readers

Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 23, 2011

Pengalaman Haji 1432


Assalamualaikum dan dengan Bismillahirahmanirrahim,

Bersyukur kepada Allah swt krn diberikan peluang menunaikan Haji 1432 baru2 ini. Ingin mamawana kongsikan beberapa foto ketika berada di dua Tanah Haram iaitu Makkah dan Madinah. Memandangkan mama memilih utk menunaikan Haji Tamattuk bermakna mama terbang dari KLIA Malaysia ke Madinah.

Alhamdulillah, ziarah 8 hari di Madinah mengizinkan mama menyempurnakan 40 waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Dengan rendah diri, sedikit perkongsian pengalaman mama, semasa melawat Raudhah, dalam kesesakkan bersama warga Afrika, Somalia dll terasa sangatlah sukar untuk menunaikan solat sunat di kawasan Raudhah (atau dikenali jua sbg Tmn2 Syurga). Hati rasa sedih, gerun, takut melihat desakkan2 dan asakkan2 jemaah dari negara2 lain. Alhamdulillah, seorang Makchik Turki mengesyorkan mama bersolat dua rokaat dengan bantuan jagaan keselamatan dari beliau. Selesai solat dua rokaat, mama mengucapkan terima kasih dan kami berpelukan erat dimana beliau bak seorg ibu memeluk erat mama bagai anak sendiri dlm dakapannya. Masing2 hati kami tersentuh sayu pilu. Reda dari perasaan sebak dan selesai berdoa mama pun tak tahu perempuan Turki itu menghilang entah ke mana dlm ribuan jemaah yang semakin ramai.

Foto: Di luar Mesjid Nabawi berhadapan dgn Kubah Hijau dimana Maqam Rasulullah ditempatkan


Ziarah di Raudhah (Tmn2 Syurga)
Pengertian Tmn2 Syurga ditafsirkan ulama sbg:

Bhw Allah swt menurunkan rahmatnya dan berbagai kebahagiaan di tempat itu krn tempat itu di lakukan zikir dan perkara yg mendekatkan diri kpd Allah swt maka sudah tentu mereka dijanjikan syurga.

Tempat itu kelak setelah qiamat benar2 akan dipindahkan oleh Allah Taala ke Syurga hingga is menjadi sebahagian drp taman syurga yg hakiki.

Org2 yg pernah berdoa di Raudha akan melihatnya di Syurga.

Terdapat 12 Payung Raksaksa di luar Mesjid Nabawi yang mengembang di waktu siang dan menguncup di malam hari. Sewaktu ziarah umrah mama pd tahun 2003, payung raksaksa ini belum di bina lagi. Sempat ziarah ke Mesjid Quba dan Mesjid Qiblatain dbb tempat lagi.


Maqam para syuhada' berhampiran Jabal Uhud.


Ziarah ke Jabbal Magnet. Walaupun bas sudah free gear tapi bas tetap bergerak laju sehingga kelajuan 100 km dgn kami berada di dalam bas kehairanan krn bas bergerak laju. Pemandu bas mencuba ke depan ke belakang beberapa kali dan kami rasa takjub dgn kejadian itu. Subhanallah, kebesaran Allah. Terpulang pd tafsiran masing2 samada, dgn izin Allah, kuasa tarikan magnet yg besar di persekitaran Jaabbal Magnet itu atau jua faktor kelandaian tanah yg berbukit itu. Wallahu'alam.


Tmn Saqifah Bani Sa'idah

Diceritakan, Rasul s.a.w suka berehat di taman ini setiap kali kembali dari peperangan. Tmn ini nyaman, segar dan harum dgn kesegaran tumbuh2an di persekitarannya. Tmn ini berhampiran Mesjid Nabawi dan kita boleh berjalan kaki ke pasar Korma Madinah yang berhampiran. Hati tersentuh sayu dan pilu seolah2 terbayang seorg lelaki berjubah putih, yg tenang, lemah, lembut, indah parasnya berserban masuk ke taman itu dan berehat dgn santainya seolah2 melihat kpd kami dgn senyuman. Burung2 kecil keriangan berkicauan menyambut kehadiran kami di taman itu. Dan hati pun tidak putus2 bezikir.








Makkah di dlm Al Quran Surat Al Fath :24 Makkah bermaksud Membinasakan atau mengurangkan, ini kerana Makkah mengurang atau menghapuskan dosa-dosa orang yg datang kepadanya atau membinasakan org yg melakukan kezaliman di Makkah.



Ya Allah, ampuni dosa2 ku. Aku bertaubat kepada mu. Terimalah taubat dan amal ibadahku.



Indah, Kota Makkah semakin maju. Pembangunan pesat di persekitarannya.



Foto di bawah ini, Mama pekena roti canai, teh tarik dan mee goreng sepiring. Waaah, puas hati dapat makan masakan Melayu Malaysia kelolaan Felda D Saji.

Makanan dan lauk pauk yg dijual di gerai Malaysian Food .

Bersama Hjh Habsah (Bandar Universiti, UITM, Perak dan Hjh Saimah dari Tmn Kosas, KL. Minum petang di D Saji Felda, Bgn Safwa

Menginsafkan, sekembali dari solat Isya di luar Mesjidil Haram, terserempak dgn beberapa usungan jenazah yg di bawa dgn begitu pantas dan cekap ke perkuburan Ma'la. (Seandainya aku seorang lelaki pasti ku berlari , berkejar untuk bersama mengusung jenazah itu)



Wajahnya ayu, (adinda Tuan Haji Harun, Kak Dah) sentiasa berwajah lembut dan manis walau anakanda beliau yg berusia 27 tahun (baru shj meninggal dunia semasa bertugas di pejabat Rayhar Travels di Malaysia) ketika mana Hajjah sibuk menguruskan jemaah di Mekah.

Wukuf di Padang Arafah

Mabit di Muzdalifah. Lautan manusia subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar.




Ya Allah! Janganlah engkau jadikan keberadaanku di Baitullah yg suci ini sebagai janji yg terakhir, namun jika inilah ketetapanMu sebagai janji yg terakhir, maka gantikannya dgn syurgaMu dengan berkat rahmatMu yg Allah yg Maha Pengasihani. Amin.


Pagi di Muzdalifah, menanti bas ke Mina.

Terowong Muassem - Menuju ke Jamrah

Perkuburan Ma'ala - SePohon renek penanda tempat Saidatina Khadijah r.a di maqamkan.


Melontar di ketiga2 Jamrah


Pemandangan dari Tingkat 9 Mesjidil Haram - Menanti azan subuh bergema. Umat manusia Masyaallah ramainya.




Persiapan pulang ke Msia, bermalam di Matar Qadim sebelum berangkat pulang.



Selamat mendarat di tanah air pada subuh 23 November 2011. Subhanallah. Alhamdullillah. Allahuakbar.


Lambaian yang pasti akan dirindui oleh semua umat Islam yang beriman. Insya allah, ada rezeki hingga ketemu lagi. Sekian, terima kasih krn sudi membaca hingga akhir noktah.



26 comments:

Acik Erna said...

assalam mamawana..alhamdulillah selamat pergi dan dah selamat kembali ke tanah air..
tak dapat digambarkan dengan kata2 melihat dan membaca perkongsian pengalaman mama disini

ikiqzana said...

syukur sesangat k wah selamat pulang ke sini.. seronok tengok gmbr2 dari makkah.. insyaallah.. klu di izinkn akan smpi ker sana jua.

rindu bangat ngan k wah.

che mid said...

Selamat kembali ke tanah air. Seronoknya dapat tengok gambar first hand. Pakai henfon ke kak.. pakai kamera biasa tak bolehkan?

Zaitun said...

Alhamdulillah dah kembali dan selamat mengerjakan haji.

ibundo said...

alhamdulillah. Selamat kembali ke tanah air.

mamawana said...

Achik Erna

Salam rindu... mama pun tak terucap dan terkedu nak menyusun ayat di perkongsian ini. Spt hilang butir kata2, sekadar secalit pengalaman . Thanks sudi baca.

mamawana said...

ikiqzana,

Meh polok2 Arab..

mamawana said...

Assalam Che Mid,

Ramai yg bawa camera. Pandai2 simpan dlm saku bila di check oleh polis Arab kat pintu masuk Mesjidil haram. Orait jer. Semua bleh snap guna hfon ka camera comel2 tu. Mama pakai camera biasa jer beli time sale...heheeee

mamawana said...

Assalam Zaitun,

Terima kasih. Sekadar entri biasa2 ajer.

mamawana said...

Ibundo,

Terima kasih. Spt ingin kembali ke sana lagi....

Nieda said...

Berbahagia yang telah menjadi tetamu Allah.

sal said...

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR..
Moga sihat setelah mengerjakan haji..
alhamdulillah syukur..kerana diberi kesempatan utk menjadi tetamu Dia..

Abu Luqman said...

Tahniah dan bersyukur kehadrat ilahi..insyallah masa depan giliran kami pulak

Pn Kartini said...

Assalamualaikum mamawana:)

Alhamdulillah..mamawana selamat kembali dan semoga mama memperolehi haji yang mabrur...Amin..

Moga diri ini dipilihNya jua sebagai tetamuNya satu hari nanti.....InsyaAllah...
:)

mamawana said...

Welcome Nieda. Tqvm.

mamawana said...

Assalam all,

Salam Sal, Tq. Balik ke sini memang kurang sihat tapi alhamdulillah segalanya lancar.

mamawana said...

Abu Luqman,
Insyaallah. Mama turut doakan utk teman2 di sini agar segera di panggil menjadi tetamuNYA di sana.

mamawana said...

Insyaallah Pn kartini,

Semoga segera menjadi tetamuNYA di sana. Amin.

Haji Adnan said...

Semoga kita akan dijemput lagi ke sana. Insya allah

Acik Mano said...

Alhamdulillah mamawana selamat pergi dan kembali ..semoga mendapat haji yg mabrur dan semoga kami juga akan berpeluang untuk menjadi tetamu Nya juga... amin

Brilliant Marjan said...

alhamdulillah...ketika sy menulis, saya dan adik2 masih menunggu kepulangan ummi dan abah saya..rindu..

mamawana said...

Achik Mano,

Terima kasih sudi visit sini.

mamawana said...

Brilliant Marjan,

Semoga yg dirindui kembali dlm dakapan segera. Amin.

muaz_kkgp said...

makkah dan madinah masih terbayang di mata....muaz pun baru baru balik dari sana...

ALoNa CintamaniszLite said...

Syukur hajjah mama dpt gi sana dgn segalanya berjalan lancar...semoga suatu hari nanti sy pun berpeluang merasa nikmat itu..

izan said...

Assalamualaikum mamawana,

bila terlihat lautan manusia, masyaAllah ...