Sunday, August 14, 2011

Bubur Lambuk sbhgian dari Rezeki-rezeki Yang Datang

Assalam

Salam sahabat blogger yang budiman. Hari ini sudah masuk 14 Ramadhan. Indahkan. Dah dua malam hujan turun renyai2 dimalam hari. Hanya malam 12 Ramadhan shj mamawana sempat melihat indah bulan walau belum sempurna bulatnya di langit nan tenang. Cepatnya masa berlalu. Tunggui daku, aku belum sempat itu ini lagi. Ramadhan jangan terlalu cepat berlalu pergi.

Setiap hari juga bersahur dgn bubur lambuk. Bubur lambuk pemberian rakan se opis, kadang2 bos bagi, dari mesjid, juga pemberian kekandaku sendiri. Hari-hari , tak jemu2 makan bubur lambuk. Dan disini mamawana sambungkan doa-doa harian dlm bulan puasa (sebelum ini tak sempat nak enter semua):

Doa Hari ke 8 Berpuasa: Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kpd anak2 yatim, pemberi makanan , penyebar salam, dan bergaul dgn org2 mulia dengan kemuliaan Mu tempat berlindu org2 yg mengharap.


Doa Hari ke 9: "Ya Allah, sediakan bagiku sbhgian drp keluasan rahmatMu. Berilah aku petunjuk dgn ajaran2Mu. Bimbinglah aku menuju keredhaanMu yg penuh dgn kecintaan Mu, wahai harapan org2 yg merindu.

Berbuka dgn bubur lambuk juga. Bersila atas lantai simen ruang makan dari mesjid ke mesjid. Selepas solat mughrib baru menjamah nasi bungkus. Kadang2 nasi ayam, kadang2 nasi kandar.


Selepas Tarawikh, 8 rakaat ketika melalui pintu pagar mesjid kat rumah selalu nampak van spt ini. Hati berkata "Aku dah pernah naik van ini dulu, semasa mengiringi jenazah arwah ibu ke kubur (Al Fatihah). Dan di suatu ketika nanti aku akan naik pergi dan tak kembali lagi. Semoga Allah swt permudahkan perjalanan pulangku"

Doa hari ke 10: "Ya Allah, jadikan aku di antara org bertawakal kpdMu dan jadikan aku di kalangan org yg menang di sisiMu. Ya Allah jadikan aku di kalangan org yg dekat di sisiMu. Dgn ihsanMu wahai tempat tuju org yg memohon.


Doa Hari ke 11: "Ya Allah tanamkan dlm diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melalukan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku drp kemurkaan Mu dan seksaan api neraka dgn pertolongan Mu wahai Tuhan yg menolong org2 yg memerlukan pertolongan.


Doa hari ke 12: Ya Allah, hiasilah diriku dgn penutup dan kesucian. Tutuplah diriku dgn pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aki di jln keadiland an keikhlasan. Amankan diriku drp setiap perkara yg aku takuti, dgn penjagaanMu, wahai penjaga org yg takut."

Doa hari ke 13: 'Ya Allah bersihkan diriku drp kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kpdku utk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kpdku utk bertakwa dan bergaul dgn org baik, dgn bantuan Mu wahai pengharap org yg miskin.

Menu Berbuka puasa di Convention Centre KL. Jumaat 12 Ramadhan. Rezeki dari pelbagai buah-buahan, salad, sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

Makanan yg lazat. Nikmat rezeki yg melimpah ruah. Alhamdulillah.

Juadah rezeki Ramadhan yg dihidangkan: Kebab, satay, nasi pelbagai lauk, beriyani, icecream, cheese cake, pelbagai kek, puding, ice cream, pelbagai bubur.

Barisan telekung utk muslimah berjemaah mughrib, isya dan tarawikh.

Sejemput nasi, semangkuk bubur lambuk, sushi kegemaran, popia basah, roasted chicken, mutton menjadi pilihan hati sebelum bertarawikh. Mewah...

Selesai lah sudah berjemaah tarawikh 8 rokaat di surau Convention Centre KLCC anjuran Maybank Investment. Bacaan Imam yg sangat berkesan menyentuh kalbu. Boleh menitiskan airmata. Tqvm for the invitation and the lovely Iftar Ramadhan. Indah.


Doa hari ke 14:"Ya Allah, jgn aku dihukum disebabkan kekeliruan yg ku lakukan. Ampunkan daku drp kesalahan dan kebodohan. Jgnlah kau jadikan diriku sasaran bala dan malapetaka dgn kemuliaanMu wahai kemuliaan kaum Muslimin."

Sabtu semalam berbuka di sini:



Lepas berbuka dgn semangkuk bubur lambuk, mughrib dulu dan sambung menjamah nasi kandar sebungkus sementara menanti waktu Isya . Hati rasa bahagia dapat berjemaah di sini. Walau pertama kali bertemu wajah dgn penduduk2 sekitar dan pertama kali berbuka dan berjemaah di mesjid ini, jemaah muslimahnya ramahtamah, mesra seolah2 sudah kenal lama. Selesai Tarawikh, dlm renyai malam mamawana pulang dgn hati yg terharu sayu dan ingin kembali berjemaah di sini lagi.

Doa hari ke 15: "Ya Allah, limpahkanlah rezeki kpdku berupa ketaatan org yg kusyuk. Lapangkan dadaku dgn taubat org yg menyesal, dgn keamananMu wahai keimanan org yg takut."

Doa hari ke 16: "Ya Allah berilah keampunan kpd ku untuk menjalani kehidupan spt mana kehidupan orgbaik. Jauhkan bagiku kehidupan org yg melalukan kejahatan. Lindungilah aku dgn rahmatMu hingga ke alam akhirat, demi ketuhananmu wahai Tuhan sekelian alam."


*******************************************
Mamawana baru dapat kad ucapan Selamat hari Raya ini. Terimakasih kpd yg sudi memberi. Alhamdullillah. Tq Allah.


Tq sudi baca hingga ke penghujung noktah. Hingga ketemu lagi. Wasallam.











22 comments:

Aida Azryn said...

aida xpernah makan bubur lambuk. sedap eh? >.<

Pn Kartini said...

Assalamualaikum mamawana:)

mak mertua tini terror buat bubur lambuk...ada je nanti hidangan bubur lambuk utk berbuka puasa!

Selamat berbuka yaa mama..:)Take care!

Acik Erna said...

assalam mamawana..
alhamdulillah..mamawana dapat juga bertarawih di masjid yang berlainan

azieazah said...

Salam.
Salah satu pengisian Ramadhan yang sangat indah dan memberikan kesan. Saya sendiri teringin dapat peluang sebegitu.


Ramadhan: Tidak Berbeza Tapi Sentiasa Istimewa...

annie said...

assalam...lumayan sungguh rezeki mama kan..Alhamdulillah..

secangkir madu merah said...

alhamdulillah rezeki yg melimpah ruah...bulan ramadhan ini bulan rezeki yg mamawana...
seronok dpt mengerjakan solat sunat terawikh dimasjid yg berlainan..

MOKCIK AZWA said...

Alhamdulillah atas rezeki yang dilimpahkan Allah SWT kan sis..

Terima kasih atas perkongsian doa2..aduhai..bagus sekali untuk penenang jiwa..

mamawana said...

Assalan Aida Azryn,

Loh, sayangnya tak pernah makan bubur lambuk. Lebihkurang mcm poridge ada daging, ayam or udang dll rempah ratus. Memang sedap. Kalu nak diet makan jer bubur lambuk, ada daging ada sayur karot dsb bleh slim. Heee..

mamawana said...

Assalam Pn kartini,

Wah , bertuahnyer MIL pandai masak bubur lambuk... air tgn ibunda memang tak leh lawan kan..

mamawana said...

Salam caiyang Achik Erna,

Jalan-jalan mana yg berkesempatan. Memang sejak remaja memang suka singgah sana sini dgn rakan2...

mamawana said...

Salam aziezah,

Ins'allah nanti ada rezeki peluang sebegitu jua. Semoga dipermudahkan.

mamawana said...

Salam caiyang annie,

Alhamdulillah.. sedikit2 tetap disyukuri.

mamawana said...

Salam secangkirmadumerah,

Alhamdulillah, Ramadhan memang bulan murah rezeki utk semua hamba2nya.

mamawana said...

Assalam Mokchik Azwa,

Mudah2an diberi ketenangan yg berterusan... Amin.

Niena Pengembara Ilahi said...

lma xmakan bubur lambuk ni :D

eelobor said...

tahun nie tak merasa lagi bubur lambuk.... sebenarnya masjid yang menyediakan juadah nie cuma beberapa meter jer dari opis

izzad b* said...

salam ramadhan!

sal said...

alhamdulillah..rezki di depan mata...sungguh enak..bubur lambuk pun sedap jugak..

mamawana said...

Assalam Niena

Bubur lambuk memang sedap... Makan hari hari pun bolehhhh...

mamawana said...

Assalam eelobor..,

Loh, mesjid buat bubur lambuk tu dekat sangat dgn opis? Rugi tak gi ambik/beli bubur lambuk tu. Sedap berbanding bubur lambuk kat tempat lain..

mamawana said...

Assalam izzad b

Welcome. Thanks sudi dtg sini.

mamawana said...

Assalam Sal,

Selamat terus berpuasa kita dan bersahur dgn bubur lambuk..ihiiikkkss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...