Monday, May 16, 2011

We Want Jeya! We Want Jeya!


Assalam dan Bismillah,

Pelik bunyinyer tajuk entri kali ini kan. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, itulah yg mamawana dengar. Mama tak kenal dia. Mama tak pernah berbual mesra dengan dia. Tetapi mama tahu tentang dia sejak 2-3 tahun lalu.

Sambil menikmati makan malam, mama dengan tekun mendengar setiap cerita-cerita, pengalaman seharian yang dilalui anak-anak mama di sekolah. Mama suka mendengar bab demi bab pengalaman lucu, susah senang berhadapan dengan guru-guru, guru disiplin, rakan2 sekolah ada yg nakal yg lucu, duka dan kecewa.

Sejak Januari 2011, mama menaruh harapan besar agar anak bujang mama mendapat motivasi, galakkan dan tunjuk ajar seorang guru ini. Wana semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 memang mendapat didikan dari beliau. Semasa SPM, Wana mendapat keputusan A bagi subjek Ekonomi dan Perakaunan atas disiplin dan tunjuk guru ini. Cikgu Jeya baik, sangat baik. Cikgu Jeya garang bertempat, kata mereka. Kalu tak buat salah kenapa mesti takut kan. Cikgu Jeya kelakar giler. Bila bercerita pasal Cikgu Jeya di rumah kedua anak mama akan ketawa berdekah2 mengingati kelucuan/kegarangan Cikgu ini. Wana pun sibuk bagi motivasi pada adiknya agar belajar bersungguh2 dan ikuti setiap nasihat Cikgu Jeya.

Sejak Januari 2011, anak bujang mama mula keletah bercerita pasal Cikgu Jeya mengajar Ekonomi di kelasnya. Mama hanya senyum, rasa bertuah, menaruh harapan tinggi , setuju dan seronok mendengar cerita anak bujang mama. Memang betul sekali tindakan guru itu. Dan setiap malam juga mama meninjau anak bujang mama semakin rajin dan tekun membuat homework dan nota-nota. Berbeza sekali dengan tahun2 lalu.

Namun sejak seminggu lalu, yang mama dengar hanya rasa duka terbit dari mulut anak bujang mama pula. Anak mama sedih, rakan2 sekolahnya juga sedih. Mendengar luahan anak bujang mama, mama tersentuh hati dan rasa ingin mengalirkan airmata. Hebatnya Guru ini. Kabarnya, majoriti pelajar2 di Ting. 4 dan Ting. 5, seolah2 berdemo, merayu, membantah penukaran Cikgu Jeya ke sekolah lain. Guru ini tidak lagi akan mengajar mereka. Sob3.... Kabarnya para pelajar berkumpul beramai2 di padang melaungkan WE WANT JEYA! WE WANT JEYA!. Sayangnya mereka kepada Cikgu Jeyakumar (Lulusan Master in Ekonomi, if Im not mistaken) Terus, mama pun ingin membuat rayuan pada pihak sekolah agar menarik balik keputusan transfer Cikgu Jeya ke sekolah lain. Jumaat lepas, anak bujang mama sempat bersalam dan dapat melihat kesedihan di wajah Cikgu Jeyakumar yg dipaksa pindah. Kenapa ya? Kenapa dipaksa pindah? Atas arahan Jabatan? Kementerian? Mama pun tak faham. Mungkin ada seorg dua yg bersikap tidak adil mengakibatkan Cikgu Jeya diarah tukar sekolah. Siap ada Fan Page FB WE WANT JEYA! Cikgu Jeya sangat sayangkan anak2 muridnya di SMKBTS ini.


Bagi mama, Cikgu Jeyakumar dah jadi Hero. Boleh buat filem kesah seorang Guru Cemerlang yang sangat disayangi oleh anak2 muridnya. Buat filem, pasti meletups-letups. Kalah Superstar Tamil Rajinikanth. Baca lagi di sini blog Muz Hanafi.



Ini bukan Jeya. Ini Macha Tamil Superstar Rajinikanth.

Whatever, to me Cikgu Jeyakumar is A Hero. Your students love you so much. They said you are the BEST Economic Teacher in KL, WP and in Malaysia. I agree. Selamat hari Guru. Kepada Pengetua SMKBTS, tolonglah dengar rayuan, tangisan dan suara hati para pelajar yg sayang dan suka mendapat tunjuk ajar dari Cikgu Jeyakumar.

Buat semua Guru-Guru, terima kasih kerana memberi tunjuk ajar pada anak2 kami. Tugas Guru adalah satu tugas yang sangat mulia. (Mama juga pernah menjadi guru tuisyen sementara di sekolah swasta dan asrama Anak2 Yatim di KL beberapa tahun lalu).




5 comments:

Antan Bertingkah said...

Kita semua tak tahu di mana silapnya kan...tapi itulah nasib guru...panas sepanjang tahun lenyap kerana hujan sehari...

qamarguyz said...

salam ziarah..
beginilah nasib & cabaran seorang guru..penyebar ilmu..
nyway memang hebat mr jeya ini..sampai ada dem0 di peringkat sekolah?! huhu

wahida said...

klaka lak baca n3 ni...hehe...
tak boleh blah tgk gambar artis tamil tu...

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Assalam mama...tersentuh betol baca keluhan hati anak2 tu. Bukan senang nk tawan hati anak2 yg seusia anak mama tu.Pada guru JEYA...syabas & tahniah kerana Jeya seorang guru yg hebat bagi akak. Moga dia akan terus berjaya d mana dia berada...

kisahwanida said...

Hebat betul cikju Jeya ni... Bukan senang nak dapat cikgu yang mengajar ikhlas dari jiwa. Sebab keikhlasan dia tu la dia disenangi anak murid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...