Monday, July 4, 2011

Bila Tak Sihat.. Life Must Go On....


Assalam,

Salam siaran. Apa khabar pembaca budiman semua? Maaf, agak kelewatan mamawana update blog. Dari sehari ke sehari, slow macam siput barbie... Bukan disengajakan tidak memeriahkan blog, apakan daya. Tidaklah sakit teruk mana tapi bila batuk, menahan gelodak batuk bleh terkucil dibueknyo. Bila dah gi klinik Tuan Doktor memberi pil2 yg melayukan mata, antibiotic, ubek selemo, ubek batuk.


"You must rest" itu kato Tuan Doktor. Dah seminggu menahan kekuatan konon aku kuat dan sihat. Hari isnin minggu lepas mengaku kalah. Bila pi jumpa doktor, terus dia suruh telan pil dua bijik depan dia jugak.. telan dan dan tu jugak. Then dapat MC.



Minggu yg sama dapat pulak offer tiket Free Transformer. Omak aii.. sila rujuk tarikh tayangan. 20 Jun 9 malam. Musim den tak sehat. So, boie jo tiket tu kek teman sepejabat. Den nak rehat tak bleh berombun nanti ado yg kombang ado yg somput.


Dapat gi opis kerja sehari dua, hari Jumaat kena injection jarum bosar lagi. Doktor kasi lagi ubat batuk selsema..ini mahu kasi guwe tidur. Balik umah, makan ubek, longlai ngantuk cam kena dadah. Camno esok haghi Sabtu den nak poei main bowling. Boleh ke bangkit gi main bowling? Huhuhu.. Wana and sharan temankan kalu omak dio takut tumbang nanti. Nak main gak. Issh..isshh...isshh..




Terror tu sekali baling dua bijik bola.... hadoyaiii...lawak lawak..


Ado yg masuk longkang, ado yg sipi ado yg strike. Fuuyyooo...fuuyooo bleh wakil company lagi tu minggu dopan kat Sunway Piramid. Jumpa di sana.... ihiiikks



Nak entre frame gak anak omak nih... Ahad pagi bawak Wana shooting projek dia kat tasik Permaisuri. Petang Ahad, hantar dia kat stesen LRT/PuduRaya to go back to UITM Sri Iskandar. Mughrib rindu lak nak jemaah kat sini..... Ceramah Undangan Israk Mikraj Ust. Sarpawi Jam 8.00 hingga 10.00 mlm.


Sekurang-kurangnya dapat jugak recall balik sejarah perjalanan Rasul s.a.w. yg pernah di baca, dipelajari dan di ulang2 di setiap mesjid2 saban tahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana mengizinkan aku utk hadir di majlis rumah Mu ini. Surfing kat tenet terjumpa blog ct.com ini, jom kongsi baca2. Juga blog Ust. Abdul Halim israk Mikraj penguat Iman dan Taqwa.


Isnin, badan masih tak sedap sebab pekena ubat semalaman. Tak kira, mesti bangkit jugak sebab dah janji dah ada plan dgn jiran2 kat sini. Nak hadir majlis jemputan RADA (Rakan Anti Dadah). Nak pergi? Tak pergi? Nak pergi? Tak pergi? Jgn makan ubat. Kalu makan ngantuk dan lemah badan. Nanti takleh bangun. Walhal, dah apply cuti siang2 minggu lepas. Hari Isnin nak cuti. Hmmm. jangan manjakan sangat badan tu. Bangkit, berosihkan diri seawal 5.30 pagi dan ikuti plan yg ditetapkan. So, dadaaaa.................layan.....








Gimmick... spiderman...cicakman

Jualan pelbagai hasil kraftangan dari agensi sokongan. Menarik dan harga murah lagi berpatutan. Terkojut den... baju Melayu sehelai RM10/ Sebab anak tak ikut kalu tak bleh beli untuk dia dua tiga pasang puuuunn. Terbeli silap warna kan dia takmo. Tak jadilah beli untuk dia baju Melayu.


Okey, entri ni pun dah jadi cam rojak. Pelbagai cerita disepanjang perjalanan hidup seminggu dua lepas. Sampai di sini shj, permisi. Selamat malam. Sweet dreams. Jangan lupa basuh kaki dan khatamkan Al-Quran sebelum tidur malam nih. Yuk...


























12 comments:

secangkir madu merah said...

rajin rajin makan ubat.. moga2 mamawana segera sembuh..

Che Mid said...

Salam, CM yang baca pasal makan ubat ni pun naik pening... harap terus berusaha menyihatkan badan, jangan ikutkan sangat perasaan.. kita ni bukan muda lagi.. cewah.. buleh terima ke nasihat ni!

mamawana said...

Assalam SMMerah..

Alhamdulillah..... Makan ubat buat mengantuk itu kesan ubat... lebih bagus sembuh secara natural kan...

mamawana said...

Assalam Che Mid..

Anak semakin membesar kita pun bukan semakin muda... sama2 memberi dan menerima nasihat. heeeee......

aizamia3 said...

meminjam kata-kata doktor..

'u must rest..'

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Mamawana,

Semoga cepat sihat. Kalau badan tak sihat jangan bersukan, tak bagus. Tunggu sihat baru bersukan.

maiyah said...

assalam..

musim sakit le.. suma x sihat, moga cpt smbuh ya ;)

azieazah said...

MAMAWANA, tak sangka WANA tu belajar di Sri Iskandar gak yer. Sama macam anak dara AA.

Jangan-jangan sekelas tak? :)

Kata orang bila batuk, cuba makan madu. Kalu serasi insyaAllah baik...

Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

mamawana said...

assalam aizamia3,

Camno...takleh nak rest. Ada jer kerja nak dibuat. Tengok berita kat TV bleh tertidur, baca paper bleh tertidur, ngaji pun kekadang tertidor...issshhhh.... paling tak suka tidur tanpa sebab. So, terpaksa tertidur bile terletih daaa....

mamawana said...

Assalam Kunang2,

Tq visit here. Dah bersenam dah...dah bersukan lagi dah..heeee

mamawana said...

Assalam maiyah..

Dah back to normal....tq.

mamawana said...

Assalam Aziezah,

Welkam.. oh anak dara AA pun kat UITM Sri Iskandar ya.. Photography jugak ya.. bagus tuu sama2 Art & Design

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...