Sunday, February 19, 2012

Berarak Komer?


Assalamualaikum,

Salam caiyang untuk semua. Selepas subuh, jam 7.00 pagi maka beraraklah kami keliling kampung hingga ramailah umat manusia melihat dan memerhati, ada yang mengambil gambar2 kami berarak di sepanjang jalan, di trafik light sana sini orang2 yang tertarik dgn arakan kami melambai2 tangan, senyum dan ralik melihat kami berarak. FRU, RELA, Polis Trafik mengiring dan menjaga laluan kami di persimpangan.


Dari ‘Aus bin ‘Aus berkata: “Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya di antara hari-hari yang paling afdhal adalah hari Jum’at, maka
perbanyaklah sholawat untukku pada hari itu, karena sholawat kalian akan
sampai kepadaku......” [H. R. Abu Daud, Ahmad dan Hakim]


“Doa itu terhalangi, hingga orang yang berdoa itu bersholawat untuk nabi
sollallohu ‘alaihi wa sallam.” [H.R. Thabarani]

Maka bersalawatlah kami di sepanjang perarakan itu.. Paluan kompang/rebana mengiringi berselang seli dan doa dan salawat nabi . Terharu.


Allah subhaanhu wa ta’aala berfirman:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersholawat untuk nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Q.S. Al-Ahzab: 56)



Rasulullah sollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Celakalah seseorang yang namaku disebutkan di sisinya lalu ia tidak bersholawat
untukku.” [H.R. Tirmidzi dan Hakim]

Selepas perarakan ada aktiviti di mesjid pula. Gubahan buah2an, gubahan telekung, sejadah, pertandingan mewarna bagi kanak2, nasyid, ceramah di dewan Mesjid, derma darah dll. Alkisahnya sehari suntuk di Mesjid. .







Si Cilik yang sporting dimbil gambarnya.

Baby dan Nanny dari Uzbekistan. Wuhuuu, my neighbour.

Hishh, geramnya nengok baby nih.




Terima kasih sudi baca. Jemput singgah lagi. Wasallam.

16 comments:

Acik Erna said...

mamawana..seronok dapat berarak sambil berselawatkan.
comel2nya baby tu..kalau le acik dapat pegang dan gomoi..mesti seronok..

Melor said...

tempat berarak ni kat mana? sbb sabtu lepas melor ada dengar + tengok org berarak juga kat tempat melor

mamawana said...

Assalam AchikErna,

Yeerr... memang geram nengok babis nih..rasa nak geget nak sedut pipi2 depa..ihiiiks

mamawana said...

Melor, ini pagi tadi berarak di Bdr Tasik Selatan KL

azieazah said...

Bestnya. I missed tahun ni sebab kerja. Tahun lepas I sempat, sangat seronok.

Memang terasa meriah dan nikmatnya majlis sebegini.

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Program pengisianya pelbagai .. bagus . Kalau dekat, mahu join (dengar ceramah. berarak tak larat)

secangkir madu merah said...

mamawana, tengok mamawana berarak teringat semasa dibangku sekolah mewakili sekolah pergi berarak di stadium negara... hehehe...

sal said...

wah..
belbagai acara sempena menghayati kelahiran nabi junjungan..sihat dan seronok sesekali dapat berjalan mengikuti perarakan yee..

Ibuhani said...

kat kg k.ani tahun ni dgn tahun lepas x buat perarakan maulud nabi ni. Yg terakhir buat 2 tahun dulu....

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear mamawana:)

Sabtu lepas acara perarakan maulidur rasul sejauh 4.5km.....
Yang haru biru..bila ada yang sesak nafas & terpaksa ke hospital!..

Seronok tgk gambar2..meriah jee nampak:)
mamawana pun cantik...hijau gituu;)

maz said...

Salam mama...meriahnya majlis smbutan maulidul rasul mama...

Nida said...

Tengok gambar org berarak tu teringat zaman kanak2 dulu.. lepas berarak mesti makan nasi dalam dulang..hehe

MOKCIK AZWA said...

Teringat zaman remaja dulu memang tak pernah miss mengikuti perarakan sempena Maulidur Rasul..

mamawana said...

Ahikrna,

Heeeee...seronok berarak nih. Yep, geram nengok babies nih.

mamawana said...

Melor, kami berarak di Bdr tasik selatan...

mamawana said...

LF, yep.. kalu jauh lagi kmi pun tak larat nak berarak. nasib baik area dekat2 ajer keliling taman. heee....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...