Saturday, April 23, 2011

Bertemu Imam Mesjidil Haram, Makkah - Abdul Rahman Abd Aziz As Sudais


Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirahiim

Seribu syukur mwana panjatkan doa kerana dgn limpah kurnia Allah swt rasa bahagia di hati ini, dapat hadir di Seminar Berpegang Kepada Al Quran dan As-Sunnah di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sejak jam 8 pagi hingga petang tadi. Jom, layan foto2....

Sarapan pagi


Sejuk jiwa mendengar para pembentang kertas kerja Tema: Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (agama) Allah Dan Janganlah Kamu Bercerai Berai (Ali Imran :103) Anjuran Kerajaan negeri Perlis

Kertas kerja 1: Dr Azwira Abdul Aziz

Sedikit petikan nota dari maksud: "Sesungguhnya amanah (iman) itu turun dari langit ke dalam akar hati manusia, kemudian diturunkan al-Quran lalu mereka membaca Al Quran, kemudian mereka belajar Al Quran kemudian mereka belajar Sunnah"

Sabda Rasul s.a.w: "Sesiapa yg dikehendakki oleh Allah swt padanya kebaikan, nescaya Dia akan menjadikannya faham tentang agama"

Kertas Kerja ke 2: Pro Madya Mohd Radzi Othman

Al-Hasyr:7 Allah berfirman "Dan apa jua yg disampaikan oleh Rasullullah kpd kamu maka hendaklah kamu menerimanya dan apa jua yg ditegahnya maka hendaklah kamu berhenti (daripada melakukannya).....

Makan tengahari


Ribuan yg hadir rasanya, sangat ramai yg dahagakan iman yg sejahtera. Sangat ramai yg cintakan Al Quran dan As Sunnah. "Tabiat kejadian manusia menurut sunnah Allah adalah suka berselisihan, kecuali orang2 yg dirahmati Allah." Antara yg hadir, Fara Bagaikan Puteri (ingat lagi tak lagu Fara ni). Satu2nya artis yg sempat mama beramah mesra. Sweetnya Fara ni (Jubah Hitam bertudung hitam ).

Kertas Kerja "Gerakan Islah dan Tajdid dgn penyampaian yg sungguh menarik dari Prof Madya Dr. Mohd Asri b Zainul Abidin USM, P.Pinang. Sangat menarik isi ceramah beliau. Juga Pendakwah bebas Dr Abdullah B Yassin dgn "Aqidah Yg Selamat dan Peranannya Utk Menyatukan Ummah". Tidak dilupakan juga pembentangan Kertas kerja Dr. Johari Mat "Selamat Aqidah (pegangan) dan Cara menolak fitnah". Hebat2 belaka para pembentang kertas kerja penuh bersemangat. Sebenarnya ada lagi penceramah lain tapi sekadar beberapa dinyatakan di sini.

Yang paling best... Masya allah, subhanallah. sempat bertentang mata dgn SF Syeikh Dr Abdul Rahman bin Abdul Aziz As Sudais Imam Masjidil Haram, Makkah. (Jgn marah... dari jauh ajer tengok wajah jernih Imam Makkah ni..kat screen..hehehe. Ramai sangat orang2 sekeliling) Tersentuh kalbu, syahdu, pilu apabila beliau membacakan sedikit potongan ayat2 suci Al Qurannul karim. Masyaallah. Sendiri hadir baru dapat rasa aura.. keberkatan penyampaian ceramah dan bacaan suara beliau yg sungguh merdu.


Esok sambung seminar 1 hari lagi di Hotel Royale Chulan, KL. Insyallah. Sekian, wassallam.

(Semoga esok menjadi hari yang lebih indah dan bermakna. Esok ada jemputan walimatulurus anak sepupu . Lepas seminar lari ke rumah kenduri kahwin lak. Insyaallah.)


16 comments:

cikbintang said...

bestnye..=)

nawaitoo said...

bestnye leh bersua muka :)

sal said...

slhamdulillah..sejuknya hati mendengar maklumat tentang islamik yee..moga bermnfaat

mama ju, said...

Aslkm
Nampaknya wana antara org yg terpilih. Beruntung sungguh..
Mama masukkan sekali cete wana ni kat blog mama ya..Tkasih.

secangkir madu merah said...

alhamdulillah, seronok ya dapat hadir ke jamuan ilmu begitu...

sempat tengok Syeikh Dr Abd Rahman Sudais di kaca tv semasa khutbah jumaat di Masjid Wilayah...

Zaitun said...

Tuntutlah ilmu sampai keliang lahad.Syukur dapat tengok imam Masjidil Haram walaupun hanya di screen.

Ummi Salsabila said...

Seronoknya dpt pergi majlis ilmu begini ..

umiliza989 said...

saya tagg nurqaseh
http://norliza989.blogspot.com/2011/04/contest-saya-pun-comel-la.html

Ummi Humaira said...

assalamualaikum mamawana...

alangkah terpegunnya kalau dpt dengar sendiri bacaan imam tu kan, masyaAllah...
tp ummi tak berkesempatan pun.

mamawana said...

Assalam Cikbintang and nawaitoo..

Pertemuan Rejeki jua tu.

mamawana said...

Asaalam Sal,

Rutin mingguan andai ada kuliah atau majlis sebegitu memang bermenafaat. Sangat ramai hadirin yg cintakan kehidupan berpegang pd AlQuran dan Sunnah.

mamawana said...

Asalam Mama Ju

Tq sudi singgah dan masukkan ceritera blog mwana kat blog mama Ju. Harapan di lain hari dpt kembali bertemu dan mendengar suara Imam Mesjidil Haram ini. Mama Ju jom gi Mekah. Heee...

mamawana said...

Salam caiyang secangkirmadumerah,

Alhamdulillah. Mwana pun tak sangka majlis itu sebegitu meriah. Kawan dok ajak, pi bagi nama register a few weeks before then sebelum tiba harinya terus dihubungi oleh penganjur utk confirmation attendance. Alhamdulillah.

mamawana said...

Assalam Zaitun,

Welcome and tq.

mamawana said...

Ummi Salsabila, sedapnyer nama glemer....

Welcome and tq.

mamawana said...

Assalam UmmiHumaira,

Lain kali insyaallah dpt hadir jua majlis sebegini.

Seminar Kepimpinan Wanita dari Perspektif Islam Jumaat 29 April 2011 bermula jam 8 pagi-5 ptg di ISTAC Bukit Tunku. Panelis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Dr Maszlee Malik. Masuk percuma. Jemput hadir semua yg sudi dan tolong war warkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...