Mula dgn Bismillah,
Salam sayang kpd semua pembaca budiman. Baru berkesempatan update post terkini malam ini. Pagi Jumaat lalu, pihak Company membawa staff terbang ke KK, Sabah. Sebahagian naik MAS dan sebahagian lagi naik AirAsia. Everything sponsored by the Company, dapat duit shopping lagi beberapa ratus diberi kpd setiap staff. Walau penat masih membalut diri, seronoknya dgn kenangan dan pemandangan sungguh indah di Kundasang, hot poring area canopy walk (walau tak memanjat titian gantung terpanjang di South East Asia tu) dan beberapa laluan perbukitan dan pergunungan yg indah, nyaman dan segar. Alhamdulillah, rezeki Allah jua. Jemput layan foto2 camera cap selipar Jepung spt di bawah ini:
Pemandangan indah dari bilik Sutera Habour Resort.
Trip ke Kundasang, suatu perjalanan perbukitan tanah tinggi yg indah. Kiri kanan laluan perkampungan majoriti penduduk Kristian dan berselang seli dan majoriti penduduk muslim di Kundasang, yg dihuni majoriti petani muslim. Seronok melihat kehijauan tanaman kobis dan pelbagai sayuran di kiri kanan laluan bas kami. Sejuk mata memandang keindahan dan kebesaran ciptaan Illahi. Rasa takjub dgn kehebatan ciptaan Illahi pd Gunung Kinabalu yg tersergam indah di hiasi pelangi dan awan gemawan . Subhanallah.
Singgah rendam kaki di hot poring..
.
.
Lauk pauk sayur yg sedap-sedap belaka
.
Lunch di sini, kawasan pergunungan yg sejuk dan nyaman sekali
.
Shopping di kedai2 kraf tangan di Kundasang. Mamawana minta izin ambil gambar baby ni emak dia terus pusing kasi posing baik punya.
g
Breakfast di Sutera Harbour Resort
.
Breakfast hari Sabtu dan Ahad
.
Menjamu selero di kawasan ikan bakar, sotong dll di belakang Filipino Market di sebelah malamnya. Walau selepas dinner di hotel kami makan lagi ikan bakar dan sotong bakar pelbagainya di tempat ini. Nak merasa pengalaman makan2 malam di kawasan ini. Murah2.. Tak larat dah nak jalan macam pacat kekenyangan sekor2 balik ke bilik tidor masing2. wuhuhu..
Jalan2 melawat luar mesjid Negeri Sabah, Museam Sabah , Mesjid Terapung dan beberapa kawasan lagi
.

Dapat posing kat replika bunga Rafflesia pun jadilah. Boleh nampak Mount Kinabalu sayup di belakang sana ditutupi awan gemawan.


Night market Kg Air
Pasar Pagi
Duit poket ada lagi, apalagi kami pulun beli ikan masin, udang kering, ikan bilis, kueh cincin ikut pilihan masing2. Sampai tak menang tangan si Awie melayan karenah kami

Jangan marah mak posing cenggini cekali cekala...ihiiiikkss

Ahad petang kami terbang balik masing2 dengan kenangan lucu dan pengalaman manis dlm percutian tajaan Syarikat yg indah. Kami semua kakitangan syarikat pelaburan saham ni dah macam adik beradik gaduh2, tarik2 muka masam, then baik2 semula then manis2 kembali. Selepas puasa tempoh hari, berat badan turun 6 kg.. tapi balik dari KK omak aii dah naik balik 2 kg. Guano gamok?
Bye KK. Ins'allah ada rezeki kami akan datang lagi. Terima kasih kerana sudi membaca hingga titik akhir. Wasallam.
20 comments:
Assalamualaikum,
Pergi KK memang seronok...semuanya murah dan segar ;)
memang seronok pergi ke KK.. tahun lepas saya berkesempatan ke sana dan masih teringin kesana lagi...
assalam..
wahh sronoknya..
mak n adik sy akan ke sarawak tp sy x ikut mls le.. leceh nk bwk krusi roda..
assalam mamawana..memang baca sampai keakhir..tak pernah pulak tinggal2 lagi2 mamawana sudi kongsikan gambar2 yang cantik2 ni..geramnya tengok macam2 ada..
perghh.. dapat melancong sini beh gak
wah seronoknya. belum berkesempatan ke sana lagi. :)
Assalam anyys,
Tq visit mama here. :-)
Assalam scangkirmadumerah..
Next time jom kita berombongan ke KK..ihiikkks
Maiyah..
Boleh bawa kerusi roda tu.. dulu mama gi umrah satu plane dgn remaja berkerusi roda yg sama2 buat umrah..
Maiyahmesti boleh.. ins'allah
Assalam AchikErna,
i love youu...ihiiikks.. rajin baca sampai titik akhir. Thanks again.
Assalam hamzah ian,
Ya.. best...dpt view pemandangan indah G.Kinabalu
Assalam hanaahmad,
Ins'allah satu hari sampai sana nanti
Salam mamawana........slmt hr raya! Seronokkan Sabah!
seronoknya bercuti
masakan kat sana betul2 nampak menyelerakan~
Wah bestnya perjalanan Mamawana ke KK..tak mandi manda kat hotspring Poring tu ker? Boleh amik bilik private berendam didalamnya hehehe
kita pon dah posing kat sabah cenggitu cekali cekala.. ihiiiikkss
abis duit den soping sakan.. klu leh nak soping gunung kinabalu skali.
mood jeles dan teruja tgk gmbr2 ni.LM sgt teringin nak ke sabah.lum ada masa sesuai pun..sukanya tgk pemandangan kat sana..
heee
welcome to kk kak!
waa..dok kat sutera harbour ke..mang besstt ahh..heheheh
byk x sopin mutiara? kueh cincin? ikan masin?
hehehehe
jelousss acik baca entry ni.. acik gi kk tak de kesempatan nak shopping2 de.. ye le kan pergi atas sebab tugas.. so paham2 je le..kalu nak ber haluluya..kuar le dari poket sendiri..
Post a Comment