Saturday, February 11, 2012

Menyayat Hati


Assalamualaikum

Salam dan salawat utk junjungan Rasul s.a.w.

Di Negeri Syam ada seorg Yahudi yg membaca kitab Taurat pd hari Sabtu. Dlm bacaannya dia menemui sifat2 rasul s.a.w yg diterangkan dlm 4 lembaran. Lalu si Yahudi ini memotong akan ayat2 tersebut lalu membakarnya. Pd Sabtu minggu berikutnya, Si Yahudi ini membaca lagi Kitab Taurat dan menjumpai lagi 12 lembaran tentang sifat2 peribadi nabi Muhammad rasul s.a.w.. org Yahudi ini pun berkata " Kalau aku potong habis pun, semua isi Kitab Taurat menggambarkan sifat2 Nabi s.a.w"

Yahudi ini pun pergi mencari kawan2nya utk bertanya "Siapakah Nabi Muhammad s.a.w. itu? Berkata kawan2nya " Nabi Muhammmad saw itu penipu, lebih baik kamu jgn melihatnya dan jgn sampai dia melihat kamu" Org Yahudi itu menjawab "Wahai kawan2ku Demi Kitab Taurat yg diturunkan kpd Nabi Musa jgnlah kamu semua melarang aku dari menziarahi Nabi Muhammad saw. Org Yahudi itu berhasrat sgt utk mengetahui lebih ttg Nabi saw diapun bertolak ke Madinah. Lalu bertemu Salman ra yg tampan. Org Yahudi ini menyangka Salman ra itu adalah Nabi saw walhal baginda saw telah wafat 3 hari lepas. Lalu Salman menangis mendengar kata2 org Yahudi itu. Di rengkaskan cerita Salman ra membawa Yahudi itu bertemu sahatb2nya di Mesjid. Di Mesjid, barulah Yahudi ini mengetahui yg rasul saw telah wafat. Lalu Yahudi ini bertanya tentang Ali ra pula yg juga bersama sahabat ketika itu. Yahudi itu memberitahu bhw dia mendapat nama Ali tersebut dalam Kitab Taurat.

Lalu Ali ra menerangkan tentang sifat2 rasul saw. "Rasulullah saw tidaklah terlampau tinggi dan tidaklah terlampau pendek, kepala baginda bulat, dahi baginda lebar, tebal alisnya, kalau baginda ketawa akan keluar cahaya dari sela2 giginya, baginda berbula dada, cantik tapak tangannya, langkah baginda lebar dan di antara kedua bahu baginda ada tanda khatamun nubuwwah."

Setelah mendengar kata2 Ali ra itu , Yahudi itu berkata "Wahai Ali! Memang benar apa yg kamu katakan. Itulah sifat2 Nabi Muhammad saw dlm Kitab Taurat. bertanya Yahudi itu lagi. Apakah ada lagi baju yg dipakai baginda? Ali ra berkata "Ya, ada lagi." Ali ra memohon pertolongan Salman ra utk mendapatkan pakaian baginda dari Siti Fatimah ra putri baginda saw.
Siti Fatimaha ra mengeluarkan sehelai jubah baginda yg mempunyai 7 tampalan dgn tampalan serat kurma. Kamudian Salman ra pun membawakan jubah itu kpd Ali ra dan Ali ra menyerahkan kpd org Yahudi itu. Org Yahudi itu menciumnya lalu berkata "Alangkah harumnya"

Kemudian org Yahudi itu pun pergi ke Maqam Rasul saw lalu melihat ke langit seraya berkata "Ya Allah Aku percaya bahawa engkau adalah tunggal, Maha Esa, tidak berhajat dan selalu dihajatkan dan aku percaya yg berada di maqqam ini adalah kekasihMu dan utusan Mu dan aku percaya tentang semua yg diajarkan. Ya Allah, jika Engkau menerima Islamku, maka ambillah rohku sekarang juga. Maka dengan tiba2 matilah org Yahudi itu. Lalu Ali ra pun memandikan org Yahudi itu dan di kebumikan di Baq'il Gahrgad.

Subhanallah. Bahagianya andai dapat ketemu Rasul saw. Walau sekadar dalam mimpi. Salawat dan salam utk junjungan yg dikasihi.

Perkuburan Ma'ala di Mekah


Kesah menyayat hati ini mama petik dari Buku Himpunan Kisah2 Menyayat Hati Siri 2, Pengarang Muhammad Isa Selamat Darul Nu'man. Buku ini telah berada di rak buku sejak tahun 2000. Tersimpan kemas, baru kelmarin pilih2 buku2 lama utk dibaca kembali.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga titik terakhir.

14 comments:

Acik Erna said...

mamawana..terima kasih jugak kerana sudi berkongsi disini..

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Tkasih NQ . Bagus sangat usaha perkongsian ini. Moga kita dapat syafaat daripada Rasulullah saw di hari akhirat nanti

sal said...

terleka membacanya..
bnyk kisah2 nabi yg boleh menjadi pengajaran pd kita yee..moga ianya bnyk memberi peringatan kpd kita semua..

MaryaYusof said...

Salam kak,

Seronok baca kisah2 begini... kisah mcm ni mmg elok utk santapan roh & minda :)

-gedek! said...

~insaf~

Mr.Clive said...

dan betapa indahnya cerita yang dikongsi... :)

muazlumut said...

perkuburan ma'la...teringat mekah,lepas kerja haji(2011)...mutawiff bawak melawat kat situ..

mamawana said...

AchikErna

Ya, Sama2 kasih.

mamawana said...

LF.. Ins'allah.

mamawana said...

Sal,

Banyak lagi kisah2 menyayat hati yg lain. Nanti mama kongsikan bersama sikit2 di sini. Tq sudi baca.

mamawana said...

Marya Yusof

Seronok baca kisah2 ni kan. Nanti mama kongsikan lagi.

mamawana said...

Gedek.. tq sudi baca baca

mamawana said...

Mr. Clive.. yep eksah2 sahabat dan kesah2 rasul saw banyak yg menyayat hati dan indah2 belaka. Indah dgn kesyahduan dan keinsafan.

mamawana said...

muazlumut, yep perkuburan Ma'ala tempat di mana Siti Khadijah dimaqamkan juga. Sempat mama snap foto tu masa Haji 2011 lalu. Indah kehidupan di kota Mekah kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...