Wednesday, May 11, 2011

Selamat Hari Ibu - Saya Sayang Emak?



Assalamualaikum,

Sana sini pelbagai peringkat bangsa dan agama sibuk dan meriah menyambut hari Ibu. Duduk-duduk sendirian buat diri ini tersenyum sengsorang. Sekali sekala terasa sayu pilu di hati. Sayu bila terkenangkan arwah ibu yg sudah lama pergi. Dan tersenyum mengenangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering menghadiri majlis makan, jamuan sana sini meraikan Hari Ibu bersama teman-teman dan jiran tetangga.

Kasih sayang terhadap ibu sebenarnya bukan setakat ucapan di bibir nan manis. Tapi hakikatnya ialah kasih sayang halus yang mengalir meresap dalam salur darah hingga jauh ke lubuk jiwa seorang anak. Betul kah merayakan Hari Ibu itu Haram?

Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” Baca sini


Alangkah bagusnya seandai setiap hari anak2 mengucapkan "Saya Sayang Emak" . Dan setiap hari juga, anak2 bijak menjaga hati emak jangan sampai terguris. Macam mana tu ya? Ya lah, antaranya seperti bangun awal solat subuh setiap hari tanpa perlu disuruh2, diarah2, dikejut2 sampai kering tekak utk bangun solat subuh. "Saya Sayang Emak" boleh disalurkan dengan cara rajin membantu ibu mengemas rumah, membersihkan halaman rumah, membantu ibu memasak di dapur atau membasuh pakaian walau senang guna mesin basuh ajer. Bukannya susah kasih sayang tu di transfer, di terjemahkan melalui ringan tulang nih. "Saya Sayang Emak" boleh ditunjukkan dgn menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, menjaga adab kesopanan dan menutup aurat mengikut syariat Islam. Alangkah bagusnya ucapan "Saya Sayang Emak" ini dicerminkan dgn cara hidup Islamiyah. Alangkah indahnya. Alangkah bahagianya.


Jangan sampai nak telefon bertanya khabar kedua orang tua pun anak2 terlalu sibuk dan tak punya masa. Jangan abaikan ibubapa anda sampai hidup dalam kesunyian dan kerinduan terhadap anak-anak. Kita tak mahu dan tak tergamak membiarkan ibubapa mengalami Sindrom Empty Nest

"Saya Sayang Emak" bukan ucapan untuk satu hari sahaja. Kadangkala di hujung minggu mamawana berjogging di Taman2 Tasik sekitar Tmn Perumahan. Mama kagum melihat bangsa lain pastinya berbeza agama namun mereka lebih ramai berkunjung beriadah membawa ibubapa yg tua dan uzur mengambil angin bersih di taman2 spt foto di atas. Tersentuh hati ini, melihat seorang Ibu atau seorang nenek ditemani anak2 cucu mereka beriadah. Alangkah indahnya, bahagianya bila "Saya Sayang Emak" itu benar2 direalisasikan dgn cara yg sebenar-benarnya dan bukan sekadar manis di bibir mulut.


"Saya Sayang Emak" kata kata hikmat ini boleh menjadi panduan anak2 remaja utk taat kpd kedua ibubapa dan tidak tergelincir dlm kancah pergaulan yg tidak diingini. Setiap kali andai dibisik iblis utk melakukan sesuatu yg bercanggah di sisi agama ingatlah kedua org tua mu, ingatlah manisnya kedut wajah ibumu yg telah bersusah payah mengandung dan melahirkanmu dgn cara susah payah.

3 perkara amalan kebajikan yg tidak menuntut kita melakukan apa2 tetapi mendapat pahala iaitu:

1. Melihat Kaabah
2. Melihat Al Quran
3. Melihat wajah orangtuamu dgn penuh kasih sayang.

Am I right? Pls correct me if I'm wrong. Banyak lagi nak membebel kat sini. Cukuplah sekadar coretan bernoktah di sini. Hingga ketemu lagi. Permisi dan Salam Kasih Sayang buat pembaca budiman sekelian.


11 comments:

Ummi Humaira said...

assalamualaikum mamawana...

mudah2an kita tergolong di antara anak2 solehah yg sentiasa menyayangi ibu kita dan seterusnya mengalir perasaan sebegini kepada anak2 keturunan kita pula.InsyaAllah..

SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU

sal said...

selamat hari ibu ...

moga kita bahagia menjadi ibu kerana disayangi dan dihargai oleh anak2..

Syafiq Rosli said...

ibu merupakan insan yg pling byk berkorban kan..

mamawana said...

Assalam Ummi,

Yeap, syurga dibawah telapak kaki ibu. Susahnya mengandungkan anak2 dlm rahim kan. Mama pun terkenang selepas bersalin anak sulung secara caesarean dulu, takdak saper jaga. Emak mertua dtg sekejap jer, emak kandung pun tak mahu tinggal sama dtg bawak lauk then balik, cuma dtg ziarah. Nasib baik nurse dtg umah tolong mandikan bayi. Suami cuti seminggu tolong jaga. Pastu kena masuk wad seminggu balik sebab baby demam kuning .

mamawana said...

Sal,

Memang bahagia jadi ibu kan. Susah sakit cammana pun rasa nak beranak banyak2 lagi.

mamawana said...

Assalam Syafiq,
Jaga ibu Syafiq baik2 ya.

eelobor said...

yang terakhir sekali tuh, rasanya memang dah betul kerana dengan memandang muka kedua ibubapa (dengan kasih sayang) pun sudah mendapat pahala. bertuahlah mereka2 yang masih mempunyai kedua ibubapa. hargailah ketika hayat mereka masih ada

Pakcu Sofi said...

saya syg emak saya setiap hari! ;)

mamawana said...

Assalam eelobor,

Tqvm sudi visit here.

mamawana said...

Assalam Pak Chu Sofi,

Ya, kita sayang emak kita setiap hari. 6 tahun dulu, ... bila rindu kat emak selama setahun mamawana tidur pakai baju Kedah arwah emak buat baju tidur. Sekali pung tak pernah mimpi ketemu emak. Sob3.... sesekali jer mimpi bertemu arwah emak semasa bulan Ramadhan. Al Fatihah.

Ummi Hanie said...

salam,

klu diikutkn,Hari Ibu ni dakyah org kafir...so takyah le nak tunggu hari ibu baru nk ingat ibu kan kan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...