Friday, April 29, 2011

Sumpah, Zina, Penyakit Hati..

Assalam,

Sedikit perkongsian dan sekadar menyediakan nama2 samaran.

Situasi 1:

Ruby : "Eh, naper tak datang Mesjid Kelas ngaji? 5.30 - 6.30 ptg. Apsal nko tak datang Lela?" suara agak tinggi.

Lela : "Saya kena balik rumah. Kena solat mughrib kat rumah dengan anak2. Saya kena pantau anak2 waktu mughrib dan Isya. Dah lah seharian kat opis."

(Mendidik anak2 mengenalkan anak2 dengan AlQuran, Assunnah dan solat adalah suatu kewajipan penjaga/ibubapa)

Situasi 2: Bulan Ramadhan jam 11.00 malam. Didalam lift apartment.

Joyah: "Eii, Lela, nko dari mana nih. Apsal ko tak datang Tarawih kat mesjid.? Tak nampak pun muka nko tadi".

Lela: "Saya pi Tarawih kat Damansara kak. "

Joyah : "Apsal jauh sangat? kat sini kan ada mesjid" berkerut2 muka akak Joyah tu.

Lela: "Saya jumpa kawan2 kat sana. Terus Tarawih kat sana. Mana2 mesjid pun kita bleh Tarawih kak." (Dalam hati jalan ke syurga tu banyak...)

Situasi 3:

Tipah : "Seluar dalam Pakcik tu ada dalam envelop! Envelop tu Si Makcik tu punya. Dia orang stay back kat opis malam tadi...mesti rom.......n. Tak caya cuba check Video Player kat opis pagi2. Depa nengok video sxxx.! Player tu masih panas, macam lepas orang guna jer malam tadi! Dalam nada berbisik pada Lela.

Lela: "Ya ker? Tak kanlah depa buat kerja tu"

Tipah : "Betul, semua orang dah tahu seluar dalam Pakcik tu ditemui dalam envelop Makcik tu. Ya, Allah janganlah ditimpa bala kat sini. Makcik tu tak takut dengan laki dia ker? Sumpah. Tak percaya ker?"

Lela : Cakap dalam hati.....(Malas nak layan Makcik Tipah nih. Memang laa, Pakcik tu ada order spender Conybio kat Si Mamat tu. Tak da bag plastik terus spender baru tu Mamat letak dalam used envelop yang ada nama Makcik tu. Ada orang terjumpa used envelop tu kat counter depan. Aku dah tengok dah spender Conybio tu pagi2 tadi kat Mamat. Mamat tu dealer spender dan dapat order dari Pakcik tu. Yang kau sebok2 memfitnah ni naper? Nko syok kat Pakcik tu gamaknyer. Tak ingat laki ker nko ni..... Memandai ajer tuduh orang beromenlah, berzina lah.....

Jangan dimakan sumpah. Selepas 10 tahun Makcik Tipah ratu fitnah disahkan mengidap Cancer hati. Kenapa ya? Adakah stress kerana melihat orang lain hidup bahagia. Atau stress bila melihat orang lain lebih berjaya? Cemburukah? Dengkikah? Mentally disturb? Fikir-fikirkan. Relewan ker dengan tajuk entri, sumpah, zeeee.... Peliharalah hati dari penyakit2 hati.

Ada orang menyangka dirinya lebih baik apabila melihat orang lain tidak ke mesjid. Ada orang menyangka dirinya lebih baik, lebih banyak pahala berbanding orang lain yang tidak mengaji di mesjid. Ada orang lain menyangka dirinya lah yang terbaik. Jangan sampai di rasuki perasaan riak. Riak itu spesis iblis. Beramallah dengan ikhals, bukan gila puji bukan untuk menunjuk2.

Maaf, Permisi. Selamat beramal.
Teruskan membaca di sini




16 comments:

sal said...

sentiasa mencari keikhlasan hati..
mohon dijauhi daripada musibah

Acik Erna said...

mamawana..insyaallah..semoga dipelihara hati kita dari semua yang mungkar..

Kamsiah said...

salam
mmg benar...jalan ke syurga itu byk...pilihlah yg termampu dilakukan...dgn ikhlas...jgn nak menunjuk2..

secangkir madu merah said...

mamawana, tangan kanan bersedekah tanpa pengetahun tangan kiri, begitulah ya, biar kita buat sesuatu yg baik hanya kita yg tahu dan dari hati yg tulus ikhlas tanpa heboh2 satu kampung...

Pn Kartini said...

assalamualaikum mamawana:)

Moga sihat2 dan ceria selalu;)

Sia2 amalan dek bahana riak..
dalam apa jua...keikhlasan jiwa dan niat itu ptg..:)

Zaitun said...

kak Zai takut termasuk dalam golongan orang riak.Tak payah nak heboh kalau kita buat amal.

nyanyisunyi said...

Assalam Mama
rindu mama juga...

jalan ke syurga banyak...jalan nk ke neraka juga terlalu banyak..kitalah yg memilih sendiri..

mamawana said...

Assalam all,

Caiyang Sal... yep semoga dpt kita beramal dgn ikhlas.

mamawana said...

Achik Erna

Bener sekali. Mohom dipeliharan hati kita. Hati ini cepat beremosi. Cepat sangka sangkaan, cepat rajuknya.

mamawana said...

My lovely Kamsiah..

Jln2 beramal utk ke syurga itu banyak. Pilih yg termampu walau kecil biar istiqamah. Senyum sokmo.

mamawana said...

Secangkirmadumerah,

Ya, susah juga yg nak menyembunyikan sedekah jariah dari tgn kiri. kekadang poket/purse sebelah kiri..bersedekah korek duit kat purse kiri dan tgn kanan masukkan sedekah ke dlm peti. Tgn kiri dan tgn kanan bekerjasama beramal. err..

mamawana said...

Assalam caiyang Pn kartini..

Kekadang kita tak riak tapi org bersangka kita riak. Sabar ajerlah.

mamawana said...

Assalam Zaitun,

Ya, itu yg serba salah tu. Buat baik elok tidak diheboh2kan tapi kadangkala kita kena mengajak kawan2 utk sama2 berbuat baik utk memikul tanggungjawab secara berjemaah. Dari amalan fardhu Ain ke Fardhu Kifayah... sebab kita hidup berjemaah. Ada masa perlu mewar warkan kpd teman2 utk memberi sokongan dan menyemarakkan syiar Islamiyyah.

mamawana said...

Salam rindu di angin lalu NyanyiSunyi,

Ya, jln ke neraka banyak di kiri kanan kita. Pilih aje jln yg benar jln2 org2 yg benar, siratholmustaqim sbgmana doa kita membaca Al Fatihah didlm setiap solat.

**::CIKNUURUL::** said...

ssh sebenarnye nk cri keikhalasan hati seorg shbt,.tp klu kite ikhlas dgn hati kte sndri,insyallah,bnde2 cmni xkn dpt lekat ngn kite,.means dat,kite bley usir bnde2 jht cmni kn,mcm cite di ats,.dlm hti berfkir,xbaik main tduh2,.elok siast dlu,.see?,.hehe,.


p/s:,.thanks sudi snggah blog CN ek,.hehe,.keep blogging,.

Ummi Humaira said...

assalamualaikum mamawana...

JAGALAH HATI JANGAN DISAKITI....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...