahniah kepada mereka yang mula berhijrah - semoga sentiasa memperoleh keberkatan Allah swt.

Kalau tempat sy ni ada KR1M - sy akan pergi jugak memborong....mahal betul barang2 la ni

mamawana said...

AchikErna, kita kena berjimat cermat sokmo...huhuhu almaklumlah..banyak komitmen kan...

mamawana said...

Salam Sal, yep kena belanj berhemah selalu. tetapi kekadang terbabas gak..

mamawana said...

Salam Pn kartini, cari cari yg murah sokmo... tak mampu beli yg mahai2. Agaknya ada tak Pak2 menteri dan Ibu2 menteri datang beli borong barang kat KRIM nih? ahaaakks.....bertuah laa kalu terseerempak ngan depa kat KRIM.

mamawana said...

Ibuhani,

Mwana gi yg kat cwgan KRIM B.Tun Razak.

mamawana said...

Sonata Anak kanchil,

Yep, brg2 mahai, yg murah ni kualiti dia lain skit. Tak sama dgn yg ada kat TESCO, Giant dll yg bosar2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...