Saturday, March 5, 2011

Pokok Petai Menangis - Khurafat


Assalam,


Gempak tu citer bila pokok petai menangis. Lagi nak menangis bila orang ramai dok pi percaya dan puja2 dgn harapan pokok petai itu memberi sesuatu (sesuatu amaran?! atas kedunguan manusia akhir zaman) Pokok petai itu memang bermenafaat, bleh jadi sumber rezeki, buah petai tu sedap dimasak sambal tumis, harga petai semakin meningkat dari sehari ke sehari. Tapi orang ramai yg datang ada yg menadah air yg keluar dari batang pokok petai itu. Biak pi laa depa nak buat apa pun. nak minum ka, nak jampi ka, sakit sendiri tanggung laa. Bleh ka kata gitu? Haishh..ni tak bleh dibuat main main, jgn sampai sembah2, puja2 pokok. Yg beragama Islam memang dilarang keras kpd mempercayai sesuatu itu buleh mendatangkan menafaat atau mudharat selain drpd Allah swt. Ya lah, semua dgn izin Allah swt. kalu yg buruk itu berlaku adalah atas pilihan dan tindakan diri sendiri. Usaha yg baik dibalas baik. kalu dok wat kalut sana sini, menipu sana sini , amik kesempatan sana sini,memang cari nahas laaa. Macam mama selalu terima emel surat berantai suruh buat salinan 20 keping pi hantaq kat kawan2 risalah2 zikir, kalu tak buat akan ditimpa bala dlm beberapa hari. Mula2 dulu percaya bulat2, kalut, seriau sampai mempengaruhi fokus kerja kita. laa ni wat donno jer bila terima emel2 lagu tu. Kononnya tentang wasiat seorang penjaga Maqam Rasul s.a.w. La ni, dlm sms pun depa dok hantaq mesej berantai gini. Silakan baca seterusnya .......

Jawapan Shaykh Dr Yusuf al-Qaradawi:
Ramai orang tertanya-tanya tentangg wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu. Wasiat ini dikaitkan dengan seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad, pemegang kunci makam RasuluLlah s.a.w. Jika kita bertanya kepada penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya, kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya al-Qur`an dengan jelas telah menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada al-Qur`an dan Sunnah, kedua-duanya sudah lebih daripada mencukupi. ALlah berfirman dalam al-Ma`idah:
"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke atasmu nikmat-Ku serta Aku ridha Islam sebagai agamamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan dilengkapkan oleh ALlah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu. Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut. Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab ALLAH dan sunah Rasul-Nya.
Manusia tidak pernah menerima perintah seperti "sesiapa yang membaca Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah". Maka bagaimana pula dengan wasiat yang khurafat ini? Perkara ini tentulah tidak dapat diterima oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si-fulan dari negeri tertentu yang menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan org2 Islam dari jalan yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunnah alam dan konsep sebab dan musabab yang telah dijadikan ALlah sebagai undang-undang alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada perkara-perkara khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat syafa'at khusus daripada RasuluLlah s.a.w. Sesungguhnya syafa'at RasuluLlah adalah untuk orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis:

Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada ALlah" dengan penuh keikhlasan hatinya.
Kita memohon kepada ALlah memberikan kefahaman yang benar tentang urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Hang dah pi ka nonton filem Khurafat? Dah banyak sgt orang dok bercerita, sampai mama rasa takyah nonton laa, dah tau dah ending dia. Yang jahat dibalas jahat, yang baik dibalas baik. Toksah dok kesah dgn hal2 jampi dukun, bomoh khurafat nih...Syirik you.

4 comments:

kakcik said...

Kalau perkara khurafat, mudah sahaja orang percaya, kalau berkaitan sunnah, saja2 buat lupa.... :(

Eyra Rizal: Your MUA said...

BASIC TO ADVANCE MAKEUP CLASS BY: EYRA RIZAL

VENUE 1: SHAH ALAM
DATE: 26TH MARCH 2011
FEES: RM350/PERSON

VENUE 2: JB
DATE: 17TH APRIL 2011
FEES: RM350/PERSON

VENUE 3:
SABAH
DATE: 24TH APRIL 2011
FEES: RM400/PERSON



SYLLABUS:

**INTRODUCTION TO PRODUCTS & TOOLS
**ANALYZING SKIN TYPES/COLORS & SHAPES
**FOUNDATION TYPES & COLORS WHICH SUITS THE SKIN
**SHADING & CONTOURING
**EYEBROW SHAPING
**2 BASIC EYESHADOW TECHNIQUES
**MORE TIPS & TRICKS WILL BE REVEALED DURING THE CLASS

HOW TO REGISTER??
SMS : [FULL NAME] space [IC NUMBER] space [VENUE] space [DATE] to 016-2128740

and kindly bank in your deposit payment RM200 to maybank account:
1580 8830 5272 (NORSHAHIRA SHAHRIZAL)

***** LAST REGISTRATION FOR SHAH ALAM : 25TH MARCH 2011
*****LAST REGISTRATION FOR JB : 13TH APRIL 2011
*****LAST REGISTRATTION FOR SABAH : 15TH APRIL 2011

MUA/MAKEUP INSTRUCTOR: EYRA RIZAL
ASSITANT: RIRIEY . N ( junior MUA)

nurayunni said...

buat dosa je prcye bnde2 mcm nie...

Dama-Ulan said...

Salam...

Qarim merupakan mahluk dari katagori Jin.
Kebiasaaannya Qarim inilah yg digunakan manusia sebagai pendamping atau lebih senang sebagai "hantu raya" krn wajah dan rupa Qarim ini sama seperti diri kita. Qarim ditugaskan utk melalaikan manusia maka wajib bagi kita utk mengislamkan Qarim kita.

Selain dr Qarim manusia juga mempunyai satu lagi Jin yg dikenali sebagai Hafazal yg sentiasa mendorong kita kpd jln kebaikan...

Sekain, wallahualam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...