Wednesday, March 16, 2011

Letusan Gunung Berapi, Gempa & Tsunami Jepun



Bismillah,

Jepun bakal hadapi letusan gunung berapi susulan gempa bumi dan tsunami??

Untuk Renungan - Peringantan Bagi Kaum Yang Beriman,

Surah al-Ahqaf ayat 24 dan 25 yang bermaksud: Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang melanda ke lembah-lembah mereka, mereka berkata, ``Ini inilah awan yang membawa hujan kepada kita.' (Mendengarkan kata-kata yang demikian Nabi Hud a.s. berkata), ``Tidak, bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan iaitu azab yang tidak terperi sakitnya.

``Yang menghancurleburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka mereka menjadi (punah-ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikian Kami membalas kaum yang berdosa''. Sementara itu, dalam kitab Jam'ul Fawaid karangan ulama Muhammad Muhammad Az Zubaidi pula menukilkan hadis berikut: Hazrat Nadhar bin Abdullah r.a. menceritakan: ``Pada suatu ketika semasa hayat Hazrat Anas, cuaca menjadi sangat gelap pada waktu siang. Saya pergi menziarahi beliau dan bertanya, ``Adakah peristiwa seumpama ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah? Beliau menjawab: ``Aku berlindung dengan Allah s.w.t.

``Pada zaman Rasulullah apabila angin bertiup kencang daripada biasa maka kami terus berlari ke masjid kerana takut berlaku kiamat.'' Seorang lagi sahabat, Hazrat Abu Darda r.a. menerangkan, ``Menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w. apabila berlaku ribut, baginda akan masuk ke masjid dengan perasaan bimbang.'' Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sendiri akan berada di dalam masjid sekiranya terdapat kemungkinan bencana berlaku. Radiasi dan bagaimana dgn hujan asid. Adakah ia berkaitan?

Justeru, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada bencana yang melanda dengan memperbanyakkan taubat, istighfar dan solat di samping menunaikan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Let us pray together - Hayya alassolah.......

1 comment:

intan.maisarah said...

doakan yang terbaik untuk mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...