Saturday, September 10, 2011

Raya..Raya dan Raya lagi, Jom Rayaing


Assalam dan Bismillah,

Syukur atas segala rezeki, kesihatan dan kesempatan yang Allah swt kurniakan di sepanjang Ramadhan dan Syawal yg baru dinikmati ini. Moga segala kurniaan ini di nikmati dgn syukur yg berterusan. Jom, nengok foto mamawana raya kat mana? Jom layann....

Mesjid Asy-Syakirin. KLCC.
Selepas kelas Tafsir jam 3.00 petang Sabtu tadi. Ada open house, makan-makan.


Kat mesjid ni dapat lah duduk atas lantai sambil makan. Sedikit perkongsian, sekiranya kita duduk tidak menggunakan kerusi hendaknya duduklah dgn tawadhu iaitu duduk atas dua lututnya atau duduk aras punggung kedua kaki atau berposisi dgn kaki kanan ditegakkan dan duduk di atas kaki kiri. Sebagaimana posisi duduk Rasulullah s.a.w. yg didasari dgn sabda baginda s.a.w.:

‘Aku tidak pernah makan sambil bersandar, aku hanyalah seorang hamba, aku makan sebagaimana layaknya seorang hamba makan dan aku pun duduk sebagaimana layaknya seorang hamba duduk’(HR. Bukhari No.5399)

Whoaaa, apam my feveret.


Mee Rebus/bANDUNG


Jumaat dapat invitation Raya Open House di Nikko Hotel, KL. Foto2 di bawah ini.

Sedapnyer lemang dan rendang daging. Satay ayam wallaa... lombut.


Dapat lagi door Gift cokelat sedap ini. Tq. Tq.


Khamis, tengahari invitation - open House Bank Rakyat, Jln Pinang.

Ini ler Jejaka-jejaka Bank Rakyat.

Ada cendol, rojak ..hmmmmm sedapnyer rojak dia...
Dah konyang. Senyum semuo ek... masa balik dapat buah tangan kueh Bauhulu sekotak kecil. Tq Bank Rakyat.


Khamis, malam Jumaat invitation Raya Open House di Hotel Mandarin Oriental, KL. Very very the exclusive maaa....

Para Jemputan di sambut dengan musik Gamelan. Indah sekali.

First time makan nasi pillaf. Hmmm... sedapppp, harum, wangi, lembut dgn rempah ratusnya. Rendang pun sedapppp. Makan nasi sesenduk jer...

Ketupat, lemang
Satay ayam, beef satay, lamb satay... hmmm... lombut2 semuonyo.
.
Makan satay secucuk dua jer.
Perhiasan Grand Ballroom ni memang Grand sungguh. Almaklumlah CIMB Chief Group Dato Sri Nadzir Razak hadir sama.

Laksa My feveret.

Selepas Ramadhan ni perut makin kecil, kempis, comel , cute. Ihiikss.. So, makan pun sikit2 ajer. Tak tahu laa kut esok lusa open house minggu depan masih ada jemputan lagi. Kasi pulun habis. Nak pi open house lagi, dont want to miss. Control selera, nanti gomok, nak maintain ukuran pinggang ler kunun. Heee... Puasa Enam, camner komer? Dah buat? Permisi.


14 comments:

zino said...

meriah nya raya.....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mamawana...wah!bersakan g open house disana sinun yer..
terima kasih atas wishnya...

Bidadari Syurga said...

amboi... bestnya....

apple hijau said...

ya ampuuun....mamaawana..meriah gituh

bertuahnya rakyat malaysia...Alhamdulillah..

hani@debumelukut said...

meriahnya raya...kenyang la sepanjang syawal ni..

mamawana said...

Assalam Zino

Ya, raya yg meriah. Meriah dgn kengkawan dan jemputan.

mamawana said...

azatiesayang... sayang kamu

mamawana said...

Assalam Bidadari syurga

Best gitu gitu ajer.. raya Bidadari lagi best...

mamawana said...

Assalam,

Ya ampunn apple hijau.. begitulah suasana raya rakyat Malaysia..

mamawana said...

assalam hani@debumelukut

heee... walau Syawal yg kenyang..kalu bleh nak Ramadhan sepanjang tahun. weeheee...........

Aida Azryn said...

wah,nampak happening! ;)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Jelousnya bila tengok orang beraya sakan... saya sejak balik ke JB tak berkesempatan lg nk beraya, beraya kt shoping complex je.

mamawana said...

Assalam Ayda,

Kg mamawana dah takda saper, ibu bapa dah lama arwah. sob3. Alfatihah. Jadi, raya jer ala Kolumpo. Cam tulah setiap tahun, ins'allah ada jer jemputan open house.

mamawana said...

Assalam Miss Mirror,

Raya ... tak habis lagi raya sakan. ihiikkks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...