Thursday, May 5, 2011

Kursus Asas Haji 2011 @ Masjid Asy-Syakirin KLCC

Assalam
Para pembaca budiman sekalian


Kembali bertemu di alam maya dengan sedikit coretan dan perkhabaran untuk diwar-warkan. bertempat di Mesjid Asy-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur ada dianjurkan Kursus Asas Haji anjuran Rayhar Travels Agency. Bagi bakal-bakal haji atau sesiapa sahaja yg berminat dijemput menghadiri kursus ini. Sangat baik untuk menambah ilmu pengetahuan dan berkongsi pengalaman musim Haji di dua tanah haram tersebut yaitu Makkah dan Madinah.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Orang-orang yang mengerjakan haji, dan orang-orang yang mengerjakan umrah merupakan duta-duta Allah. Maka jika mereka memohon kepadanya, pastilah dikabulkannya, dan jika mereka meminta ampun, pastilah diampuninya". (HR Nasai dan Ibnu Majah)



Mamawana sempat menyempitkan diri di celahan para muslimat di ruang dewan bawah mesjid itu. Memang seronok bila dapat berkenalan dgn kawan-kawan baru, ada jualan tudung dan telekung, parfume, kitab dll. Sebab nak save duit nak gi Haji, mamawana sekadar membeli sebotol minyak Habbastussaudah Al-Yamani. Budget, budget. Heeee..... harga barang semua naik, minyak naik, kos hidup semakin tinggi. Kemudian hari tambang kos Haji pun pasti meningkat. Mudah-mudahan dengan limpah kurnia rezeki dan kesihatan dari Allah swt dapatlah hajat mamawana utk menunaikan Haji tertunai tahun ini. Amin. (Tolong aminkan ya sahabat mayaku)




Dari Siti Aisyah r.a., katanya :
"Ya Rasulullah, menurut anda jihad itu adalah amal yang paling utama. Kalau begitu tidakkah kami akan berjihad?" Ujar Nabi: "Bagi puan-puan jihad yang lebih utama ialah haji yang
mabrur" (HR Bukhari dan Muslim)

Terus, persiapan diri utk mendapat haji mabrur bagaimana ya? Cukupkah dengan sekadar berwudhu yg sempurna, menjaga solat fardhu di awal waktu, jaga makan minum yg halal dan menjaga tuturkata sesama muslimin. Banyak lagi kan amalan yg belum sempat dilakukan dengan sempurna. Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku utk berbuat baik sesama manusia dan sesama makhluk di bumi mu ini. Dan permudahkanlah urusanku di dunia dan di akhirat. Amin
Ya rabbal alamin.

Tujuh Tanda-Tanda Diterimanya Do'a "Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"
("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".) QS. Al Baqarah 201.

1. Senantiasa Bersyukur Atas Nikmat dan Karunia Dari Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Istiqomah Dalam menjalanan Ibadah (Wajib maupun Sunnah)
3. Dikurniai Keluarga Yang Solihah, Sakinah Mawaddah wa Rohmah (Istri yang Solihah, Putra/Putri yang Soleh/Solihah, serta Family Yang Baik)
4. Dikumpulkan Dengan Masyarakat/Lingkungan Yang Sholeh
5. Dikurniai Rizki Yang Halal dan Barokah
6. Senantiasa Gemar/Semangat Mencari Ilmu-Ilmu Agama Untuk meningkatkan Ibadah Kepada Allah.
7. Sabar Dalam Menjalani Kehidupan (Sabar Menjalankan PerintahNya dan Menjauhi LaranganNya, Sabar Dalam Mencari KaruniaNya, Sabar Dalam Menjalani UjianNya, Sabar Dalam Musibah) disertai dengan keikhlasan semata-mata mengharap Ridho Alloh Subhanahu wa Ta'ala.

Jangan lupa, lapangkan masa bagi yang berada di sekitar Kuala Lumpur Ahad 8 Mei 2011 jam 8.30 pagi-12.30 t'hari jemput datang ke Mesjid Asy-Syakirin.

Salam hormat.




12 comments:

Ummi Humaira said...

salam NurQaseh...

ameeen ameeen ameeen.

ummi doakan agar terqabul doa dan hajat mamawana untuk mengerjakan haji tahun ini...insyaAllah

Acik Erna said...

Amin..semoga segala urusan mamawana di permudahkan..

MOKCIK AZWA said...

Salam Mamawana...azwa aminkan doa akak...dan semoga dipermudahkan juga urusan kita...aminnnn

DDrfauziah said...

Aslmkm.
Amiin.
Sekadar berkongsi saja ... hadirkan diri kepada Allah SWT sepenuhnya semasa di sana nanti - selain dari melakukan ibadah wajip & sunat afdhal, sentiasalah berastaghfar & bersyukur; jauhkan diri dari duduk borak2 kosong & sentiasa bermurah hati; redha dengan tulus.
Insya Allah, semua akan dipermudahkan.

Peri PiA said...

MasyAllah seronoknya

Amin :)

eelobor said...

jika ada maklumat kursus pengurusan jenazah di mana2 masjid sekitar KL, tolong makluman kan kepada saya yer...

mamawana said...

Masya allah, subhanallah

Ummi Humaira terimakasih utk doa itu.

Acik Erna, mamawana pun syahdu. Tq.

Mokcik Azwa, alhamdulillah doa itu. Tqvm. Caiyang you all.

mamawana said...

DDrFauziah Subhanallah, alhamdulillah atas doa dan nasihat itu.

mamawana said...

Assalam peri Pia,

Seronok...alhamdulillah. Siap ada breakfast provided, tapi jgn lupa sumbangan utk dana mesjid dgn ikhlas.

mamawana said...

Assalam eelobor,

Insyaallah, tahun2 lepas memang ada kursus jenazah di adakan di surau dan mesjid2 berhampiran taman ni. Niat yg baik, ada rezeki insyaallah dikabarin.

sal said...

teringin nak pegi kursus dan hji sekali..

bilalah rezki itu sampai..

moga Allah memberkati dan menunaikan doa kita yg nak gi..hehe

mamawana said...

Assalam Sal,

Dah ada niat insya allah. Mwana saje nak penuhkan dada dgn ilmu ni. Rayuan tahun lepas takda rezeki gi Haji. Tahun ini cuba lagi. Ins'allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...