Monday, March 28, 2011

Dah sampai ke Bollywood, Titanic ....


Assalam,

Sekembali dari opis petang itu, hujan renyai2 mampu membasahkan tudung Lycra ungu berbunga halus. Tangan kurus memegang sekeping akhbar Kosmo cuba menutupi kepala menghalang tempias hujan membasahi wajah yang kepenatan. Berlari dan berlari lagi. Spt anak kucing kebasahan terloncat-loncat di antara becak jalan yang berlubang di sana sini, terus menuju bawah apartment. Hmmm... Cepat. belum solat asar lagi di opis tadi. Jam dah menunjukkan pukul 6.15 ptg. Sat lagi mughrib menjelma.

Zup... zap... zuzap... masuk ke dalam lift. Kenapa saat keletihan, kesibukan ini mata begitu berat untuk membersihkan diri, bersuci dan mengadap ilahi dalam solat asar yang kian di penghujung. Cepatin. Enaknya andai dapat menghenyakkan diri di atas tilam empuk atau sofa yang dah senget di ruang tamu itu. Membaringkan badan sambil memejamkan mata dan biarkan renyai hujan terus bernnyanyi di luar sana. Asyik...andai dapat berehat dari kepenatan yang terlampau ini.

Ayuh...solat. Selesai berwudhu dan mengenakan telekung putih bersulam bunga ros merah jambu. Usalli...... AlFatihah. Satu per satu, patah demi patah surah Al Fatihah meluncur dari bibir halus kecil itu. Tiba kotak fikir menerawang teringatkan sebuah hadis.....

‘Sesungguhnya (kata Abu Hurairah (r.a) lagi) aku mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: ‘Telah berfirman Allah (a.w): ‘Membahagi Aku (Allah) [al-Fatihah dalam] solat itu satu bahagian untukKu dan satu bahagian lagi untuk hambaKu apa-apa hambaKu minta (aku kabulkan)’. Bersabda Rasulullah (s.a.w) lagi: ‘Bacalah oleh kamu.

Apabila dibaca oleh seseorang (hamba Allah (a.w)) ‘Alhamdu-lillahi-rabbil-‘alamiin’ [Maksud: Segala puji-pujian bagi Allah (a.w) Tuhan seluruh ‘alam], berfirman Allah (a.w) ‘Memuji hambaKu padaKu’;

Apabila hambaNya baca ‘Ar-Rahmanir-Rahim’ [Maksud: Tuhan yang maha pengasih lagi penyayang], berfirman Allah (a.w) ‘Memuji sekali lagi hambaKu padaKu’;

Apabila dibaca hambanya ‘Iiya kana’-budu wa-iya kanas-taa’in’ [Maksud: Kepada Engkau (Allah) aku menyembah dan kepada Engkau (Allah) aku meminta pertolongan], berfirman Allah (a.w) ‘Maka adapun ini ayat adalah antara Aku (Allah) dan hamba-hambaKu, dan apa-apa yang diminta oleh hambaKu’;

Apabila dibaca oleh hambaNya ‘Ikhdinas-syiratal-mustakim @ syiratal-lazina an’amta ‘alaihim ngairil magh-dhubi ‘alaihim walad dhollin’ [Maksud: Tunjukkanlah kepadaku jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau (Allah) kurniakan ni’matMu ke atas mereka, bukanlah (jalan-jalan) orang-orang yang Engkau (Allah) murkai akan mereka (seperti kaum Yahudi) dan (bukan) orang-orang yang sesat (seperti kaum Nesrani)’; maka demikian kalimah bagi hambaKu dan bagi hambaKu, Aku (Allah) perkenankan apa-apa yang dimintanya.’ [Hadith sahih an-Nasa’i]

Ya Allah, tunjukkan dan tetapkanlah hati-hati kami dan langkah2 kaki kami ke jalan orang2 yang baik-baik, Yang jujur, yang ikhlas, yang merendah diri dan kembali bersama orang2 solleh.

Terus ruku', iktidal dan sujud. "Tadi aku terlupa mana ku letak kunci rumah? Haiishh, mana anakku ini? Kenapa duduk diam dalam bilik aje. Apa dia buat dalam bilik tu senyap2? Tengok video ker? Dah mandi ke belum ker dia?.

Bangun dari sujud, berdiri tegak. Alfatihah lagi. "Ikan siakap dalam peti ais tu nak masak apa ya? Belum dikeluarkan dari freezer lagi. Keras tuuu.. Susah, lambat ler nak masak nih. Rukuk...Sujud lagi. "Kat opis tadi report tak siap lagi. Banyak lagi balance sheet yang tak siap, Income Statement Company tu tak sempat print tadi. Sujud. Bangun berdiri tegak. Al Fatihah...patah demi patah perkataan tersusun rapi. Teringat iklan shampoo Kajol, kejap Kareena Kapoor kat TV, kat Astro. Shampoo utk kelumumur. Cantiknyer muka Kareena Kapoor.

Tahyat akhir..........Malam minggu lepas sempat jugak nengok Titanic midnight kat TV. Titanic cerita lama bukan yang Leonardo Caprio berlakun tu. Artis 70an kut. Cantik night gown dia. Hiisshhh.....Assalaamualaikumwarahmatullahiwabarokaatuh..

Masya allah. Aku dah selesai solat Asar. Berapa rokaat tadi aku buat? Tiga rokaat ke empat Rokaat?. Ya Allah. Aku terlupa. Aku terlalai. Astagfirullahil aziiim. Aku bertaubat kepadamu Ya Allah. lalainya aku niiiih...




Maka Celakalah Bagi Orang Yang Solat!

فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ (٤)

ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ (٥)

-maka celakalah bagi orang yang solat(5). (yaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya(6).

Al-Ma’un 4-5

9 peringkat manusia terhadap sembahyang

  1. Umat islam yang sudah tidak sembahyang, golongan ini berdasarkan sebuah hadis “jatuh menjadi kafir”.
  2. Umat islam yang mengejarkan ibadat sembahyang secara jahil. Golongan ini tertolak ibadahnya dan berada di dalam dosa dan derhaka.
  3. Golongan yang mengejarkan solat, faham ilmu solat, tapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, solat tidak istiqamah, kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak ini adalah Golongan fasik

  4. Golongan yang mengejarkan ibadah solat walaupun ilmunya tepat tapi waktu mengejarkan solat tidak khusyuk, fikiran tidak sepenuhnya dengan solat Ini adalah Golongan Yang Lalai.

  5. Golongan yang mengejarkan ibadah sembahyang sentiasa tarik tali antara mengingati bacaan sembahyang atau tidak. Mereka adalah golongan yang lemah iaitu tahap mujahadah.

  6. Golongan yang mengejarkan ibadah solat bertepatan dengan ilmunya tetapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah golongan “awwamul muslimin”

  7. Golongan yang mengejarkan ibadah solat selain ilmunya tepat, setiap bacaan difahami sehingga tidak teringat perkara-perkara di luar sembahyangnya. Ini adalah golongan orang yang “ Soleh, Abrar, Al-Faizun atau Al-Muflihun, Ashabul Yamin.

  8. Golongan ini sama dengan golongan yang ke-7, tetapi setiap perkataan yang dibacanya dapat difikirkan dan dijiwai oleh hatinya. Inilah golonganMuqarrabin (golongan yang dekat dengan Tuhan).

  9. Golongan ini selain dapat memahami setiap apa yang dibaca dalam solat, dijiwai sungguh-sungguh sehingga asyik dan tenggelam mabuk dengan Tuhannya, samada mabuk takut atau mabuk rindu dengan hingga alam di sekelilingnya tidak disedari lagi. Ini adalah golongan “As-Siddiqin”


Jom, sama sama kita renungkan. Yang berhuruf condong mama petik dari blog /Google. Cari kembali tuanpunya blog tak jumpa. Mohon share di sini. Fikir-fikri, renung=renung ke dalam diri. Ada jalannya. Masih sempat memperbaiki Jalan Pulang. InsyaAllah.



35 comments:

zino said...

kadang kala kita lalai.. sibuk dengan dunia...

Abhamz said...

salam, susah nak 100% khusyuk dalam solat, t kasih atas tazkirah yang menarik ni.

MOKCIK AZWA said...

Malu mokcik...cerita diatas terkena batang hidung sendiri.. trimas atas perkongsiannya..

Nida said...

Allah tidak pernah lupakan kita.. tapi kita sering lalai dalam mengingati Allah.. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku...

secangkir madu merah said...

alhamdulillah..terimakasih mamawana..aku juga manusia yg selalu leka dan lalai, selalu mengingati dunia tatkala didalam solat...YA ALLAH ampunilah aku...

abuikhwan said...

terima kasih, pencerahan yang amat bermanfaat...sebagai satu muhasabah buat saya yang juga sentiasa lalai...

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear mamawana:)

memang sukar nak betul2 kusyuk dalam solat kan...lemahnya manusia yang kerdil ini...

pak long said...

salam...
ent3 yg cukup berilmiah....moga ia memberikan pertunjuk buat diri ini..terimaa kasih buat tuan umah.

ummu said...

assalamualaikum mamawana
terima kasih atas perkongsian mama ini.menyedarkan diri yang lalalai ini

sal said...

terikash mamawana di atas tazkirah itu..moga barakah...

maiyah said...

assalam..
trm ksh berkongsi.. bertmbh ilmu lg ;)

puteraduyong said...

syaitan tidak pernah jemu melalaikan kita walaupun dalam solat...

nelly said...

Yeah !
entri yang bagus !!

Dda Ly said...

ya Allah..saye pon selalu lalai..:( thanks for reminding..:)

kak ina kl (2) said...

akak pun pernah lalai..semuga kita sentiasa khusyuk kepadanya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kalau solat sorang2 ada gak kena cam tu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bila saya teringat pesanan Ustazah Fatma Zahra bahawa sia2 solat jika dlm solat teringat benda2 lain.. saya pun naik takut Mamawana.. apatah lg bila dah elok2 bertelekung, tetiba anak menjerit nak itu nak ini.. hilang fokus rasanya.

inaku79 said...

semoga kita semua termasuk dlm golongan no 7,8,9. Tp kena la usaha ke arah itu kan. terima kasih mama sudi share pasal ni... ingat mengingati dan nasihat menasihati itu adalah dituntut...

mamawana said...

Assalam All...Zino and Abhamz..
Sbg manusia kita selalu terlalai...moga kembali pd jln yg bener...

mamawana said...

Salam caiyang MokCik Azwa and Nida..

Kita selalu terlalai namun kita selalu memohon keampunannya. Dia Mha Pengampun..

mamawana said...

Secangkirmadumerah..

Lalai, bimbang, takut pd Allah. Itu sifat org beriman.

mamawana said...

AbuIkhwan dan Pn Kartini

Moga kita selalu muhasabah diri. Insya allah.

mamawana said...

Tq Pak Long visit here. ingat mengingati. Manusia mudah lupa dan lalai.

mamawana said...

Salam caiyang Ummu and Sal..

Sama2 kita ingat mengingati. Bimbang diri ini selalu terlalai.

mamawana said...

Tq caiyang maiyah. Visit sini sama2 kita berkongsi mana yg baik.

mamawana said...

PuteraDuyong...Nelly..

Memang manusia selalu digoda dan kita yg kena berjaga2, jaga diri, jaga iman yg selalu digoda.

mamawana said...

Assalm Dda Ly and kak Ina KL..

Welkam darling....manusia mudah lupa mudah lalai..sob3

mamawana said...

Lydia Miza...kita selalu digoda duniawi.

mamawana said...

Miss Mirror... kena terus fokur...dugaan tuu

mamawana said...

Salam caiyang inaku79,

Tq sudi baca entri ini. Sama2 kita ingat mengingati.

kakpah said...

salam pagi mamawana,
ingat mengingati adalah satu amalan suci.
iman manusia seperti belon. Lama-lama dia kempis kalau tidak diisi angin. kena tiup selalu.
Tkasih.

sarah-najwan said...

tenkiu krn perkongsian ilmu ini
kdg2 saya pun xkushuk..

mamawana said...

Assalam kakpah,

Sama2 kita....kekadang iman cam belon kekadang iman cam kerdip api dian...semoga kita sama2 kusyuk dlm ibadah.

mamawana said...

Assalam sarah najwan..welkam sweetie

ibuintan said...

assalam Mamawana,

tk, perkongsian ilmu yg bernilai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...