Sunday, March 20, 2011

Santai Bersama BEN ASHAARI: SEGMEN SEGERA : TERIMA KASIH IBU !


Assalam dan Bismillah,



Segmen menarik dari Ben Ashaari

Kenangan mwana dengan ibu kandung sendiri. Sedikit perkongsian di sini. Di kala suboh sepie'e ketika mwana masih bergulung dengan selimut... Terdengar suara ibu yang lunak, lembut dan merdu memanggil nama mama. Terus, mama bangun. Di ketika lain, ibu menyentuh lembut bahu mama semasa masih enak dibuai mimpi pagi. Terus mwana terbangun di awal pagi. Walhal sebenarnya ibu tiada di sisi. Ibu sebenarnya berada di kampung. Siapa yang kejutkan mwana pagi-pagi untuk solat subuh ya? Suspens. Mwana pun tak perlu ambil pusing. Tapi terus syukur alhamdulillah kerana suara merdu dan sentuhan ibu seperti membangunkan aku dari terlajak solat subuh. Realitinya, mama suka mendengar doa-doa ibu buat anak2 setiap kali selepas solat fardhunya. Tapi satu kenangan paling istimewa ialah di kala mama potong kuku2 jari tangan ibu dan kuku-kuku jari kaki ibu. Ibu dah kurang nampak. Jalan pun bertongkat dan kena pimpin. Selepas upacara potong kuku, Mwana bersama anak-anak akan shampoo rambut ibu, Opah mereka. Sambil ibu nonton TV citer kartun Tom & Jerry. Ibu suka rambutnya dishampoo dan dibelai-belai. Sekarang ibu tinggal di alam barzakh. Sudah 6 tahun ibu pergi. Alfatihah.

Rasanya saya lebih rapat dan lebih sayang Ibu. Tapi arwah ayah tetap di hati selalu.

Tentulah tak mungkin, nahi, nahi saya tergamak tinggalkan ibubapa saya kat rumah orang tua-tua. Mwana sanggup basuh kain baju ibu, jaga makan pakai ibu.

Anak-anak yang bercakaran merebut harta ibu bapa ialah anak-anak yang durhaka, tidak berakhlak dan semoga cepat bertaubat kembali ke pangkal jalan.


Terima kasih kerana sudi membaca.

14 comments:

NM02 said...

jasa ibu tiada bandingannya

Rozuan Ismail said...

nice story

hargai ibu anda selagi mereka masih hidup

Dda Ly said...

sebab tu selagi ibu ada, kite kene jaga hatinya sebaik mungkin kan kan?:)

meh ke rumah..
~little newborn~
keep in touch ye..♥♥♥

Cik Sue said...

syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D

mas saari said...

salam singgah n follow!
memang sedih bila bercerita tentang ibu jadi hargailah ibu kita selagi dia masih ada..

ilham_un said...

ibu engkau ratu hatiku..:)

Diari-Selebriti-Mama said...

selamat berkenalan.
singgah dari segmen BA n terus follow kamu ^^

semoga ibumu dirahmati Allah.amin
sayang tak sempat nak join segmen ibu

jemputlah singgah
http://mamaglamdiva.blogspot.com/2011/03/love-sweetheart-ben-ashaari-vs-arnold.html

secangkir madu merah said...

sedeh pabila bercerita tentang ibu kan?... alhamdulillah sekurang2nya mamawana sempat berbakti dan memberi kasih sayang yg sewajarnya kpd ibumu, Al-Fatihah...

mamawana said...

Assalam All,

NM02.. tq for visiting here

Rozuan Ismail.. sama2 kiter menghargai dan mendoakan utk mrk..Ins'allah

Dda Ly.. yeap.. selagi mrk hidup..bila tiada baru lah tebal oenyesalan demi penyesalan dihati kita...tq

mamawana said...

Cik Sue... Mas Saari

Benar sekali..hargai selagi mereka ada. bila tiada banyakkan doa demi doa utk mrk...

mamawana said...

ilham un, nice dropping by here..tq.

mamawana said...

Dia Celebriti mama.. Tq for dropping by... Will visit u soon.

mamawana said...

Secangkirmadumerah... tak terbalas jasa ibu sebenarnya.. banyak lagi dan lagi.... yg tak terbalas.

ummu said...

assalamualaikum mamawana
kasih ibu kasih sejati
kasih bapa kasih mulia
tanpa ibubapa
tidalah kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...