Saturday, August 20, 2011

Iftar hari ke 20 Ramadhan


Assalam dan Bismillah,

Sekadar secebis perkongsian

Dalam renyai hujan petang Jumaat, mamawana bergerak dari opis jam 6.30. Menunggu my hero hampir 2 jam utk sama2 ke mesjid KLCC. Lalu, menyusuri Jln Pinang, Bangunan Exxon dan taman KLCC, akhirnya tiba di sini bersama anak bujang mama. Sebagai seorang pengembara di bumi Illahi, kami iftar di sini. Entah, sememangnya sejak dari zaman remaja, hati memang suka singgah berbuka dari mesjid ke mesjid. Hingga beranak pinak. Senang utk bayar fitrah, senang nak wakaf Al Quran, Tahlil dsb. Hajat di hati nak Qiam d sini shj namun tak kesampaian krn anak yg lagi seorang Wana baru gerak dari UiTM Sri Iskandar Ipoh ke KL dan akan tiba di rumah jam 10 malam menaiki bas exkpress. Bila hidup penuh dugaan dan cobaan dari Illahi, betapa tenang dan damai apabila berjemaah bersama teman-teman di sini. Sebarang ujian dari Allah swt akan kembali juga hati mengadu pada Illahi tentang ujian kehidupan ini.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, ada pengisian ilmu Tazkirah di Mesjid Asy-Syakirin , KLCC

Jemput, Layan foto2..

Bubur lambuk, udang masak sambal kicap, teh tarik

Nasi warna warni hijau kuning, ayam goreng, acar buah yg sedap...

Daging masak kicap, terung masak berempah

Jemputan khas tetamu dari rumah Anak-anak Yatim.. Masya Allah ramainya orang di Mesjid KLCC. Qiam malam ni mesti tidur cam kat kenduri kahwin, macam sardin berhimpit2 dgn sesiapa shj. Seronok ker gitu...... Meninggalkan tilam empuk dan katil berharga ribuan ringgit di rumah sendiri, hanya utk tidur di karpet yg nipis. Dingin malam yg mencengkam tanpa serba keselesaan. Pasti tidak dapat nyenyak krn sok sek sok sek di penjuru sana sini ada yg mengaji sepanjang malam , ada yg berbisik2 berbual sambil menanti mata terlelap. Seronok dan bahagia bagi yg benar2 dapat menghayatinya.
.
Comel-comel anak2 ini...


dan Jumaat semalam dapat Gift raya dari Opis

1kotak cookies and 1 kotak cake Famous Amos berserta duit raya. Alhamdulillah

Staff beratur berduyun2 utk collect gift masing2.. cam budak-budak kecik gembirannyaaa...


Baju raya belum beli, cookies belum buat, hmmmm.......... cuti minggu depan boleh buat dua tiga resipi kut. Plan dulu. Tidak mahu terkejar-kejar tanpa faedah. yang perlu dikejar ialah ibadah 10 terakhir Ramadhan ini... Kerana kita semua mencari lailatulqadr :-

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Oleh itu, sesiapa yang beribadat pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatul qadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1,000 bulan


Qadr bermaksud; iaitu menetapkan, kemuliaan dan penyempitan. Makna pertama iaitu menetapkan, pada malam tersebutlah Allah telah menentukan perjalanan hidup manusia melalui seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. ke arah jalan yang hak dan menolak kebatilan dan itulah aturan jalan ketetapan yang ditentukan Allah walaupun penuh ranjau duri. Kedua, malam tersebut adalah semulia malam jika diteliti berlakunya penurunan Al-Quran (nuzul Al-Quran) dan pengiktirafan Allah terhadap malam tersebut. Berlakunya kesempitan di dunia kerana jumlah kehadiran para malaikat yang membawa rahmat dan keampunan Allah.

Salam. Permisi.

18 comments:

Prasetyo said...

Nice blog post brow.

Don't forget to visit me back, wokey !!!

zino said...

selamat meneruskan ibadat puasa di 10 hari terakhir....

Nur_Ma"Khairatun Hisan" said...

Assalamualaikum...subbahanallah...
seronoknye..moge semuenye diberkati Ilahi..Salam Ramadhan Al Mubarak Mama=)

azieazah said...

Seronoknya ada pengisian program Ramadhan sebegini. Saya pun pernah juga dulu sekali sekala berpeluang melaluinya. Memang best, kan?

Tahniah dapat duit raya dari ofis. Bertambah meriah la raya nanti.


*Anak belajar di Sri Iskandar tu course apa? Sama dgn anak saya, di sana juga. Course ID.

nabilah_2908 said...

sy belum berpengalaman berbuka di mana2 masjid...cuma baca kisah org..

seronok nampaknya....teringin pula nak cuba... :)

mamawana said...

welcome Prasetyo....

mamawana said...

Selamat beramal En Zino. Tq.

mamawana said...

Nurma Khairatun

Sedapnya nama.. selamat berpuasa dan salam beramal

mamawana said...

Assalam Aziezah,

Memang seronok berbuka puasa kat mesjid2 nih.

Wana course Dip. Photography kat UITM Sri Iskandar. Sama dgn anak aziezah, art and design banyak fakulti kan..?

mamawana said...

Assalam nabilah,

Cubalah... mula2 malu2 lama2 biasa lah tuuu...

secangkir madu merah said...

Alhamdulillah, seronok ya dapat mengerjakan amalan dari masjid ke masjid yg lain...

selamat menunaikan ibadah 10 Ramadhan terakhir ya mamawana..Ramadhan bakal berakhir tidak lama lagi..huhuhu

delarocha said...

iftar berjemaah, memang seronok

bard bahtiar said...

lpor plak tgok gmbr anggur tu...hehe

lagenda said...

bahagianya hati bila tgk anak anak yatim ini bahagia kan

mamawana said...

Assalam,

Secangkirmadumerah

Alhamdulillah, selagi diizinkanNYA, ins'allah memang seronok dpt berbuka berjemaah.

mamawana said...

Welcome delarocha,

Selamat beramal.

mamawana said...

Salam bardbahtiar,

Tq singgah sini.

mamawana said...

Assalam lagenda,

Selamat beramal. Salam idilfitri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...