Tuesday, May 10, 2011

Gula Oh Gula


Assalam Readers Yang Budiman

Seluruh negara, seluruh ceruk kampung sudah dihebahkan dgn kenaikan harga gula sebanyak 20 sen. Sahaja aku bercerita (cewah cam niat puasa lak..) bahawasanya sekilo gula kat umah den sebulan pun belum tentu habis. Kekadang lama bebenor rasanya bila laa sekilo gula ni nak dihabiskan. Setiap hari anak2 minum susu tanpa gula, minum air suam tanpa gula, makan nasi minum ayaq kosong. Ayaq manis2 ni memang kureng sangat2. Kekadang bila tetamu datang ke rumah hati serba salah bila gula pun tak ada kat rumah. Nasib baik simpan jus buah dlm esbok. Kalu tak memang malu takdak ayaq hangat nak jamu tetamu, jus dingin dari esbok jadi penyelamat.

Kecuali... kecuali, apabila mamawana terajin buat kek cokelat, kek tiramisu ka, butter cake ka, cookies ka masa tu lah gula berkilo2 pun tak mencukupi dlm sebulan. Bila hantu rajin memasak merasuk kul 4 pagi buleh bangun bancuh kek, walau bukan nak nyambut raya . Jom intai foto2 di bawah ini:-

Steamed Chocolate Cup Cakes



Tiramisu
Kek Butter

Kek Cokelat
Kek Cokelat Orange
Cokelat Tiramisu
Kek Strawberri Peach


Sajer tepek gambar2 kek ni buat penyeri entri. Mwana tak pandai masak cam blog Dapur Tanpa Sempadan , blog Home Sweet Home , blog Norli loves cake atau Sweet LizaHanum. Sekadar campak2, bancuh2 utk makan sendiri anak beranak boleh ler. Telur ayam? Butter? Raya dah dekat nak mai ni. Adakah akan mengikut jejak kenaikan harga gula? Pandai2 lah pasang strategi penjimatan, jimat cermat mana yg perlu.

Minyak petrol naik, den guno public transport. Morning walk berpoluh2 masuk opis, pastu tak cukup aircond, kipas, kibas sana sini sampai seleso kek opis.

Hargo gulo naik jom pakat2 boikot gulo. Buleh ko? Muko den dah cukup manis tak perlu gulo banyak (ado yg nak termuntah baco ni an). Jgn terlobeh gulo nanti koncing manis, somut korumun. Eloklah poei cek darah tu. Hidup sihat dan amalkan pemakanan sihat. Minum air suam banyak2 dan jangan lupo exercise. Elakkan tulang berbunyi kruk krak kruk krakkk... terlobih pulak den berceghito.

Wassalam.








16 comments:

Pakcu a.k.a Darekula said...

semua harga naik kak..kang tak cukup gula bahaya plak ye dak..terpaksa la kan

J.M.R said...

kalo jarang guna gula, mmg jimat le skang ni kan..heheheh

Syafiq Rosli said...

wow..bestnye..nk je rasa semua kek d atas..:)

zino said...

lepas ni teh tarik akan naik dan segala macam benda yg perlukan gula...

kakpah said...

harga gula naik takde hal..
sebab kita pun bukan pakai gula sangat. satu perkara yang baik untuk tidak amalkan makan benda2 yang manis.

Che Mid said...

salam kenal, tulang che mid dah kruk krak kruk krak dah... camno!!

Peri PiA said...

terliur

20 JE, :|

Kamsiah said...

salam
kat rumah saya...air yg dibancuh mmg tawar..org kata manis2 buah ja...dah terbiasa mcm tu,bila ke rumah org,air yg dibancuh terasa amat manis...langsung takleh minum...

mamawana said...

Assalam Pak Chu,
Tq sudi visit teratak mama ni. Brg2 semua nak naik harga. Camner nak buat ya....

mamawana said...

Assalam JMR,

Kurangkan gula dlm minuman harian anda.

mamawana said...

Salam Syafiq Rosli,

Tq visit here. Nak kek, kalu jumpa kat bloggers gathering leh mama bawak kek sebiji.

mamawana said...

En Zino..,

Semua naik, darah tinggi bleh naik, stress pun naik... huhuhu

mamawana said...

Assalam Che Mid,

Jomminum susu seteko setiap hari..

mamawana said...

Assalam kakpah,

Gula naik tu sekadar isyarat utk brg2 lain sama naik. Transformasi rakyat berpendapatan tinggilah katakan. So, harga brg2 dinaikkan dulu.

mamawana said...

Assalam Peri Pia... Kamsiah

Sama ler kita. Kalu bancuh air pun manis buah jer.

Adnazthie said...

Assalam Mamawana..

Kurangkan gula dalam makanan dan minuman tambahkan senyuman dalam kehidupan..

Senyum..sedekah
Senyum..penawar
Senyumlah seindah suria..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...