Thursday, February 10, 2011

Hantaran Kahwin Meningkat ke RM20,000 (Minimum)

Assalam dan Bismillah,

Zaman dah berubah. Dunia pun semakin maju. Harga barang2 dari sehari ke sehari kian meningkat tinggi. Seingat mwana semasa mwana seusia 7 tahun, curi-curi dengar perbualan rangtua2 , sebentuk cincin belah rotan emas, hantaran dan belanja hangus seribu serba satu itu wallah...sangat tinggi. Mesti kaya orang yg mampu memberi hantaran sebanyak itu.

Kemudian, hantaran meningkat ke RM3,000-Rm5000 bagi yg berkelulusan SPM. Kalu Degree lagi tinggi. Omak aii...

Dan masakini, hantaran RM10,000 dah macam biasa jer. Kalu setakat seribu serba satu dgn cincin belah rotan haiyooo takda maknanya dah. Zaman ni, setakat SPM pun dah RM10,000. Pelik rasanya. Pelik ka? Macam berlawan2 tinggi rendah hantaran tu.

Bukannya apa. Mwana terfikir2 bulan Feb dan May ini ada 2 anak buah yg akan melansungkan majlis walimatulurus nih. Katering paling murah pun dapat RM13.00 sekepala. Kalu jemputan 1000 jadi RM13,000. Tak termasuk belanja hantaran, pelamin, mak andam. Camner tu? Terus, hantaran belanja setakat RM10,000 zaman ini tak mencukupi. betul ka? Ada cara nak jimat ka? Pengantin tu sendiri berkongsi belanja majlis mereka. Jimat ka? Bijak ka?

Agak2nya takyah catering. Kalu nak jimat, panggil aje orang kampung, jiran2 flat dan jiran tetangga ceruk2 apartment, rukun tetangga tolong masak. Pastu upah hamper seorang sebakul. Tentu lagi jimat kan? Kalu anak2 Datuk Datin, Tan Sri Puan Sri, Pengarah2 boleh ratusan ribu dan jutaan belanja nikah kawin anak2 depa nih. kat Mandarin oriental ka, kat KL Convention Centre ka.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi .” ( Riwayat Bukhari )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ” Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “. ( Riwayat Ahmad )

1. Boleh kah kita sarankan pada para caterer dan wedding planner supaya merendahkan kos belanja majlis perkahwinan yg diuruskan oleh mereka.

2. Bolehkah kita sarankan harga barang2 mentah utk santapan di majlis nikah kawin diberi diskaun?

3. Bolehkah kita kurangkan para jemputan dari 1000 kpd 500 shj.

4. Bolehkah buat majlis jemputan di masa minum petang (hi-tea) sekadar kueh mueh instead of nasi minyak.?

Rakyat jelata buat aje keliling taman perumahan, flat2 atau di dewan masjid yg berhampiran.

Mwana pernah attend majlis walimah yg hanya dijamu kueh akok dan air teh (perut lapor giler masa tu). Mwana pernah hadir majlis walimah yg jemputannya makan dlm talam. Dan pernah juga makan "nasi ambeng" dlm talam di satu jemputan walimah. Majlis kat Dewan orangramai dah biasa, lagi sedap sedap masakan dia.

Hmmm....Hmm..., tak sabar looking forward to the two wedding ceremonies this month.





12 comments:

tomatokering :) said...

tu la .. bnyak nk kena belanja kan .. hurmm .. nak kawenn pon kena tgu lama kumpul duet . hehe

Citarasa Rinduan said...

serba salah..karang buat kecil2 depa kata..kedekut..
em..setuju kata mamawana...kita buat sederhana. berjimat selagi boleh..dahulukan yang wajib...

itu lebih utama..yang penting kebahagian perkahwinan kekal hingga hujung nafas...amin

Kamsiah said...

buat ikut kemampuan la..jgn dok ikut trend..samapi berhutang,bergolok bergadai...pedulikan kata org...

mokwonik said...

sekarang ramai yg terpaksa buat personal loan utk kawen...belum ape2 dah kena menanggung hutang, utk menjunjung tradisi!!

Shafa said...

bab2 belanja kahwin ni toksah la melampau2 mahal. kadang2 ikut sgt kemahuan semua pihak, pengantin gak pengsan lepas kawin. cash takde sbb dah byr hantaran yg tinggi, belanja sepanjang 2 majlis tu lagi...

nurayunni said...

sushkan zaman sekrg nie..kene kumpul duit nak kawin...kalau xkumpul x merase la nak naik atas pelamin..sewa pun dh berape skrg nie..penat je keje kan..

mamawana said...

Assalam,

Salah satu cara berjimat :

Nikah ajer kat masjid dgn jamuan ala kadar.

Kalu teringin sangat naik pelamin:
Belajar buat pelamin sendiri
Belajar make up sendiri
Belajar buat gubahan hantaran sendiri
dan belajar masak lauk kenduri sendiri.

Adikberadik mesti boleh tolong nyer. kalu adik beradik ramai, sorang dilantik jadi Mak Andam, sorang jadi Chef. Jgn boros, duit lebihan PTPTN bleh buat duit kawin. wakakakak. Permisi. Maafin.

sal said...

wah blog berwajah baru..ceria,tak tahan tengok..tahniah..

Pn Kartini said...

Salam my dear mamawana:)

Maaf yaa sis..lama menyepikan diri ni..!Harap akak sihat2 di sana..:)

Sebut pasal hantaran kawin..biarlah berpada2...yang utama ada keberkatan!

Zaitun said...

Ukur baju dibadan sendiri,jangan sampai berhutang,bergolok bergadai.

Tak payah pakai planner ke apa ke benda cuba buat sendiri dan buat seringkas2nya.

sonata anak kancil said...

jimat selagi boleh !

hans said...

buat takat yang termampu jer lah kan

Jom Ramai - Ramai Join 'Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...