Tuesday, August 16, 2011

Rahmat Ramadhan


Assalam,

Segala puji bagi Allah swt. Alhamdulillah. Mama nak sambung lagi doa hari2 dlm bulan Ramadhan. Boleh ya. Walaupun dah malam ke 19 dan esok malam ke 20 di mana serata mesjid akan mengadakan Qiamullail. Ada kesempatan ins'allah jom kita makmurkan rumah Allah swt.

Doa Hari ke 17: "Ya Allah, tunjukkan bagiku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita2ku. Wahai Tuhan Yg Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai Yg Maha Mengetahui segala yg ada didlm hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yg suci."

Doa hari ke 18: "Ya Allah sedarkan aku utk mencari keberkatan. Terangkan hatiku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku utk mengikuti segala ajaranMu dgn cahayaMu wahai penerang hati org yg bijak"

Alhamdulillah, syukur beribu rahmat. Allah sudi memberi ruang waktu pd mamawana utk berjemaah tarawikh di Masjid ini.
Doa hari ke 19: "Ya Allah penuhkan bahagianku dgn keberkatan dan mudahkan bagiku menuju ke arah kebaikan. Jgnkau jauhkan aku drp ketenteraman kebaikan, waha pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Doa hari ke 20: "Ya Allah, bukakan bagiku pintu2 syurga dan tutupkan bagiku pintu2 neraka. Berilah kemampuan kpdku utk membca ayat-ayat suci Al Quran, wahai pemberi ketenangan dlm hati org yg beriman.

Doa hari ke 21: Ya Allah,berilah aku petunjuk utk mendapat keredhaan Mu. Jgnlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagiku, wahai pelaksana keperluan org yg meminta."

Moreh . Selepas 8 rakaat.
Ruang solat muslimah di tingkat bawah. Yang meneruskan solat hingga rokaat 20.
Jemputan Iftar Ramadhan - D' Saji Felda, Ahad 14 Ogos 2011 lalu. Alhamdulillah.

Nasi putih, daging kambing masak hitam.

Udang goreng , mee goreng, ayam goreng pelbagai gorengan

Sambal udang
Dessert, cheese cake , pelbagai kueh mueh dll




Tazkirah dan malam nuzul Quran dah berlalu. Alhamdulillah dpt rezeki menghadiri Tazkirah di mesjid berdekatan rumah. Kita teruskan berpuasa dgn amalan2 yg digalakkan utk merebut Lailatulqadr. Ins'allah.



9 comments:

sayangsayangibu said...

selamat menjalani ibadat puasa
dan selamat menyambut lebaran yg akan tiba.

sal said...

Allah hu Akbar..
Tenguk foto dlm masjid tu terasa sayu bebeno,terbyg betapa syahdunya melakukan ibadah...harap dipermudahkan urusan untuk solat dan berdoa...

rezki pun murah..terhidang juadah2 yg enak2, alhamdulillah syukran..

MOKCIK AZWA said...

Syukur dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kan sis..Selamt berpuasa ya

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Terlalu indahnya Ramadhan yg sukar untuk digambarkan.. rasa sayu pula hati utk meninggalkannya lg seminggu. Moga kita semua dpt bertemu ramadhan seterusnya ya Mama. Amin.

Myra Jay said...

Selamat berpuasa dan sama2lah kita tingkatkan amalan di bulan mulia ini :-)

mamawana said...

Assalam sayang2ibu,

Selamat beramal.

mamawana said...

Salam sayang Sal,

Selamat berpuasa, Salam Idilfitri.

mamawana said...

Salam Mokchik Azwa

Alhamdulillah atas rezeki yg dikurniakan kpd kita.

mamawana said...

Assalam Miss Mirror

Semoga ketemu lagi Ramadhan akan datang. Ins'allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...