Saturday, July 16, 2011

Bersih Lagi Membersihkan

Assalam dan Bismillah,



Apabila Bismillah dibaca dan dibaca lagi tanpa jemu , berulang kali.....

Mohon Maaf di awal kata andai perkongsian ini banyak kekurangannya. Hamba bukanlah Ustazah atau orang yang berilmu tinggi. Sekadar berkongsi bacaan harian yg dibaca berulangkali tanpa jemu malah semakin jatuh cinta dengan ayat-ayat dari Allah ini.

بِسمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
“ Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.” ayat ini mengandungi nama dan sifat bagi Allah swt.

Setiap kali hendak melakukan sesuatu pekerjaan pastikan kita mulakan membaca Bismillah ini. Tatkala dua biji mata terbuka di awal subuh, sebelum badan boleh digerakkan untuk bangun dan mengeliat, hatta untuk mengangkat sebatang jari sekali pun hamba terus mengucapkan bismillah dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk melihat dunia pagi ini. Pernah suatu ketika hamba terjaga di pagi hari tetapi tidak dapat bangun kerana masalah sakit di pinggang. Langsung tidak boleh bangun hanya terlantar seribu doa. Syukur tangan dapat mencapai minyak panas di hujung kepala katil lalu terus menggosok2 minyak panas dipinggang. Alhamdulillah setengah jam kemudian baru dapat bangun tetapi masih tidak dapat berdiri. Hamba terpaksa merangkak walau untuk ke bilik air. Hampir menitis airmata kerana begitu payah rasanya merangkak ke dapur hingga ke bilik air. Untuk duduk di mangkuk tandas pun hamba tidak mampu. Sakitnya pinggang. Takutnya. Waktu itu anak2 bercuti dan berada di kampung. Itu suatu kenangan hampir 8 tahun lalu. Sejak itu hamba banyak minum susu, ambil calcium, teraphy di HUKM dan siap tidur atas tilam teraphy setiap malam. Alhamdulillah, Selepas 8-10 tahun, syukur kini Allah swt beri kembali kekuatan yg hilang sementara itu. Kini masih gagah, bersukan dsb. Sungguh besar kebesaran dan kemurahan kasih sayang Allah swt. Thank you Allah.

أعوذ باالله من الشيطان الرجيم

Aku berlindung dengan Nama Allah dari Syaitan yang direjam.

Setiap kali membaca ayat ini hamba terbayang2 akan berpusu2, beribu2 syaitan berlari menyusup sana sini mengelak dari direjam. Aku mohon agar syaitan itu tidak berdiri hampir padaku. Kerana aku tidak mahu direjam bagai syaitan itu. Sesungguhnya aku mohon perlindungan dgn Allah dari syaitan yg direjam.

{1} بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {2}

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, tuhan seluruh alam


الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ {3}

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kasih sayang Allah shj yg Maha Luas dan Maha Penyayang. Walau teman2 cemburu dan iri, tidak menyayangi, saudaramara mengasingkan diri namun jiwa dan hati ini segar dgn kasih sayang Illahi.

مَالِكِ يَومِ الدِّينِ {4}

Yang Menguasai Hari Akhirat (Hari Pembalasan)


Hari akhirat yg sangat ditakuti lagi digeruni. Segala dosa sang penipu, sang pendusta, dosa zina, dosa yg engkar berpuasa, apalagi dosa org2 yg engrkar utk bersolat.... Inilah hari pembalasannya yg sangat2 ditakuti oleh semua orang. Yang taat tunduk dan patuh sentiasa mengerjakan yg wajib dan menjauhi yg dilarang Illahi kerana berimankan hari pembalasan akan mendapat jalan yg mudah ke syurga.


اِيَّاكَ نَعبُدُ وَاِيَّاكَ نَستَعِينُ {5}

Hanya kepada Engkaulah kami sembah (tidak kepada selain-Mu) dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan (tidak kepada selain-Mu)


{6} اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

Tunjukkanlah kami akan jalan yang lurus (benar)



صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّين {7}

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat dan bukanlah jalan orang yang Engkau murkai (Yahudi) atau jalan mereka yang sesat (Nasrani)

dan bukan jalan orang2 yg degil, yg engkar dari ayat2mu, yg jauh dari kitabmu, yg tidak yakin dgn kitabmu, yg menganggap kitabmu itu ketinggalan, yg tamak dgn harta dunia, pangkat dan kuasa, yg sesat lagi menyesatkan org2 yg ingin menyintaiMU.

Hamba terus termenung, bimbang seandainya kehidupan harian tercicir dari landasan. Masya Allah. Bantulah diri yg serba jahil ini, serba lemah dan lupa ini. Ya Tuhanku.

Al-Quran merupakan pertunjuk dan panduan yang melengkapi bagi menyelamatkan manusia dari kesesatan dengan sabda-Nya : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya tidaklah kamu akan sesat selamanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah rasulnya." (Hadith Hasan, riwayat Malik dalam Muwatha no.898 dan Hakim dalam Mustadrak no.63).

Aku pernah bersahabat baik dgn seorang China bukan Islam. Namun aku dituduh yg bukan2 krn berkawan dgn yg bukan Islam. Aku pernah dituduh sesat ketika bersahabat dgn pengikut Arqam dan aku dipujuk agar kembali ke pangkal jalan hanya kerana bersahabat baik dgn mereka. Apakah aku akan menjadi hindu penyembah berhala kalau berkawan dgn org hindu? Apakah aku akan menyembah tokong andai aku berkawan dgn penganut Buddha? Aku pernah bersahabat dgn seorg pelacur lantas aku juga dituduh sbg pelacur. Masya Allah. Dunia ini gila sungguh. Cabulnya mulut2 mereka. Walhal ketika didalam kesusahan perempuan yg dianggap pelacur itulah yg telah membantu kesusahan ku di kala itu. Tidak pula yg mencemuh itu mampu membantu aku ketika itu. Tidak juga adik beradik. Tidak juga sanak saudara. Malah Allah swt telah utuskan aku siperempuan itu. Bukankah ada cerita yg menceritakan tentang seorg perempuan pelacur yg diangkat darjatnya krn memberi minum kpd seekor anjing yg kehausan. Durjana nya mulut2 mereka. Lalu aku terus berdoa agar sahabat aku itu diberi hidayah dan kembali kepangkal jalan suatu ketika nanti.

(اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل ) “Ya Allah fahamkanlah dia dalam agama dan alimkanlah dia akan tafsir.” (riwayat Bukhari no. 135 & Muslim no. 2477).

Bersih. Kita perlukan hati yg bersih. Yang ikhlas beramal solleh. Yang ikhlas hidup bantu membantu bukan yg memfitnah dan saling menjatuhkan sesama saudara. Al Quran bukan mainan. AlQuran lebih hebat lebih tinggi dari perlembagaan negara. AlQuran patut dijunjung. Wajib dijunjung. Sayang. AlQuran hanya untuk orang2 yang beriman. Yang lalai kabar gembira itu bukan untuk mereka. Yang lalai dan gila kuasa hanya menanti kabar ke neraka. Simpati kepada mereka yang gila dgn harta dunia, bangga dgn wang ringgit dan permata. Kita semua akan kembali , berbondong2 ke syurga hanya bagi mereka yg benar-benar beriman dan menerima Al Quran, yang yakin dan ikhlas dalam mengerjakan perentah dan menjauhi larangan Tuhan.

Sekian. Sekadar berbicara membersihkan hati dengan anak-anak jagaan. Wassalam.









15 comments:

apple hijau said...

Perkongsian yg suuuungguh dan saaaangat sy suka! :D

mamawana said...

Assalam apple hijau,

Mulanya mamawana takut nak posting entri ni bimbang ada yg salah faham. Thanks.

sal said...

tterimakasih atas tazkirah pagi..agt bermanfaat...

Acik Erna said...

mamawana..terima kasih..

Che Mid said...

Salam, Betul tu, kita ni bukan ustazah jadi perasaan takut utk menyampaikan memang ada, tapi bila kita sedikit ilmu memang kita patut sampaikan kepada orang lain... sebagai satu cara habluminannas..

zino said...

terima kasih berkongsi...

Nida said...

Semoga hati ini sentiasa bersih dari dosa-dosa.. ameeeennn

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Allah SWT juga menyeru kepada 'orang-orang beriman' kerana jika beriman, makhluk akan sentiasa takut untuk melakukan apa yang dilarang & dicegahNYA.

teratai biru said...

salam...

mama!
saya suka post ini.
terima kasih mama...

doakan saya di sini ya.
sekarang ni musim exam.
final pulak tu.
hukhuk.

mamawana said...

Salam caiyang Sal..

Sekadar mengingati diri sendiri juga.

mamawana said...

Salam caiyang achik Erna and Che Mid

TQ visit here. Jemput masuk and komen lagi.

mamawana said...

Salam En Zino,

Salam sweetie Nida..

Thanks visit here.

mamawana said...

Assalam DDrFauziah,

Tq. Adakala bimbang krn diri ini iman org biasa-biasa ajer. Tiada yg luar biasa. Bagai nyanyian sufi..

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu...

Dosa2ku bagaikan pepasir di pantai. Sesungguhnya Engkaulah pengampuan dosa-dosa besar.....

mamawana said...

Salam caiyang Teratai Biru,

Insyaallah. Semoga kamu tabah, sabar dan berjaya, sukses dgn cemerlang. Amin..

Rozita said...

salam singgah sini... jangan malu dalam menyampaikan kebenaran..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...