Saturday, February 5, 2011

Betul ka Bahasa Menunjukkan Bangsa?

Assalam,

Banyak duri perkara duri
Duri mana duri yang tajam
Banyak budi perkara budi
Budi yang mana dikenang orang?

Banyak duri perkara duri
Tidak sama duri mengkuang
Banyak budi perkara budi
Tidak sama budimu seorang

Kenangkan bahasa jenerasi masakini. Spt contoh dibawah:-

Yo, bro.
Mender lu
Mencik
Lorh
Dowh
Cemart
Leklu
iteww


Banyak lagi perkataan-perkataan SMS dan percakapan harian remaja masakini yang tidak boleh digunakan dalam karangan Bahasa Melayu. Dan jauh sekali dari budi bahasa bangsa Melayu jati. Fikir-fikirkan ke mana bahasa kita ya? Bahasa menunjukkan bangsa.

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Permisi. Wassallam.

6 comments:

Mak Su said...

salam hormat, bahasa kita sudah hilang. ditelan kemodenan yg menghilangkan jati diri :(

kak Erna said...

mamawana..akak selalu cakap ngan anak2 sedara..jangan sms..tak paham..nak apa2 tolong talifon..he he..baru dia tau..

azieazah said...

MAMAWANA:
rasanya isu ini semakin membimbangkan. Saya sendiri pernah juga membuat entri mengenainya, kerana saya pun tak selesa dengan bahasa sebegini. Anak saya kata “bahasa rempit”!


Mesra di Maya Tidak Mesti Harus Mesra di Luar

mamawana said...

Assalam mak Su,

Yep. Bhs yg indah kian menghilang.

mamawana said...

Assalam kak Erna

Mwana pun kadang2 tak faham sms. Bila baca cepat naik darah. Geram...heeee

mamawana said...

Assalam aziezah,

Ya kan. Anak2 selalu gurau dgn mwana bahasa rempit ni. Sekadar ambil tahu tapi tak suka mereka amalkan. Bak kata peribahasa Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Bukan hipokrit sekadar menyesuaikan diri dgn keadaan kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...