Saturday, June 25, 2011

Kena Senaman Banyak2...Dah baik dah....


Assalam dan Bismillah,

Semalam cuba buka semula nurqaseh.blogspot. Dok testing.. testing. Okay. No more virus fleedy yg mengganggu hampir sebulan lalu. Pagi tadi lepas jogging kat Taman, try lagi sekali online bukak blog. Okay . Bagus. baru bleh senyum lebor...


Bila dah jarang blogging, mau ngantuk nguap sesajer. Sengal satu badan. Masa mengaji pun boleh tertidor. Ciitt.. virus sengal, malas nak berlengkor ajer.

Rupa2nya kena jual mahal skit dgn laptop ni. Tak heran dah dgn blogging. Banyak lagi aktiviti lain yg boleh dilakukan. Errkk...Ya ker? Eii..ya bebenor komer. Macam2 bleh buat. Naik nyampah sampai hampir hilang mood blogging sebab virus or hackers ni...... Now , back to normal. Freeeeee................. Happy blogging. Rindu nak visit rumah rakan2 maya ni.

Whatever.... Jgn terlalu addicted to blogging. Mwana dah berchatting 20 tahun dulu sampai nak jemu ngan tenet. Kat opis 8 jam buat kerja pun kena buat research report kat tenet gak. Sampai bertambah power ceromin mato den. Huhuhu. Masa berchatting muda2 dulu, seronok dpt ramai kawan2 siber yg rajin gathering, makan2, siap kami berombongan bercoti2 ke Cameron Highlands, Genting, P.Dickson bawa keluarga masing2. Best sangat2 bila dikenang masa lalu.

Bila laptop sakit, badan pun sakit baru tersedar kena banyak riadah. Factor aging. Am I too old? Naaahhh.... Jom bersenam, berjogging. Utk makchik2 di luar sana, seswai dgn jogging spt didalam gambar ini. Mmwana selalu senam jalan-jalan, laju-laju keliling taman, keliling kolam. Laju-laju cam waktu Tawaf dan Sa'ie yg bersegera nak habiskan tujuh pusingan.

Lepas dua tiga pusingan jalan-jalan atas batu refleksology. Selesai dua tiga pusingan, meletup2 kuar angin satu badan... baru bleh balik dan bekfast pekena roti canai ka.. teh tarik kaa... weeeheeee... (cam insaf hangat2 tahik ayam jer nak kurangkan kolesterol.... heeee)


Jom, baliklah. Matahari dah terik. Dari kul 7.30pagi sampai 10 pagi dibawah jemuran mentari pagi. Vitamin E is good for your skin. Lagi matahari menaik, panas berbahang nanti kulit golap. Takut matahari pagi? Pulak dah!

Jom, wat gathering bloggers kat taman2. Bukan kembang setaman ya.

3 comments:

apple hijau said...

waah...bagusnya mamawana gi jogging...saya blogjog je...he he

Pn Kartini said...

assalamualaikum mamawana:):)

......Aduhaiii...malu lakkk pada mamawana yg rajin b'jogging!!
tini bila penat...terbantut nak jogging2 niihh...uhuuhuh

sal said...

esok hari ahad ada jogging dan riadah di taman ngan rakan2 wanita...seronok..

lama tak jumpa, moga sihat2 dan ceria selalu..

blog akak pun pernah macam tu ,berhari2 tak dpt buka..rehat jugak,apb dah pulih baru sambung brblog...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...