Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul


Assalam dan Bismillah

Bermula dengan sedikit renungan dan perkongsian pembacaan dari tenet. Tentang Pembinaan akhlak bermula dari hati. Dalam surah asy-Syams ayat 9 hingga 10 yang bermaksud, “Sesungguhnya berjayalah mereka yang membersihkan jiwa dan rugilah mereka yang mengotorkannya.”

Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, "Ia boleh diertikan sebagai beruntunglah mereka yang membersihkan jiwa dengan mentaati Tuhan seperti yang disebutkan oleh Iman Qatadah, serta membersihkan daripada akhlak yang keji lagi hina."

Banyak perkara yang pelik berlaku semasa kelahiran Muhammad. Hasan bin Thabit, penyair Muhammad menceritakan, salah satu daripada tanda itu, katanya, semasa Muhammad lahir, dia berada di Madinah dan umurnya pada masa itu tujuh tahun. Pada hari itu, aku berada dalam majlis orang-orang Yahudi Madinah. Seorang ulama Yahudi memanjat ke atas bumbung rumahnya sambil menjerit kepada semua orang, "Bintang Ahmad muncul di langit." Bintang ini muncul apabila Muhammad dilahirkan. Hasan menyaksikan sendiri peristiwa itu.

Siti Aminah ibu Muhammad bin Abdullah pernah memberitahu, semasa dia mengandungkan Muhammad dia tidak merasa penat ataupun sakit. Menurut sejarah lagi, Muhammad dilahirkan dalam keadaan sujud dan sudah berkhatan. Dan lagi di saat kelahiran Nabi s.a.w.

Itu kesah2 Nabi s.a.w. Bgmn pula Saat sebelum kelahiran anak2ku, zaman remajaku diuliti dgn pelbagai buku2 agama selain buku2 pengajian semasa di UiTM. Dari situ lahirnya pelbaga-bagai ilham utk menghasilkan Cerpen2, Sajak2 di akhbar2 Tabloid ketika itu spt URTV, Mingguan Perdana, Majallah Wanita dll. Ini salah satu karya yg pernah tersiar.



Wana topi putih dgn sepupu2nya Kira, Khairi (kini semua study di UiTM)

Selepas melahirkan, dunia seorang ibu sentiasa sibuk, setiap saat, setiap ketika mata tak lepas pandang daripada menjaga puteri sulong ini. Berpisah hanya jarak rumah dan tempat bertugas. Sambil membesar dgn kenakalannya, lompat sana lompat sini, panjat sana panjat sini. Tak boleh diam nengok aksi fotographer cilik kat bawah ni. Pantang nampak Camera atau videocam abah dia. Semua nak dicuba dan dibelek2....



Tak sangka pulok nak jadi...



Anakanda yang seorang hero nantikan entri seterusnya. Insyaallah. Patutlah kedua anakandaku berjiwa seni. Punyailah jiwa seni yang menggagungkan kebesaran Allah swt. Gambarkanlah hasil karya seni dalam lukisan dan foto-foto yg menggagungkan ciptaanNYA. Salam Maulidurrasul.


Salah satu cara dekatkan anak2 dgn berjemaah/Qiam di mesjid2.



Wassallam.

3 comments:

mamai said...

salam maulidurrasul...semoga semuanya baik selalu

Pn Kartini said...

Salam my lovely mamwana:)

Selamat Menyambut MAulidur Rasul
MOga diberkati di hari nan mulia ini...:):)

Selamat bercuti juga !;)

J.M.R said...

salam maulidurrasul mamawana:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...