Sunday, February 13, 2011

Sebelum Aku Terleka


Sebelum aku terleka



Sebelum aku terleka
Lupa diri dan terarah ke laluan kelam
Setelah perjalanan subuh yang terlepas
Cahaya Dhuha menanti...sambil menangis
Di mana aku
Sempatkah mengejar wirid
Sebelum zohor
Hadir diri tertaubat
di atas sejadah
Dan waktu asar kita ulang lagi
Tertaubat dan bertaubat

Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan lancarkanlah lidahku serta mudahkanlah urusanku
Ya Allah aku menganiaya diri sendiri, ampunilah aku
Ya Allah aku menganiaya diri sendiri, ampunilah aku
Ya Tuhan lepaskanlah aku dari kaum yang zalim


"Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan bagi kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekelian alam."

Sekadar mengingati diri sendiri. Wassalam.



11 comments:

Kamsiah said...

ajarkan aku kerana aku tak pandai...ingatkan aku kerana aku sering terlupa...kejutkan aku andai aku terleka...

Mak Su said...

al-quran byk hikmahnya, bersahabatlah dgn al quran

sayangsayangibu said...

kitab al quran yg tak henti henti di baca umat manusia di seluruh dunia

JunAina said...

assalam...
terima kasih atas perkongsian...ingat dan mengingati.

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia di dalam kerugian.
Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berwasiat dengan kesabaran.

sal said...

cooooool je baca entry mamawana..
kalau fokus ngadap ILAHI mengadu padanya..terasa betapa bahagianya kita...

mamawana said...

Assalam kamsiah,

Sama2 kita seiring jalan. Ins'allah.

mamawana said...

Assalam Mak Su,

Benar sungguh AlQuran itu.

mamawana said...

Assalam caiyang sayang2ibu.,

Ins'allah AlQuran terus dibaca seluruh dunia.

mamawana said...

Assalam JunAina

Indah sekali Demi Masa itu.

mamawana said...

Assalam Sal.,

Sungguh benar, setelah diuji bila kita berserah bertawakkal kpdnya jelas kesabaran itu ada hikmah dan kebahagiannya.

Gimi said...

Salam Maulidur Rasul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...