Tuesday, June 28, 2011

Hari Raya Aidilfitri Bakal Mendatang Jangan Tambah Hutang


Assalam dan Bismillah,

Amacam tajuk di atas? Menarik tak? Puasa pun belum dah pikir pasal shopping raya. Nak tambah hutang ler tu. Puasa kadho dah habis langsaikan semua? Hehehehe....

Sejak kebelakangan ini bila melihat sales sana sini nafsu pun membuak-buak utk shopping. Ramadhan dan hari raya puasa bakal menjelang tiba. Cam mana nak berjimat ya? SOGO tengah sales ni. Ariani pun last day hari ni? Ada pergi ka? Tapi den nak jimat berbolanja takmo hutang2 dah. Taubat dah. Tak, tak, den bukan jenis shopping. Den kalu boli, boli yg perlu yo. handbag selagi tak putus tak boli baghu. Kasut selagi tak kuyak tak boli baru. Takdo koleksi kasut masut handbag legbag kat lemari den. Den bukan cam Emelda Marcos. Rumah pun kocik. Kalu menambah koleksi bag alamat jadi makanan gigitan sang lipas dalam gubuk. Den jenis berjimat itu pun hutang banyak gak. Hutang keto, hutang ghumah tak buleh nak laghi dah. Den suko....

1. Beli shj sepasang dua baju raya untuk diguna pada Syawal nanti. Pakaian yg dalam almari sejak tahun lepas kan masih elok dan boleh dipakai. Percaya tak ..baju kurung den yg 10 tahun lopaih masih elok dan buleh dipakai hari2 ke pejabat. Warna pun masih terang dan tidak pudar. Kekadang tukar tudung yo.



2. Bancuh kueh mueh sendiri. Beli kueh siap memang lebih tinggi kosnya walau jimat masa. Lebih baik bancuh sendiri. Buat 2-3 jenis cookies yg mudah2 shj. Buleh berkumpul di rumah adik atau kakak dan bersama2 tolong menolong membancuh beberapa jenis cookies. Hendak seribu daya tak hendak seribu daleh. heeee.... jgn marah nok.



3. Tambah puding atau jelly di pagi Syawal utk menambah seri meja hidangan. Jelly nih hidangan yg lazat dan murah.

3. Tambahkan menu buah-buahan bersama hidangan Syawal.



4. Hari pertama Syawal disamping kueh mueh, suko sediakan laksa atau bihun sup atau mee kari. Tak perlu sediakan kueh mueh melambak2 sampai tak cukup meja 8 kerusi. Ada yg kena cantum dua set meja makan 6 kerusi sebab kueh raya tak muat. (Itu masa mama kecik umur 5-12 tahun selalu perasan arwah emak sediakan kueh mueh berbelas-belas jenis. Jgn terkejut cookies arwah emak boleh tahan 3 bulan, sebab banyak sangat so lambatlaa habis) Seronok memang seronok meluaskan nafsu serakah dan berlumba2 dgn kueh2 jiran sebelah. Untuk makan sendiri tu bukan bisness.



5. Jgn tambah hutang dgn shopping sakan tak tentu hala. Bila hutang keliling pinggang. terutama sekali hutang kredit kad. Sebab apa ada hutang kredit kad yg makin menimbun setiap bulan.. Susah hati kan. Ada org yg pegang 5-6 kredit kad atau ada yg pegang 3 atau 4 kredit kad.



6. Ramadhan kan bulan berjimat, bulan bersedekah. Teruskan amalan berjimat dan bersedekah walau di luar Ramadhan. Biasa mmwana lakukan ialah bawa keluarga berbuka di mesjid2 . Jgn lupa bawa kurma lebih, buah2an lebih, kueh mueh lebih utk dijamu pada tetamu2 mesjid yg lain. Part ni mama paling suka sebab daripada mengadap dua jenis lauk ikan dan sayur, bila dah bertukar2 laukpauk dan kueh mueh, omak aii kalah hotel limo bintang sodapnyo. Lebih sodap daripada berbuka kat hotel. Dapatlak menambah ramai rakan2 mesjid lagi. Tak kira pangkat, ada maid, ada cleaner, ada tokeh spa/saloon ada pegawai2 korporat. Asal suko berbuko kek mesojik itu buleh dibuat kawan, sedara mara dunia akhirat. Kalu belanja makanan shj sebulan RM1000, bulan Puasa leh jimat sampai RM500 lebih. Separuh duit tu bleh guna utk menafaat lain.

7. Berbuka di mesjid ada peluang bersedekah lebih spt keluarkan duit utk wakaf AlQuran dan Wakaf Muqaddam utk sekolah2 Tahfiz dll.


8. Ada keluarga miskin dtg berbuka puasa dgn anak2 depa yg compang camping di situlah boleh kita menambah sedekah utk membantu menggembirakan keluarga ini. Boleh sedekah baju atau wang ringgit kpd mereka.
source: Google

Walau ada segelintir org atau rakan2 golakkan den sebab suko berbuka di mosojik (mrk ingat kita nak makan free kat mesjid). Walhal lagi barokah bila berjemaah berbuka , solat magrib, solat isya dan bertarawikh di mesjid. Kalu berbuka kat rumah, kenyang minum air bergolas golas, makan itu ini, perut berat takleh dah nak mughrib cam ular sawa inikan pulak nak gerak ke mesjid.





9. Pergi kerja guna aje public transport. Tempat area opis mmwana parking RM8, RM11, RM27 sekali masuk. Kalu sehari RM8, sebulan kojo 26 hari RM208 paling murah itupun kena sampai sebelum 7.45 pagi. Kalu lewat sampai, masuk jer area parking RM27 tu. Larat ka nakbayar parking tikat RM27 per entry tu? Lain lah bos bos ada parking lot free, elaun minyak free. Den kuli kalu minyak RM200 sebulan Buang duit atas jlnraya lebih kurang RM400 ke atas belum masuk ansuran keto bulanan RM500. Tak sanggup den.



Takpun yg ada motor bleh gi kerja naik motor. Lagi jimat, cepat dan murah. Romantik lagi suami isteri boleh poluk2 atas motor. Yg bukan muhrim jgn buat gitu. Dosa tauu. Emak maghah...


Jgn tiru aksi bahaya ini.

Jangan salahkan hari raya kalau hutang makin bermaharajalela. Saranan saya, seandainya perlu sangat berhutang dan perlu kredit kad guna satu shj sudah mencukupi. Sebagai spare ketika keadaan tunai mencemaskan sahaja. Tak perlu guna kredit kad utk suka suka shopping pakaian mahal, alat2 make-up, kasut atau handbag walau waktu promosi di SOGO ka Jaya Jusco ka. Beli ketika ada tunai dan ketika sangat perlu pada barangan tersebut.

Ada ker cara nak kurangkan hutang? Tanpa melipatgandakan usaha dgn kerja-kerja sampingan utk menambah pendapatan anda? Mama terbaca article ini. Ada. Ada.... Baca lagi di sini. Sila klik site ini. Berjimat cermat, beli yg perlu sahaja. Bawa bekalan dari rumah utk sarapan pagi dan tengahari. Kalu bekfast dari rumah dah jimat RM2-RM4. Tapau lunch dari rumah dah jimat RM5-RM7. Kalu sebulan dah jimat lebih kurang RM250-RM300.00 makanan luar yg belum tentu seswai dgn tekak kita. Duit itu bleh masuk tabung atau beli keperluan sekolah anak2. Lain lah kalu gaji RM4-RM5 Ribu ke atas. Yang penting hutang dpt dikurangkan dan hidup lebih tenang tanpa hutang keliling pinggang.



Syawal tak perlu tukar kereta baru, esbok baru, washing machine baru. Yang lama kan masih boleh digunapakai. Esbox mmwana dah 10 tahun dah. Lainlah kalu dpt bonus berpuluh ribu. Silakan tukar segala perabut anda. heeeee.............

Rasa-rasanya mati takmo tinggalkan hutang banyak2. Terkecuali hutang besar2 spt hutang hutang rumah. Kalu panjang umur duit EPF 55 tahun tu settle rumah dan segalanya. I wanna free debt. Hutang budi shj ku bawa mati. Mana rakan2 yg sangat baik dan pernah membantu semasa kesempitan hanya Allah swt yg akan melimpahruah dan memberkati rejeki kalian. Huhuhu... syahdu plak.

Lastly, jaga makan minum anda, jangan berlebih lebihan. makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Sihat, segar, kekalkan cantik menarik, elastik cam makcik ni..



Sekian. Thanks for reading till the last fullstop. Ma assalamah.



19 comments:

ikiqzana said...

oo x nak g shoppin yer.. takut membazir. yo la nok kita negok mamawana kuar x time lunch.. hihihi

Che Mid said...

teringat masa sekolah dulu, kalo bulan posa, hari-hari kat sekolah kabo kat kawan-kawan, berapa jenis kuih mak dah buat... amboi.. berlawan-lawan lak..

apple hijau said...

den tak ponah eh ado kad kredet...kesian den...he he

aizamia3 said...

dulu mak dan ayah yang uruskan pasal raya, tapi sekarang ai dengan en. suamiler yang sibuk untuk anak-anak..

bard bahtiar said...

slmt hr raya,wlaupn mak bulan belum beranak lg..haha..

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum,

N3 yang menarik. Betul tu puasa pun belum, tukang jahit dah tutup tempahan.

Mana yang badan kecik molek bolehlah beli yang ready made punya, tapi orang yang badan macam akak ni, payahlah nampaknya.

Apa pun sama2lah kita rebut tawaran yang Allah offer pada kita sepanjang bulan Ramadhan nanti sebanyak mungkin. InsyaAllah.

Solihin Zubir said...

bulan ramadhan spatutnya berjimat, tp ramai yg membazir jugak terutama bila dh rambang mata kt bazar ramdhan tu..

secangkir madu merah said...

syawal disambut setahun sekali.. pastinya kita mahu menyambutnya dgn meriah.. shopping jgn tak shopping hehehhehehe..

Mama Zharfan said...

salam ziarah
bagus entry ni :)

i singgah sbb nak tanya psl zhulian--kat mana yer i boleh beli anklet zhulian (dewasa)...u dealer zhulain ker? kalau dealer price, berapa discount berbanding retail price yer?

tq
-mama zharfan (suzie284@yahoo.com)

mamawana said...

Assalam ikiqzana,

heee....lunch hr memang time kuar jalan2 cuci mata...

mamawana said...

Welcome Che Mid,

best kan zaman sekolah dulu2.. tingat musim raya..musim posa

mamawana said...

Apple hijau

Tahniah,.. bertahan tanpa kredit kad yo.

mamawana said...

Assalam aizamia3,

Bestkan uruskan pakaian raya utk anak2..

mamawana said...

Assalam badrbahtiar and kunang2...

yey...nanti raya.. heip! posa dulu...hiiiii

mamawana said...

Assalam Solihin Zubir..

Ramadhan bulan berjimat...

mamawana said...

Secangkir madu merah..

jom shopping raya...ikikikik

mamawana said...

Assalam mamaZharfan

18% discount. Kalu berminat guna ajer my ID tu: PJU 063222 Nazli Hana Kamaruddin. Bleh pergi mana2 stokis sekitar area tempat anda.

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Kira2 tu nasihat untuk diri sendiri juga ke? :)
Alhamdulillah, di usia ni esply, Kak G sentiasa balance supaya tidak melebihi wang masuk! Now tiada hutang.
Yang last tentang jaga makan tu ada syusya skit la! :)

mamawana said...

Assalam DDrFauziah,

Ya Kak G, saya tulis diri sendiri.... Takutnyerrrr hutang. Nahi, nahi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...