Saturday, January 21, 2012

Kunyah Ngaku di Tahun Baru China


Assalamu'alaikum

Selamat Tahun Baru China bagi semua rakyat Malaysia yg berbangsa China. Sepupu sepapat saya ada juga yg berdarah campuran China dan teman2 berbangsa china tapi sudah memeluk agama Islam pasti mereka juga akan turut meraikan dan mengunjungi rumah ibu bapa mereka walaupun sudah berlainan agama.

Saya pula suka bila dapat limau beberapa biji di Opis semalam. Sempena CNY ni ramai yg bermurah hati dan hadiahkan limau. Manis-manis pulak tu. Thank you Boss Thank you my frens.

Hari Sabtu pagi tadi sempat gi pasar. Beli ayam, ikan dan sayur-sayuran sampai ternampak 'Ngaku' spt foto di bawah. Bukan bawang putih ya. Tangan pun cepat mengutip hampir sekilo Ngaku ni utk dijadikan gudap2gudapan. Dibasuh bersih2, diiris nipis2 dan jadikan kerepek. Boleh digoreng tanpa garam. Kalu nak bubuh garam sikit pun sedap.

Kerepek Ngaku yg siap digoreng untuk santapan minuman petang tadi.

Tak tahu nak beli sayur apa, raba ajer sumbat dlm plastik dan bagi kat nyonya utk bayaran.
Raba ikan kembung sekilo RM16.00 Memang suka makan ikan kembung rebus digoreng rangup, makan pula dgn nasi panas2. Ikan rebus ni lebih baik buat sendiri daripada beli ikan rebus yg dijual di pasar2 (sebab ikan rebus kat pasar nampak kuyu layu dan ada yg di kerumuni lalat). Senang ajer buat ikan rebus sendiri.

Ikan Rebus
Basuh ikan kembung bersih2, masukkan ke dlm periuk dan bubuh air separas ikan, campur beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Kalu suka bubuh gula pasir sedikit. Rebuslah sehingga airnya kering. Then, baru bleh digoreng. Cubalah.

Kalu ke pasar tak lupa mesti nak beli telur ayam kampung. Minggu lepas beli 15 biji. Sampai rumah, kecewa pulak bila rasa telur tu lain macam beratnya. Bila diketuk rupa2nya dah berdarah nak jadi anak ayam. Ciitttt... Terbuang 10 biji. Yang boleh dimakan 5 biji ajer.

Pesan rang tuo bagi mereka yg mengalami tekanan darah rendah, elok makan telur ayam kampung/ rebus setengah masak dan di campur madu. Baik utk menambah darah. Kalu batuk berpanjangan ambil telur kuningnya shj dicampur beberapa titis jus limau kasturi dan ditelan mentah2. Batuk akan segera sembuh.

Happy reading. Semoga bermanafaat.

22 comments:

sal said...

terimakasih atas info tekanan darah rendah..

Acik Erna said...

assalam mamawana.tak pernah makan ngaku tu..rupa macam bawang..rasa tak tau..
masa CNY memang ditunggu2..sebab masa ni je yang ada jual limau kecik tu kansedap dan manis.

Kamsiah said...

mmg bahasa kebangsaannya dipanggil buah ngaku ke..atau ada nama lain...

mamawana said...

Sama sama Sal. Semoga kesihatan kita bertambah baik.

mamawana said...

AchikErna, Ngaku tu sedap rasa cam kerepek ubi digoreng rangup.

mamawana said...

Tak tahulah nama asalnya Kamsiah Bhs Inggeris tulis Arrowhead aper ntah. Bila tanya Amoi China dia sebut Ngaku sedap digoreng jadi kerepek or masak sama sup. Rasa cam kerepek ubi kentang...

Kunang-Kunang said...

Ikan kembong rebus (yang direbus sendiri) sedap bila digoreng lepas tu masak berlada.

hani@debumelukut said...

Saya dah berbulan batuk, tapi nak telan telur mentah rasa tak sanggup..ada tak petua lain?

nadia arrumaisha said...

tahun neh Alhamdulillah nadia dapat 3 kotak limau, office bagi... tp sebijik pn nadia xmkn...hihihi sbb nadia mmg xske limau....

mamawana said...

Kunang2.. ikan kembung rebus masak berlada...pehh sedap. Pandaiii...

mamawana said...

nadia.. rugi tak suka limau. Manisss.... youuu

mamawana said...

hanidebumelukut... telur kuning mentah tu jgn di kacau biar bulat sebiji kuning titis dgn jus limau nipis dan terus telan. Kalu kuning pecah itu yg buat rasa dan bau hanyir...

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
Tak pernah makan kerepek ngaku .. nanti nak cuba tapi kat mana?

Totie@Tomy said...

kerepek ngaku mcm menarik dan sedap..salam kenal..

Ibuhani said...

Mamawana......saya x pernah n tgk NGAKU tu! Apatah lg memakannya. Tp ia nmpk sedap lepas dibuat kerepek....

mamawana said...

Assalamualaikum Datuk LF

Buah Ngaku bleh di dapat di mana pasaraya Giant, TESCO pasar basah harian tu pun ada asal penjualnya CHINA almaklumlah raya Cina aje bermusim buah ni. Hari lain tiada...

mamawana said...

Salam Totie,

Ya, Ngaku sedap rasanya tu yg org China berbondong2 berduyun2 beli ngaku kat pasar raya hari tu.. Sebab musim lain tiada dijual

mamawana said...

Ibuhani,

Yep sedap digoreng gareng macam chips ubi. Cuba google Ngaku banyak info ttgnya.

MaryaYusof said...

Salam mamawana,
Buah ngaku tu tak sempat nak rs, cari2 di sini pun xpernah jumpa... ikan kembung rebus goreng mmg sedap, lg2 klau ade sambal belacan ;)

Jendela Hati said...

1st time dgr ngaku nie... nampak sedap

salam kenal...

muazkkgp said...

selalu nampak ubi ngaku...tapi tak tahu mcm nak makan...terima kasih,kena cuba ni

munna said...

munna pun suka makan ikan kembung rebus tu ... goreng dan masak taucu selalunya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...