Assalam dan Bismillah

Salam maya semoga teman2 maya sihat sejahtera dan bahagia hendaknya. Cewah.. macam style tulis surat dolu-dolu aje. Semenjak dua menjak ini rajin juga mamawana surf tenet dan membuka kitab lama tentang petua2 penjagaan masalah jerawat. Bukannya apa, remaja sekarang kebanyakannya kurang beri perhatian kepada masalah penjagaan kulit. Termasukler anak2 mama... hu3...
Semasa remaja dulu mama memang rajin jaga kulit muka dgn hirisan timun, kadang2 tomato dan paling suka cuci muka dengan air kelapa tua sejak dari Tingkatan 1 lagi hingga dewasa. Setiap kali ketika tolong ibu memasak mama lah orang pertama yg paling rajin tolong belah kelapa, katok jer dgn belakang parang dan cepat2 tadah air kelapa tu untuk cuci muka sendiri. Air kelapa tu baunya harum dan berasa manis mama sukalah guna utk sapu pd muka then bilas dgn air biasa. Nasib baik mama tak guna air kopi ka teh ka utk cuci mua dok gitu?? hok hok hok... Alhamdulillah jerawat pun memang jarang hinggap kat muka. Kalu ada pun sebiji sebiji dan pantang usik dgn kuku kata rang tuo. Biar jerawat tu pecah sendiri. Hasilnya langsung takdak parut jerawat. Tapi kalu jerawat dipicit2 dgn jari jemari alamat ler muka berparut jerawat kelak. Di sini mama nak kongsi beberapa peua dan tips utk masalah jerawat. Jom...
Cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk spt cheese, makanan berminyak, pengambilan susu yg berlebihan . Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
Jerawat wujud mungkin juga dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih. Letih dan stress bagi pekerja, pelajar dan org dewasa yg menyebabkan mereka kurang rehat dan kurang tidur.
Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak. Anak tudung atau inner tudung hendaklahbersih dan ditukar setiap hari. Jgn memakai inner tudung yg sama tanpa basuhan utk seminggu.
Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak.
Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka. Bagi yg berambut panjang sebaiknya ikat rambut atau bungkus dalam serkop rambut yg bersih.
Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu.
Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut. Kuku jari yg tidak bersih dan berbacteria menyumbang kpd kesuburan jerawat yg kronik.

So, rajin2 lah membersihkan wajah, rajin mengikut petua2 di atas dan menjauhi pantang larang yg boleh mengundang jerawat. Anak-anak, silakan, insyaallah berkesan. Kebanyakan petua di atas mama biasa amalkan. Walau tak secantik mana wajah kita tapi insyaallah kulit wajah halus mulus. Murah pun murah. Kalau berjumpa pakar kulit dan kecantikan memerlukan kos rawatan ribuan ringgit. Sayang you duit dibelanja begitu sahaja sedangkan ada cara tradisional yg lebih murah dan mudah. Cubalah. Wasallam.
20 comments:
ada tak petua hilangkan masalah?
haha
Citer pasal jerawat.. Skrg jerawatku dh bnyk bertukar suasana agak nyer.. Sian kita.. Hihihi
kak, petua2 ni kena amal.. kalau tak kesannya tak nampak sangat.. saya tak rajin sangat amalkan,sebab tu la agaknya muka asyik kuar jerawat jer.. huhu..
Kena bagi kat adik Nida ni.. kita ni bila dah berumur kurang sikit jerawatnya..hehe
Aina tak ada masalah jerawat, skrg yg ada masalah kulit muka kering.
Gedek, masalah utk menguji ketabahan, kesabaran, kebijakan dan kecekalan hati kita dlm menangani kehidupan. Takdak masalah boring gak. heeeee...
Ya ka Zana dah berjerawat... aiseh..jerawat manis takpa.
Anaa, kalu muka takberjerawat pun takpa , bleh bantu awet mudo. ihiiiks
salam Nida... sila share petua2 ini.
JunAina, minyak zaitun bagus utk kulit muka kering. malah bleh diminum satu sudu kecil setiap pagi.
rasanya dh berumur ni pun ada juga tumbuh jerawat hormon dh tak stabil mungkin..
sejak pakai produk natasya... jrg ada jerawat yg singgah kat muka munna
salam saya baca tampalan ini
Asssalamualaikum
Ziarah petang dari sahabat blogger
mencik la kalau ada jerawat...
Salam azlina,
Jerawat manis yg umbuh tu..
munna, bagus ya produk natasya, mungkin seswai dgn kulit munna.
Tq melor singgah and baca2 sini.
Tq at Som, do come again.
JH yep risau kan walau sebijik. heee
Post a Comment