Saturday, January 28, 2012

AKU JANJI

Bacalah dengan nama Allah swt
Bismillahirrahmanirahiiim

Jam 10.15 pagi menapak ke SMK BTS, melalui lorong Mesjid Muqarrabin BTS. Bertemu jiran setaman bersalam dan tegur sapa. Masing2 sama tujuan ke sekolah anak utk menghadiri Majlis Aku Janji PMR/SPM 2012. Ibubapa diwajibkan hadir dllm majlis ini. Seronok juga bertemu para Guru dan Ibu2 kpd teman2 anakku. Jom, jemput baca...

Masa amat berharga biar sesaat hendaklah dijaga. Tertarik sekali dgn tulisan2 di ceiling dewan SMKBTS.
Masa itu emas dan Wang walaupun sedikit janganlah dibuang.

Hmmm.. Sedikit demi sedikit lama2 menjadi bukit kan. Kadangkala tatkala menyapu dan memvacuum rumah sana sini ada shj terjumpa siling 10 sen, 20 sen kadang2 50 sen di ceruk2 karpet, di bawah tikar getah, di celah kusyen, 10 sen, 20 sen berterabur di sana sini. Kan bagus di tabung.... Menabung membawa untung. Berjimat membawa berkat. (Sekadar omelan...)
Bersama ibu2 anak teman.

Ibu2 dan Ibu Guru.

Tahun 2012 ini, anak ibu akan berjuang menghadapi SPM. Anak yg akan mengambil pepereksaan ibu yg terlebih risau. Nasihat yg berpanjangan bukan bebelan, agar anak2 tidak rugi masa walau sesaat. Masa itu kan emas. Seingat mama semasa mengambil pepereksaan masa zaman persekolahan dulu memang hati penuh debar, takut yg amat sangat andai gagal. Siang malam tak putus2 berdoa agar lulus dan berjaya. Walau tak secemerlang mana namun masih mampu menjejak kaki ke menara gading, walau tertangguh beberapa tahun kerana ketidakberadaan. Terpaksa bekerja , menabung wang saku sendiri utk meneruskan pengajian. Hidup adalah perjuangan dan tidak dinamakan hidup tanpa perjuangan. Itulah Aku Janji pada diri sendiri . Sekarang tiba pula giliran anak2 utk Aku Janji dan berjuang dgn diri masing2. Dan semoga kita juga tidak lupa akan AKu Janji kita dengan Tuhan?

Wassallam.

9 comments:

luahfikiran ... mari kita said...

Salam,
LF dan isteri doakan kejayaan. Berusaha, berdoa dan bertawakal.

sal said...

Alhamdulillah..dah selesai beraku janji..kami di tunda ke bulan feb..
moga anak akan menempuh perjuangan SPM dengan cemerlang..mendapat apa yang dihajati..
beraku janji denganNya..insyaAllah..mohon agar, dipermudahkan urusan..Amin..

Acik Erna said...

assalam mamawana..semoga anak berjaya didalam peperiksaannya yang akan datang..insyaallah.

azieazah said...

Salam KAK.

Amin... semoga semuanya berlancar dan beroleh kejayaan nanti.

mamawana said...

Syukran LF..sgt mengharap doa2 teman2 agar anak2 kita semua berjaya cemerlang. Tqvm.

mamawana said...

Ya Sal.. mudah2an anak2 berjaya dan dpt menjejak kaki ke U. Ins'allah.

mamawana said...

Tq AchikErna... mudah2an anak2 berjaya.

mamawana said...

Tq azie azah.. sama2 kita berdoa utk anak2 kita semua. Ins'allah.

ALoNa CintamaniszLite said...

awal tahun dh buat program ni ye..mm, bagus laa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...