Thursday, March 10, 2011

Ubi Kayu Rebus vs Spaghetti Vs Kek Aiskrim Tiramisu

Assalam dgn Bismillah


Kelmarin I, macam mengidam lak teringin sangat nak makan ubi kayu rebus, terus gi kedai runcit dekat rumah, beli ubi kayu pili2 kulitnya yg kemerah2an cantik, di rebus & masak sambal ikan. Lepas dinner bleh melayan ubi rebus ni lagi. Cicah dgn sambal tumis ikan bilis ....fuhhhhhh


Kelmari II, dinner malas nak masak nasi dgn lauk pauk. Terus, rebus spagetti. masak ala2 mee goreng. jadilah spaghetti kampung USA. Errk? Dah lah kampung tambah lagi USA? Awat lagu tu?. Ya laa, spagetti dimasak ala mee goreng kampung goreng dgn bawang putih/butter dan ditambah dgn asparagus, karot, daging cincang, hirisan hotdog . Hasilnya spt di atas. Tak sama lansung dgn spagetti sos prego tomato kat luar sana tu. Omak aii... bertambah2 budak tu makan...



Kelmarin kelmarin dulu, mama nak kek aiskrim. Pinta anak mama. Pulak dah. Mana mama reti buat kek aiskrim. Bedal aje. Buat kek butter perasa oren. Potong 2 or 3 lapis dan selang seli dgn bancuhan whipping cream eg. cream cheese, philadelphia cheese, susu segar/susu kotak, gula putar hingga kembang. Hias kek dgn bancuhan tu dan sejukkan dlm esbok. Hias dgn peach/strawberi spt di atas. Almaklum laa tak pernah masuk kelas masakan Chef ngetop. Reka caca marba sendiri aje laaa... Rasanya... wallaaaa...... silalah terlior.

Semalam, dinner tak masak. Makan roti sandwich ajer. Diet. heeeee........

Malam ni, tadi masak nasi lauk seketul ikan siakap tersenyum dlm pinggan ku goreng sweet sour ajer, ada ayam goreng. Itu pun tak larat nak perabih. Paksa diriutk makan malam. Ngeeeh...

Udah..udah..cakap pasal makan ajer tau. Tak habis habis menternak lemak. Pi ngaji, pi intai anak watper studi ker stado. Banyakkan membaca buku dan pi start wat research cuba hasilkan karya penulisan kreatif yg menjana minda. Baik untuk anak bangsa agar terus maju di masa hadapan dalam menghadapi cabaran globalisasi, cabaran aqidah yang goyah. Cabar diriku sendiri. Guuullppp Boleh ka? Kata Maher Zain "Ada jalannya, Insya allah"

12 comments:

Kamsiah said...

ubi kayu dan spageti tu menambat selera...ubi kayu makan masa hujan..ditambah dgn teh/kopi o panas..terangkat..!!

Siti Hajar Masri said...

sedapnya..telan air liur jap..;)

izan said...

huhu.. makan 3 4 hari pastu 1 hari je diet ... jom kita makannn..

Ummi Humaira said...

salam mamawana...

terlioqnya tengok ubi kayu tu , tp apakan daya , dah tak leh makan , nanti angin satu badan , payah jadinya.

Zaliedana said...

Assalam,
semua menu sedap2,sy follow yer..

secangkir madu merah said...

dalam semua semua tu saya pilih ubi kayu....ummmm memanglah susah nak dapat ubi kayu rebus, siap dgn kopi o lagi fuhhh terangkat ar..

mamawana said...

Assalam Kamsiah

Ya...sedapnya ubi kayu rebus cicah sambal dan kopi O panas...

mamawana said...

Siti hajar and Izan

Heee...... sedap ubi kayu tu...walau angin ku telan juo

mamawana said...

Rindu kat Ummi humaira....welkam nice to see u again in here...

mamawana said...

Zaliedana

Tq follow mama ya....

Puanbee said...

adei kek yg last tu tk tahan tengok huhu....ternak lemak berjemaah yuk!

mamawana said...

Paunbee,

Hehe... anak2 memang suka kek tu. Omak eh pun suko..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...