Salam sayang untuk semua pembaca yg sudi singgah di blog mamawana yg tak seberapa ini. Sejak Ramadhan yg lalu hati selalu resah, sedih, rindu agar Ramadhan ini berpanjangan. Tiada bulan2 lain hanya Ramadhan yg ku mahu. Bolehkah begitu? Suatu soalan yg dungu ?
Bila shopping Raya, mata pun asyik bertumpu pd baju2, blouse, jubah berwarna putih. Pi mai, pi mai , sana sini, pusing2 , belek punya belek tetap warna putih. Tahun lepas pun beli sepasang jubah putih. Syawal yg lalu pun beli baju raya berwarna putih juga. Putih, putih, putih. Hmmmm.... Bila rindu bertamu jemput klik sini
Rupa2nya mama memang perlukan pakaian putih yg lebih banyak untuk menyesuaikan diri di sana. Dengan rendah hati dan rendah diri, mamawana nak kongsi berita gembira bercampur sayu dan terharu kerana telah menerima jemputan untuk menjadi tetamu di Makkah dan Madinah.
Tatkala mengikuti Taklimat Akhir bakal Jemaah Haji, minggu lalu hati dah tersentuh, airmata berguguran mendengar kalimah Lambaian Labbaikallah.... Meneliti perjalanan haji bagai melihat suatu perjalanan yg seumpama di kemuncaknya.
Apabila berlaku suatu kematian @ kembali ke Rahmatullah, kita disunatkan mengucap Takziah. Jenazah dimandi, dipakaikan pakaian kain kafan, disolatkan, diusung ke liang lahad dan berakhir di Padang Mahsyar. Innalillah, demi menyempurnakan sebuah Rukun Hidup.
Perjalanan Haji ke Baitullah pula, dimulakan dgn mandi sunat, berpakaian kain ihram, disusuli solat, bergerak ke Tanah Suci dgn Talbiah dan berakhir di Padang Arafah, menyempurnakan Rukun Islam

Di kesempatan ini mamawana memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai ada terlepas bicara, terlajak kata di papan screen di alam maya, zahir dan batin. Sepuloh jari ku mohon kemaafan. Yang ketemu, yang dikenali di alam nyata, ampun maaf andai terlebih bicara tanpa sedar, terlebih kata dalam sedar, terlebih makan dan terminum. Andai ber kesempatan bertemu lagi ucapkanlah Alhamdulillah, andai sebaliknya sedekahkanlah Al Fatihah
Jumaat, 7 Oktober 2011, mama akan bergerak ke Tabung Haji Kelana Jaya dan berlepas malam 8 Oktober 2011. Terima kasih kerana menjadi teman, teman maya dan teman di alam nyata, menjadi jiran dan sahabat yg baik buat mama selama ini. Kita saling bertandang di sini, bertegur sapa tanpa bertentang mata, bergurau senda, ingat mengingati sesama saudara. Indahnya....
Permisi.
33 comments:
Semoga mamawana selamat pergi dn balik.. Doakn juga kesejahteraan zana sekeluarga kt sana yer.
Assalamualaikum mamamwana tersayang..
:)
Tini doakan agar mama diberikan kesihatan yang berpanjangan disana dan diberi segala kudrat dan kekuatan dlm mengerjakan haji ..dilindungiNya selalu dan semoga memperolehi haji yang mabrur..
Moga mamawana selamat pergi selamat kembali....Amin....
p/s:Maaf tini juga andai ada salah dan silap ya mama...take care:)
Assalamualaikum mamawana..
selamat mengerjakan ibadah haji..semoga diberikan kesihatan dan ketabahan sepanjang berada ditanah suci.semoga juga mamawana selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur.
salam
alhamdulillah
selamat berangkat wahai tetamu Allah,
semoga sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNYA
lakukan yang yg terbaik , semoga mendapat haji yang mabrur
insyallah
Selamat berangkat kawanku, semoga sempurna segala amal ibadahmu. InsyaAllah. :)
Salam Mamawana. Ibuhani doakn semoga semuanya berjln dgn baik n semuanya dlm perlindungan Allah SWT. Smoga juga mamawana dpt menyempurnakan ibadah haji....n maaf juga dr saya!
Salam mamawana..Alhamdllh,Atie doakn semoga perjlnan mamawana diberkati serta dpt menjlnkn ibadah dgn tenang.Diberikn kesihatan yg baik sepjg menjlnkn ibadah...serta selamat pergi & kembali..
Semoga dipermudahkan segala urusan. Ampun maaf dari saya jua tak kira apa pun salah kecil besar.
Semoga selamat pergi dan kembali.
Salam mamawana,
Selamat pergi dan selamat kembali yer. Cyda doakan Mama dipermudahkan melakukan segala ibadah disana nanti. Dan semoga Mama mendapat haji yang Mambrur ... AMIN!!!
Kalo terserempak ngan makabah kite, sampaikan salam rindu kami di sini yer ... ^_^
Semoga dipermudahkan dalam menjalani ibadah haji. Sesungguhnya kepada Allah jua dikembalikan segala urusan.
Seeru `ala barakatillah...
alhamdulillah....semoga segala urusan dipermudahkan..insyaAllah..
Tahniah sbb terpilih utk gi menunaikan haji tahun ni. Sy tumpang seronok. Semoga sy jgk ada peluang jejak kaki kat sana suatu hari nanti, insyaallah..
Aslkm
Tahniah trpilih.
Maaflah klu ada salah silap wpun dialam maya.
Wah bolehlah jumpa Prof kail dan Roza, wanita dibalik tong zam2 di masjid madinah!
lhamdulillah..mama berkesempatan menjadi tetamu Allah lagi.. didoakan selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur.. doakan kami sekelurga juga berkesempatan untuk menjadi tetamu Nya jua..amin..
Alhamdulillah, giliran Mama menjadi tetamuNya. Che Mid doakan Mama beroleh haji mabrur. Doakan kami menyusul nanti. Amin. Ampun dan maaf jua dari Che Mid.
Alhamdulillah.... rezeki akak untuk pergi ke tanah suci terlebih dahulu. Insya Allah.... semoga saya juga akan di jemput suatu hari juga untuk ke sana
Alhamdulillah dah sampai masa akak untuk pergi ke sana, saya doakan semoga perjalanan akak selamat pergi dan ulang..doakan untuk saya di sana e kak , mudah2an Allah beri saya rezeki zuriat....
Assalamualaikum wr wtuh semua.,
Ins'allah Zan. Tq.
Pn Kartini.. tqvm. Terharu..
Achik Erna,
Sayu hati ku....Tq.
Rezeki,
Terima kasih.. ins'allah cuba buat yg terbaik.
kawanku kakchik... terima kasih. Terharu hati mama..
Ibuhani , terima kasih atas doa doa kalian. Tersentuh hati.
azatiesayang...
Terima kasih banyak2. Mama cuba singgah setiap rumah maya teman2 selagi berkesempatan sebelum berangkat pergi. Terima kasih atas doa semua.. Memang tersentuh hati kecilku. Tqvm.
aziezah... terima kasih..terima kasih.
MamaCyda.. dengan izin Allah.. ins'allah.
abuikhwan.. terima kasih banyak2... Terharu membaca ucapan2 selamat pergi dan selamat kembali di sini...
Alona Cintamanizs..
Terima kasih. Ins'allah sama2 diberi rezeki dan peluang serta kesempatan utk menjadi tetamu NYA.
Mamaju,
Prof kail dan Roza, wanita dibalik tong zam2 di masjid madinah!?? Menarik tu. Dgn izin Allah ..
Achikmano,
Ins'allah sama2 kita berdoa terpilih menjadi tetamunya.
Chemid,
Ins'allah.. doa utk semua teman2 maya juga yg merindui Tanah Suci agar dipermudahkan dan diberi rezeki ke sana. Amin.
eelobor,
Tq. Ins'allah doa mama juga utk teman2 maya semoga diberi rezeki dan dipermudahkan utk menunaikan Rukun Islam ini.
AmySyaquena,
Ins'allah semoga Allah swt memberi rezeki zuriat dan rezeki2 yg melimpah ruah utk Amy sekeluarga.. Amin.
Alhamdulillah...semoga segalanya dan semuanya dipermudahkan buat mamawana di sana nanti
Post a Comment