Sunday, July 24, 2011

Syurgaku Syurgamu


Assalam dan Bismillah


Subhanallah. Seribu syukur ku panjat pada Illahi krn diri ini terpilih utk menghadiri Seminar "Syurgaku Syurgamu" di Hotel Plaza, KL Ahad 24 Julai, 9-oopagi-1.00 tengahari tadi. Walau mendapat beberapa undangan di majlis lain namun hati ini begitu berkobar-kobar utk bertemu dgn Idola hati. Semoga Allah swt permudahkan.

Walau kelewatan, jam 8 pagi baru nak pecut kereta menuju bandaraya KL, trafik pagi yg tidak mengganggu, segalanya lancar buat hati terus berbunga-bunga. Alhamdulillah disambut mesra oleh beberapa orang Datin or Puan Sri (maybe). Di jemput utk bersarapan pagi. Masya allah, tidak ku tahu seminar ini menyediakan sarapan lagi. Pada mulanya ku sangka ceramah/seminar biasa-biasa aje. Alhamdulillah.



Lunch


Tapi bukan nak cerita pasal makan ya teman-teman. Sekadar peringatan dari nota-nota yg boleh dikongsi bersama. Suatu gaya penyampaian penceramah yg serius bercampur lucu, fakta, benar, jujur setiap butir bicara yg dilontar lahir dari hati seorang yg berpengalaman lagi profesional. Dah bertahun asyik menatap wajah beliau di kaca TV. Semasa sarapan pagi sempat bersalam dan peluk Arab dgn beliau. Layan foto2 dibawah ini.


Di sepanjang sessi, peserta ditest tujuan kehidupan, tujuan bekerja adakah semata2 utk mendapat gaji dsb. Contoh: Sbg Guru; mengajar itu satu ibadah. Sbg ibu/isteri memasak, menggosok pakaian itu satu ibadah utk anak2 yg bakal menjadi ahli syurga. Cinta kasih pd anak2 sendiri, pada suami malah cintakasih pada diri sendiri. Cintakasih pd sahabat dan taulan. Bersalam erat dgn kenalan yg ditemui, mata mesti ditatap dan jgn bersalam sambil mengarah pandangan ke arah lain. Itu adab bersalam. Dan bukan juga salam politik yg tidak kenal siapa2 org yg pernah bersalam dgn tgnnya. Seseorang yg tidak suka menyentuh orang lain kerana sombong, angkuh dgn kekayaan, harta, kemewahan, matinya kelak jenazahnya akan sakit apabila disentuh org. Kemuncaknya cintakasih pada Allah swt dan rindu dan cintakasih pada Rasullullah s.a.w. Banyak yg disentuh beliau. kerana kebahagiaan kita akan membawa kebahagiaan kpd orang lain juga. Syurgaku Syurgamu.

Wajah yg ikhlas, senyuman yg ikhlas, khidmat yg ikhlas memberi kebahagiaan kpd orang lain nescaya akan dibalas syurga kelak.

Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya
Harta itu racun, zakat itu ubatnya
perkataan yg sia2 itu racun, zikir itu ubatnya
Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya
Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Game tiup belon yg simbolik. Belon itu mungkin anak2 anda atau suami anda. Yg penting jujur dan sentiasa berdoa dlm setiap tugas yg akan dilaksanakan. Segala hasilnya dlm genggaman Allah swt yg Maha Menentukan .


Sekalung bunga dan tabik dan bilion terima kasih pada AJK Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga LKPI (Lembaga Kebajikan Perempuan Islam). Kepada YBHG Dr Siti hawa Kasim, Puan Nik Hamizan Nik Yusoff, YBHG Puan Sri Patimah Hamid (sekadar beberapa nama) dll. Semoga seminar ini diberkati Allah dan dipanjangkan pada sessi lain pula. Cuba teka siapa dia. ihiiiikks. Sabor-sabor...

.
.
.
.
.



Penceramah : Dr. Robiah K. Hamzah
Pakar Motivasi

Heeeee............ inilah Idola ku





Ada lagi satu kerinduan di sini. Rindu untuk bertemu Ramadhan yg hanya beberapa hari lagi. Terbayang-bayang waktu berbuka puasa, berbondong2 orangramai ke Mesjid2 utk solat berjemaah dan berTarawikh. Mungkin ini Ramadhan terakhirku? Mungkin ............

Akhir kalam, ampun maaf dipinta andai ada salah dan silap.


22 comments:

azieazah said...

Wah seronoknya dapat hadir seminar keilmuan sebegini.

Menambah ilmu seorang isteri, seorang wanita dan seorang ibu. Pastu jumpa pula motivator idola, jua kengkawan baru..

Suatu hari yang sangat bermakna. Syabas!

Nak Balik Kampung Pun Nak “Bergadoh”...?

sal said...

alhamdulillah..hadir ke majlis ilmu begini, menyedarkan hati norani kita tentang pengalaman kehidupan yang boleh diperbaiki,kan..

kak pun baru menghadiri majlis ilmu,baru tersedar...ada benda2 yg simple, tpi belum buat lgi..

ibundo said...

selamat menyambut ramadhan mamawana..

Acik Erna said...

assalam mamawana..terima kasih sudi berkongsi disini..dapat jugak kawan2 yang tidak berseminar berkongsi ilmu.

maiyah said...

assalam..

mmg bgus seminar camni, kene hadir slalu nnti fikiran kita pun positif

amir aizat said...

LKPI mmg bnyk buat prgrm kan, kwan saye sllu jer pg dkat ampang tu.huhu bagus2 menarik sgt

secangkir madu merah said...

alhamdulillah seronok ya dapat hadir ke majlis ilmu begitu....

saya pon suka dgn dr robiah hamzah tu..

selamat berpuasa..

Pn Kartini said...

assalamualaikum my lovely mamawana:)

Pasti byk ilmu yang diperolehi dari majlis keilmuan tu kan...apatah lagi bila penyampainya..penceramah idola :):)pasti lagi berkobar2 semangat mama..:):)

....mamawana...
Selamat Berpuasa dari tinie yaaa:):)

aizamia3 said...

seronok bila dapat menghadiri majlis ilmu macam ni..
dan kebetulan baru2 ni Dr. Rubiah ada menyampaikan ceramah beliau di office ai

http://aizamia3.blogspot.com/2011/07/dr-rubiah-k-hamzah.html

ummu said...

assalamualaikum kakak,
apa khabar kak? semoga sihat dan sejahtera selalu
bestnya dapat jumpa dr robiah
sekarang ni, motivasi pagi, dr robiah yang talk di ikim.fm.
majlis keilmuan begini sangat emmbantu kita, kan kak
sebagaimana kita pelru makan untuk hidup, rohani dan aqli jua perlukan makanan

wahida said...

seminar yg bagus ni...

siap ada game bagai...mesti tak ngantuk kan...

MAT SOM said...

Mamawana

Ceritakanlah lagi isi-isi seminar yang telah disampaikan, agar kami dapat idea-idea baru yang yang boleh kami praktikkan dalam kehidupan yang semain rencam ini.

mamawana said...

aziezah,

Alhamdulillah memang bersyukur dpt hadir seminar ini.

mamawana said...

Assalam my lovely Sal,

Bagus seminar ini. Tersentuh hati keibuanku.

mamawana said...

Ibundo... achik erna

Salam Ramadhan...

Tq

mamawana said...

Assalam Maiyah

Ya hati kena dihidupkan selalu dgn seminar2 ini.

mamawana said...

Assalam amir aizat,

Tunggu seminar akan datang tahun depan kut dari LKPI nih. Ins'allah

mamawana said...

Assalam secangkirmadumerah

Alhamdullillah. Majlis ilmu yg sampai menitiskan airmataku.

mamawana said...

Assalam P. Kartini

Alhamdulillah syukur dpt hadir majlis ini. Selamat berpuasa to you.

mamawana said...

Assalam ummu,

Dr Robiah kaya dengan sifat keibuan.. tegas dan bernas lagi mantop motivasi beliau.

mamawana said...

Sa;am Wahida

Ya, memang best dan tak jemu2 mendengar nasihat beliau dan lawak lucu cara penyampaian Dr. Robiah.

mamawana said...

Assalam Mat Som

Tq sudi visit here. Ins'allah mana yg boleh dikongsi nanti ibu titipkan ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...