Friday, December 2, 2011

Sekembali Haji - Bila Nafsu Membuak


Salam Sayang,

Sejak seminggu berlalu, hari berganti hari, siang berganti malam, sabar punya sabar. Tahan punya tahan. Rinduuu akhirnya terlerai.. teringin sangat nak makan itu ini bagai waktu mengandung anak sulong, mengidam, nak makan sesuatu. Membuak2 selera, nafsu makan tak bleh nak control dah. Dah naik sedua kg sejak kembali dari Tanah Suci. Arrrggghhh..., Nak makan tak henti2. Jangan ! kata hati ku... Jangannn..!. Tidakkkk... Tidakkkk.. Aku nak jugakk!.

Lalu sebelum zohor tadi ku pipis-pipis cili api, secubit garam gula, perahan asam limau kasturi, secubit belacan. Nahhh!! Ku kerahkan anak bujang ku menumbuk sambal belacan ini. Maka jadilah hasilnya ....... teng terenggggg.... Sambal Belacan penunduk nafsu yg membuak2, yg ku rindu2 kan sejak sebulan lebih yg lalu utk penambah selera lunch hari ini.


Foto: Googles

Minum petang pula sebelum maghrib teringin lagi , nak melayan nafsu selera yg membuak2. Ku start enjin kereta meredah hujan petang (Kajang banjir, semoga semua selamat) menyusuri laluan taman belakang rumah. Mata liar mencari2 penjual durian. Ah! Tekak teringin sangat nak makan durian. Kecur liur. Ku singgah di sebuah gerai. Sepuloh dua puluh ringgit terbang ke kocek penjual durian. Dengan girang bagai seorang anak kecil, ku pulang menjinjing 5 biji durian besar2 saiznya. Setelah dikopek, tebal2 juga isinya, manis, sedappppp... Pulut tiada tapi ku bedal nasi panas2, jadilah nasi durian (kegemaran arwah ayahandaku.. teringat, jadi rindu. Sewaktu kecil aku selalu makan pulut durian dgn santan, garam dan gula, makan beradap dgn gelak ketawa bersama arwah Abah - Al Fatihah)



Dan yang paling indah ingin ku kongsi entri petang ini ialah kali pertama berpeluang makan Mee Tarik Warisan Asli Muslim China. Semasa mata meliar mencari penjual durian petang tadi, ku ternampak sebuah gerai baru yg menjual masakan sup panas2. Mee yg diuli, diadun, ditarik2 hingga membentuk mee panjang2, tak perlu guna mesin mee.


Terpegun mama memerhati seorang lelaki China Muslim berkopiah, janggut sejemput dgn senyuman manis begitu cekap dan pantas menguli dough menarik2 hingga menjadi talian mee dicelah2 jari jemarinya. Wowww! Fantastic. Tak perlu ke negeri China utk melihat kepakaran ini. Di hadapan mata di belakang rumah jer ada gerai yg menjual mee istimewa ini. Dari Shell Bdr Tasik Selatan arah ke Pasar Sg Besi, Universiti Pertahanan Nasional, Desa Tasik terdapat banner tentang mee Warisan Muslim China ini. Disitulah terletak gerai mee tarik warisan asli ini. Jln2 di tenet mama ketemu pula blog mamaema tentang mee tarik ini.


Jom layan foto2 yg mama sempat mohon izin pd lelaki pembuat mee tarik ini. Walau tidak fasih namun pandai juga dia berbahasa Melayu dlm berjual beli dan melayan pelanggan dibantu dgn seorg dua pekerja Melayu/Indonesia. Yang best.. rasa mee supnya sungguh enak. Mee nya hhmmmmm.... Nak ajak teman2, jiran2 or adik beradik gi makan sama2 kat gerai ni. Sedapppp yawwww.


Menarik kan, ada hirisan daging lembu, sayur pakchoy dan chilli flakes dgn minyak sayur. Balik rumah apa lagi makan mee ni guna penyepit ikut warisan asli Muslim China. Makan hari-hari pun sedap. Heeee... Jumpa lagi. Wasallam.

25 comments:

Rainn said...

Assalamualaikum.Salam ukhuwah ..saya Puan Sue..terliur sungguh tengok mee dlm mangkuk tu..Biasanya dlm cerita cina je dpt lihat org proses mee camtu kan.rupanya kat sini pun ada yg mahir,,

~~zAnAfAhMi~~ said...

Amboi......terok beno ngidamnya tu. Saya pun berada area b.b.bangi skrg, katanya kajang banjir teruk. Harap tiada yg hilang nyawa.

sonata anak kancil said...

sabo - sabo....pelan2 cari / makan apa yang diidamkan.Tahniah dah selamat kembali ke tanah air. Semoga beroleh haji mabrur.

kakcik said...

Assalamu'alaikum dan selamat bertemua kembali. :)

Terlerailah segala kerinduan, ya? :)

Pn Kartini said...

Tgk sambal belacan tuuuu...terus rasa laparrrrr!
Bestttt;)

mamawana said...

Salam Ukhuwah bersambut Pn Sue @ Rainn. Thanks sudi visit sini. I just read yr HeartQuake blog. Nice..

mamawana said...

Zana Fahmi... ada kat sini ya.... B.B.Bangi okay kan ..tak banjir. Thanks sudi visit sini.

mamawana said...

Sonata anak kanchil,

Rindu kat sambal belacan, bila makan dgn nasi panas2 , colek timun dgn sambal belacan..wowww...melotup selero.

mamawana said...

Assalam kakchik,

Rindu dgn makanan Melayu gak....the best in the world.

mamawana said...

Pn Kartini,

Hari ni lunch saya makan sambal belacan campur deroyan jadiler tempoyak. Sedapnyerrrr.....

anggun shoppe said...

amboi mama....yg mi dlm mangkuk tu yg tak tahan tu.......lapooo suddenly....hehehe

salam ukhuwah ye, kita panjangkan silaturahim...jemput dtg ke 'teratak' baru saya, kira mcm cawangan lah, ibunya DYJATT (annie..) hope masih kenal...and follow lah klu sudi...wiiii, mmmuuuaahhh...

Acik Erna said...

mamawana..masa adik acik balik haji..acik dah siap kan bekalan..dalam kereta aje..dia makan macam tak pernah makan setahun..he he

mamawana said...

Annieee...Dyjatt...rindu kamuuu..

mamawana said...

Achik Erna,

Hehehe... sedapnyer.. bertuahnya dpt akak yg baik hati sediakan bekalan tu.

Ibuhani said...

mamawana...org pilah panggil tu kemaruk.....hehehe...lama pendam nak makan tu semua ye.... :)

sal said...

adus..sedap2nya..
paling tak tahan tengok sambal belacan dan durian...

xpe sesekali..

Tihara said...

waaaa teringin plak nak rasa mee ni..nampak mabeles :)

Bidadari Syurga said...

gaya penceritaan awaka sedikit lain. saya teringin nak gi sana tgk mee handmade tu.... nanti saya usha lagi blog awak...

mamawana said...

Ibuhani,

Ya lah, lama bebenor rasanya tak makan sambal belacan, rasa cam bertahun2. Heeeee................

mamawana said...

Sal,

Selera Melayu asli katakan... sambal belacan juga pembuka selera the best..

mamawana said...

Tihara,

Mai la sini are Desa Tasik...Sg. Besi.

mamawana said...

Bidadari Syurga, jemput mai sini pekena mee tarik warisan asli ini..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Selamat kembali ke tanah air, moga Allah kurniakan haji mabrur buat kakak...

Sedap durian tu..:)

none said...

sedap nya!!!ni wt trase lapar ni..hehe

idopasrf.blogspot.com

IjAiE said...

Saya pun masih sangat rindu dengan tanah haram..jemput baca blog saya mengenai catitan dan pengalaman manis di tanah haram..

http://ijaie.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...