Friday, July 29, 2011

Bila Cinta Mati Terbunuh


Bismillah,

Dia tidak tahu. Dia tidak sedar. Dia tidak perasan langsung. Langsung dia tidak mengira berapa kali Blade menumbuk bahunya dari belakang bertubi-tubi. Aliah tidak tahu berapa kali Blade membantai bahu belakang sebelah kiri hingga terasa sangat sakit. Hingga lebam-lebam kebiruan. Yang Aliah tahu dia takut. Dia dalam ketakutan. Dia takut kalau-kalau wajahnya yang putih mulus itu akan dikerjakan Blade hingga membengkak seperti hari-hari lalu. Seperti minggu-minggu dahulu. Bukan tidak pernah Blade bertindak ganas, cemburu membuta tuli. Bagai binatang buas kelaparan. Apabila Blade naik angin, direntap tangan Aliah. Tanpa soal jawab ditampar muka Aliah berkali-kali. Hingga bibir Aliah berdarah. Hingga bibir Aliah bengkak. Aliah tidak mampu mempertahankan dirinya. Dia menjerit. Tapi suara jeritan halus seorang perempuan seperti Aliah tenggelam, hanyut dibawa angin petang disambar hingar bingar muzik stereo yg dipasang kuat oleh Blade. Aliah hanya tahu menunduk , mengelak dan menyembunyikan wajahnya dari terus ditampar.

Dia tidak sanggup lagi melihat wajah bengkaknya kian hodoh di hadapan cermin almari di bilik tidurnya. Aliah tidak sanggup melihat wajah yang membengkak seperti disengat ribuan tabuan dan lebah. Dua biji mata Aliah juga akan membengkak, membonjol seperti mata katak. Kemudian, esoknya dia akan ke klinik minta MC dari Doktor. Aliah malu hendak ke pejabat dengan rupa wajah bagai makhluk asing.


Ah, itu nostalgia lama. Untuk apa dikenang cerita lalu. Kesah 10 tahun lalu. Let bygone-be bygone. Aliah sudah aman. Blade juga sudah aman. Jauh di seberang laut. Kabarnya selepas berpisah, setelah bercerai dengan Aliah, Blade jatuh sakit. Hidup tak keruan seperti orang sakit mental. Ke sana ke sini meracau, memaki hamun sesuka hati. Blade putus cinta dengan kekasih barunya yang tidak jadi dinikahi. Enam tahun Blade hidup tak keruan seperti orang sakit jiwa. Blade cuba mencari dan ingin kembali pada Aliah. Tetapi, Aliah hanya membalas dengan senyuman nan tawar. Mungkin suatu hari nanti terbuka hatinya untuk menerima Blade kembali.






"Assalam dik. Apa kabar?"

"Assalam dik. Dah sampai rumah? Dah rehat?"

"Assalam dik. Buat apa tu?"

"Assalam dik. Naper sunyi tanpa berita."

"Assalam dik. marah abang ker?"

"Assalam dik. Abang doakan adik sihat dan gembira."

SMS demi SMS diterima dari seseorang sejak 8 tahun lalu. Dari seorang lelaki. Seorang bapa, seorang suami. Lelaki ini sangat baik. Tetapi, sayang lelaki baik semua milik orang. Ah, lelaki ini. Semua lelaki sama. Seperti Blade. Blade yang sudah pergi jauh dari hatinya. Tapi Blade tak lupa, Blade tak pernah lupa untuk menghubunginya. Bertanyakan tentang anak-anak mereka. Blade kini sudah berubah. Menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab. Walau perasaan dan harapan Aliah tiada lagi buat Blade.

Walau Blade sekali lagi menjadi suaminya di sudut hatinya tiada lagi tempat buat Blade. Nahi mungkin Blade. Biarlah kasih sayang Blade hanya untuk anak-anak. Biarlah Blade punya keluarga lagi satu. Aliah tak kesah asal Blade baik dengan anak-anak. Blade juga sangat memahami. Blade akui sangat sukar untuk dia memujuk untuk memiliki hati Aliah kembali. Hari-hari dilalui Aliah dengan gembira kerana Blade tidak pernah memaksa. Tidak pernah memaksa Aliah untuk kembali menyintainya. Walau Blade mengakui lautan kasih di hatinya lebih luas untuk Aliah berbanding 15 tahun lalu.

SMS dari lelaki itu juga bakal pupus. Aliah juga tidak pernah menaruh sebarang harapan pada lelaki itu. Siapa dia? Begitu setia. Setia selagi belum dapat. Mungkin. Al Fatihah untuk Blade dan Al Fatihah untuk lelaki itu. Kerana keduanya sudah lama berkubur tanpa pusara di hati Aliah. Kerana sekeping hati Aliah sudah lama mati terbunuh.



Apa ending kesah ni? Novel kah ini? Blade kan suami Aliah. Bagaimana lelaki itu boleh muncul dalam kehidupan Aliah. Tak mungkin SMS selama bertahun-tahun tidak diketahui Blade. Aliah yang curang kut? Dulu Blade pernah sakit. Kemudian sembuh. Kemudian tiba-tiba Blade kembali bersama isteri baru, madu Aliah. Heiiishhhh! Berbelit-belit cerita nih... so complicated. Ihiikkkssss.....

Hehehe... Entri gempak. Biar pembaca kerut dahi. Lama mamawana belek-belek deraf-deraf contengan mama di cebisan kertas yang berlapuk lagi berkulat. Sukarnya untuk mencari masa mengumpul kederat untuk bangkit menulis. Lama dah tak menulis. Tak tahu apa nak tulis. Walhal idea berlambak-lambak dibiarkan berlalu deras bak sungai mengalir laju ke muara. Semasa remajakan mama suka menulis. Cuba baca entri lama, Hadiah Sastera yang pernah mama raih....KLIK disini Kini, jadilah aku seorang cerpenis yang ketandusan pena.


How do you mend a broken heart?


Dalam folder kat notebook ni pun ada beberapa deraf novel kononnya, yang mama hasilkan tapi ending tak siap-siap setelah 5 tahun. Ending masih berkecamuk, tidak tersusun rapi. Hohoho....... Sampai Bos mama pun kata. Dah pencen esok boleh sambung menulis article dan sebagainya untuk media.

Bila buat office report, selalu gak mengeluh. Kadang-kadang terlepas cakap "Buat cerpen aku tahulah. Tapi nak buat "good financial report ni.... Masih tergagau-gagau lagi." Help me God. Ya Rabbi.


Maaf. Permisi.

18 comments:

sal said...

menarik n3 nih..iss kejamnya dia tuh..

apa khabar mamawana...selamat menyambut bulan ramadhan, moga beroleh keberkatan yang banyak

zino said...

novel yg ni dah ada ending ke belum? hehe

selamat menyambut ramadhan..

Acik Erna said...

mamawana..pandai menulis rupanya ye..teruskan..nanti akak baca..

nyanyisunyi said...

Assalam mama..apa khabar..lama tk singgah sini..mudah2an mama dan familiy sihat2 ye..selamat berpuasa dn jgn berhenti berkarya..jgn disiakan bakat yg ada..

ALoNa CintamaniszLite said...

Nak cari ending yg macam mana tu?? hehe...

Mommy Fara said...

Wow! Cerpenis? Best. Teruskan berkarya!

kakcik said...

Ilham yang tidak boleh dipaksa2, kan?

Eye_nee said...

Salam Kunjungan sis...bikin cerpen yer...keep writing...

mamawana said...

Assalam Sal,

Dunia memang kejam malah semakin kejam. Ku Mohon perlindungan Nya.

mamawana said...

En Zino..

Pasti ada endingnya Pak. Then, sambung pulak kisah cinta anak2 Aliah.. weeeheeeee.......

mamawana said...

Achik Erna,

Mama tak pandai tulis sebenarnya. Tu yg peram lama2 jadi pekasam... ekek...

mamawana said...

To nyanyisunyi..,

Alhamdulillah sihat semuanya. Insy'allah memang rindu nak lahirkan karya2 yg diminati ramai...

mamawana said...

Alonacintamanis..

Ending ada ada... Nak susun dan kemas lagi bagi rapi dan halus. Itu yg slowwwww.............

mamawana said...

Alonacintamanis..

Ending ada ada... Nak susun dan kemas lagi bagi rapi dan halus. Itu yg slowwwww.............

mamawana said...

Mommy Fara..,

Nunggu masa terluang...utk berkarya..Ins'allah

mamawana said...

Assalam kakchik

Ya betul tu.. Ilham tidak boleh dipaksa2... they will come slow and steady, mcm air yg mengalir. Kalu dibiarkan begitu shj melimpah ke laut...

mamawana said...

Assalam Eye -nee

Wor ai ni.. thanks visiting here.

anyss said...

Assalamualaikum,
Waaaaaaa sila siapkan...baru je mood melonjak, dah letak titik hu huh u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...