Friday, October 7, 2011

Telekung-Telekung Putih


Assalam Semua

Sebelum berangkat jam 5.00 petang ini ke Tabung Haji Kelana Jaya, lintasan fikir dan minda ingin menitipkan suatu buah tangan, hasil pena yang tak seberapa sebagai kenang-kenangan buat anakanda2 dan teman2 maya tercinta.

Telekung-telekung Putih
Yang pernah kau beri dahulu
Lusuh, lunyai diterbang
Angin entah...
Yang tak ku pasti

Puas rajuk, tangis dan duka
Biarkan berlalu
Dibalut masa demi masa...

Telekung-telekung putih lagi
Datang kembali
Menyapa dalam mimpi wangi
Harum semerbak hingga
Awan gemawan

Ku lipat, ku susun
Satu persatu kemas dalam kelopak hati

Para telekung putih itu
Kembali dijunjung para Wali,
Bidadari dan
Diiringi para Malaikat Illahi
Bagai membawa sedulang hantaran

Layakkah aku yg kerdil ini
Untukku sahut panggilan itu
Tiada sekutu bagi Mu

Aku datang menyahut panggilan Mu.
Segala puji dan nikmat dalam
Dakapan kasih Mu.


Kalau ada masa ... Jemput klik entri2 kenangan:

Bila Aku Lupa Tuhan
Sampai ke Bollywood
Dalam Hati Ada Cinta

Wasallam.






12 comments:

Kakzakie said...

Labbaikallah humma labbaik....
moga beroleh kebaikan yg dihajati
Arafah tempat bermula...
berakhir dgn wadak di kaabah utk lamaian akhir
selamat pergi dan kembali

Pn Kartini said...

Assalamualaikum mama..

Selamat berangkat mama..
Moga diberikan kesihatan yang berpjgan dan kekuatan tenaga sepjg berada di sana..
Semoga mama selamat pergi selamat kembali...dan mendapat haji mabrur..InsyaAllah..

:)

Ibuhani said...

Slmt beribadah. Smoga dipermudahkan Allah SWT.....

Acik Erna said...

Assalamualaikum..
semoga selamat pergi dan kembali..
semoga juga dianugerahkan kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna.

azieazah said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.

Mohon jasa baik, doakan jua kami para blogger kesejahteraan...

sal said...

alhamdulillah dah dpt bnyk pengetahun dan pengalaman baru..

moga dipermudahkan urusan
dan hajat terlaksana..

doakan juga..

che mid said...

Illaliqa' ya Hajjah!!

hanaahmad said...

Selamat pergi dan pulang! amin. :)

MOKCIK AZWA said...

Mamawana,

Tahniah! terpilih menjadi tetamu Allah ... Labbaikallah humma labbaik..

Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat kembali kelak..aminnnn

ummu said...

assalamualaikum mamawana
apa khabar mamawana?semoga sihat2 saja mamawana di sana.
terima kasih sudi bertandang ke blog saya dan bertanya khabar.
saya minta maaf,tak dapat nak update blog saya krn tidak berapa sihat utk berblog sejak akhir ramadhan lalu.
maaf ye mamawana hanya pagi ni baru saya dpat menjejak ke blog mmawana
salam ukhuwah,

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mamawana.Alhamdllh,akak dah selamat sampai disana & semoga dlm keadaan sihat2 ya.Jg kesihatan akak.
Seronoknya bila akak brkunjung ke blog atie dr makkah...semoga akak mendpt haji yg mabrur & sentiasa tenang dlm menunaiknnya.
Jgn lupa seru nama atie yer kak kt depan kaabah,mana tau rezeki atie lak ke sana.Aminnnn

Take care &...rindu ngan akak.

Kamsiah said...

salam
tentunya wajah manis berseri,menjadi tetamu agung ILLAHI...selamat kembali mama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...