Saturday, February 5, 2011

Isteri Lari Ikut Kekasih Lama


KUALA LUMPUR: Pertemuan semula dengan kekasih lama yang dijejak melalui laman sosial facebook menyebabkan seorang isteri hilang pedoman apabila lari meninggalkan suaminya untuk tinggal bersekedudukan dengan bekas teman lelakinya itu.

Lebih mengaibkan, wanita berusia 30-an itu yang membawa bersama anaknya berusia lebih setahun turut menuntut supaya suaminya menceraikannya. Seterusnya baca Isteri ikut Kekasih



Apalah nak jadi dunia ni. Dah tenat nih. Sana sini buang bayi, buang janin, ada pulak isteri lari ikut kekasih, kes nak buang suamilah ni dan ada ibu tak bertanggungjawab, buang ajer ibu camni. bolehker? Kesiankan mereka ni. Sangatlah mengaibkan agama dan bangsa sendiri. Setiap hari baca suratkhabar cerita macam ini, ini dan ini lagi. Naik muak rasanya. Bolehkah kalu tak nak ambil tahu lagi kesah kesah macam nih?

6 comments:

zino said...

singkat nya fikiran dia...

kak Erna said...

mamawana..boleh je..
yang penting kita ingat tuhan..insyaallah selamat..

yahaya said...

tak ingat balasan diakhirat

mamawana said...

Assalm En Zino.,

gerun kan.

mamawana said...

Assalam kak erna,

Kesiankan. Sekadar berkongsi cerita disini. Dulu ada kawan anak mama sorg berumur 16 tahun. Bekas penghuni rumah anak2 yatim bosan dgn janji manis dan janji2 kosong penjaga rumah anak2 yatim tu yg tidak menyambungkan persekolahannya ke peringkat yg lebih tinggi. Dia bijak mencongak kira2. Fedup tak dpt sambung sekolah, dia lari. Pastu jadi kuat merokok dan pergaulan liar. Dia cari bilik dan nak tinggal dgn keluarga mwana. Risau jugak. Sebab dia pernah gugurkan bayi dan sedang hidup dlm buruan bekas kekasih lamanya. Kesian kan dia anak tunggal. Ibubapanya cerai berai. Pengakuannya dia pernah sumbatkan ibu dia dlm penjara. Ibunya bekas GRO ke, pengedar ke.. tak pasti sebab setiap mlm kat nightclub. Ini realiti. Wana masuk U then lost contact dah dgn dia. Mwana hanya solat dan berdoa supaya Allah swt permudahkan urusan hidupnya. Gerun.

mamawana said...

Assalam En Yahaya,

Kasihan. Zaman ni rupa2nya ramai org yg tidak pernah belajar ilmu agama. Belajar pun sikit2 ajer. Setakat alif, ba, ta. Khatam tapi tak solat sebab ibu bapa pun tak solat dgn sempurna. Umat Islam dah macam buih2 dilautan. Hanyut, imannya pecah, berderai. Hmmm.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...