Thursday, August 25, 2011

Berbuka dgn Bangla


Assalam dan Bismillah

Tajuk... lawok ker?. Idak ehh. Mana ada. Kita berbuka dgn family kita. Depa duk sebelah2 ajer. Hujung2 sana. Kerusi meja sana-sana. Family kita meja sini-sini, family kita sudut sini-sini. Depa duk hujung sana-sana. Hohoho.... Mana2 mesjid yg kami pergi iftar paling ramai golongan merekalah. Walau ada Indon, Arab, dll bangsa tapi paling ramai depa ler. Tahun ini merekalah paling ramai. Para patriot kut. Heiippp!!! Sensitif!

Mesjid Al-Najhin


Berbuka di bawah pohon, meja batu berkerusi batu, di Taman2 di pinggiran Mesjid, melangut menunggu suara azan berkumandang. Bubur lambuk, air bandung, korma, cukuplah lapik perut sebelum solat berjemaah Maghrib. Nanti lepas solat sambung pekena nasi bungkus and ayam gorengan sendiri bekalan dari rumah. Burrrppp.... kenyang.


Kiter pun dapat kenalan baru seorg Muslimah Russia dah add kat facebook, dah tukar2 nombor tipon. Cantik orangnyer. Murah senyuman. Dah lebih seminggu dapat solat berjemaah sebelah dia. Pandai pakai telekong, suka tomyam, nasi ayam , nasi lemak, roti canai bagai lagi.... Nanti leh kenal2 lebih rapat. Insya allah.


Saf mughrib masih kosong menunggu jemaah berkumur2 berwudhu selepas berbuka.

Solat mugrib sekadar beberapa saf, saf Tarawih memang ramai jemaah datang.


Saf muslimah Masjid Asy-Syakirin

Suasana iftar sehari -harian di Mesjid Asy-Syakirin

Mesjid Muqarrabin

Tak payah di suruh2, cucu seorg makchik tu bila tahu mamawana amik gambar dia, terus dia posing peace I Luv You tiga jari. Comel dan bijak dak nih. Pandai hirup sup ayam dlm plastik terus ke mulut dia tanpa sudu tak tumpah pun. Last2 mamawana pun ikut dia hirup sup dari bungkusan plastik cam dak nih. Sudu yilleeekkkkk.......... ihiiikkkkssss..


Majlis Khatam Quran selepas Tarawikh malam ke 25. Berdoa penuh syahdu.


Bahagia bila tengok orang bahagia, gembira bila tengok depa gembira. Seronok bila tengok makchik makchik kat mesjid semua seronok2 belaka, ramah, mesra dan riang gembira. Bahagia walau hatiku merindui arwah ibuku. Emakkkk......Abahhh...Opahhhh.... Atokkk.....(Al Fatihah)

**************************************
Saya warga miskin. Saya bukan orang kaya. Saya berusaha bermati-matian utk sebuah kehidupan. Suatu hari semasa bulan Ramadhan ini, tergerak seikhlas hati nak sedekah RM50 pd beberapa org. terpilih. Malamnya saya dapat sumbangan rezeki RM800.00 Yaaahhhoooooooooooooo. Boleh bayar hutang. Semalam saya seikhlas hati sedekah lagi RM20 pd org2 terpilih. Tiba2 malamnya saya dapat sumbangan lagi RM200.00 Yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo TQ Allah. I love You. Selepas nih, ada rezeki lebih, saya nak sedekah pd anak2 sendiri dan pd keluarga darah daging sendiri plak. Insyaallah. Again, TQ Allah. I love You Ya Rasulullah.

15 comments:

Mommy Fara said...

Syukur Alhamdulillah. Sy sedekah RM1 utk Palestin. Esok lusa sy dpt cek RM200.

Heee~

ashra said...

alhamdulillah..

salam mamawana,
selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal beberapa hari lagi,dan selamat menyambut adilfirti bersama keluarga terchenta ya..

Acik Erna said...

assalam mamawana..akak pun rinduuuu kan arwah ayah bonda..alfatihah buat mereka yang telah yang telah pergi meninggalkan kita

dilazfamily said...

rezeki tu.salam perkenalan dan selamat berpuasa

Arianni said...

Assalamualaikum Mamawana,

Di tempat sy kalau nk berbuka di masjid kena pi awal sikit, kalau tak takde tempat duduk..apa2 pun memang seronok berbuka ramai2 gitu..

Nida said...

Salam Mama..

Selamat menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba... memang saat begini pasti kita akan terkenang pada yang tiada.. Al-Fatihah buat mereka ...

mama ju, said...

Salam

Terharu tgk n2 mamawawa, wah tukar2 masjid ya.
Hari ni tgk kat tv masjid assykirin di rsmi oleh Agung.
Alhamdulillah rezeki mw sentiasa murah.
moga kita sentisa dlm peliharaan.
selamat hari raya ,maaf zahir batin.

sal said...

sangat selesa melihat masjidnya di dlm foto..

alhamdulillah berkesempatan melakukan ibadah itu disitu..

dan kita kini telah di penghujungnya..

di kesempatan ini..
ingin mengucapkn selamat hari raya..
maaf zahir batin..
moga ceria2
bersama keluarga tercinta..

mamawana said...

Assalam Mommy Fara

Alhamdulillah atas rejeki Allah .

mamawana said...

Salam sayang ashra

Selamat Hari Raya.

mamawana said...

Acik Erna

Salam sayang and selamat hari raya.

mamawana said...

Dilazfamily,

Salam sayang . Tq visit here.

mamawana said...

Salam wayang Arianni,

Ins'allah yg baik kita teruskan dan istiqamah berjemaah.

mamawana said...

Salam sayang Arianni (typo)

What happen to you blog?

zures said...

Seronoknya baca cerita mamawana...sejuk rasa hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...