Sunday, January 30, 2011

Mama Buat Apa tu? Intai2 Blog? Promote Blog Eh?


Assalam, Bismillah dan salam kasih untuk semua pembaca,

Sahaja aku berkongsi cerita semalamhari, (hihi...macam niat puasa jer). Layan... Minggu lepas, mama teringin nak makan laksa, tapi bahan2 takda. So, cari2 dlm peti ais, adalah, seketul ikan tenggiri dan dua ketul ikan selar, nasib baik ada bunga kantan, daun kesum seikat dibeli sejak minggu lepas. Tak cukup, tak cukup tu. Biasa mesti ada ikan kembong dan ikan sardin ka utk masak laksa style mama. Hmmm.. Fikir punya fikir, ada 2 ketul kiub tomyam dlm peti ais. Apakata campur semua biaq pi rasa apa. Kita balun ajer noo. Terus, operasi mengasingkan tulang dan isi ikan tenggiri dgn ikan selar, takyah blend. Masuk semua dlm periuk rebus bersama air secukupnya dgn sesenduk cili boh. Jgn lupa garam dan gula. Masak hingga menggelagak dan masukkan 2-3 asam keping dan paste Udang jgn lupa. Hasilnya spt foto di atas. Ingatkan tak sedap... Anak mama makan bertambah-tambah, tak berhenti plak. Rasa macam asam laksa. Kira okeyler tuuu.... Dan semalam sempat lagi masak kuah tomyam asam tapi bubuh ikan senangin dua tiga ketul. Buat lauk makan tengahari. Gambar tak sempat ambil dah habis.

Sedar tak sedar, seminggu berlalu tanpa entri baru, last post pada minggu lepas. Selalunya selepas isya, sambil nonton TV boleh layan blog. Tapi disebabkan cuaca redup dan sejuk, mata pun rasa kuyu ajer tak boleh nak aktif kat blog. Apa apa pun sempat jadi silent reader dan singgah bagi salam sana sini. Sekarang musim batuk dan sakit tekak kan? Anak mama seorg dah terdemam, badan panas 39C dan sudah dibawa ke klinik utk rawatan. Alhamdulillah, dah reda sikit. Anak mama yg sulong Wana cuti mid-sem UiTM, baru sampai rumah petang Sabtu semalam. RIndu ngan mama dan adik dia tuu. Sampai2 ajer , masuk pintu rumah, terus terkam mama yg baru habis bagi Salam solat Asar. Chuppp...cuppp..chhuuuuppp...muah...muaaahhhh dia kiss kiri kanan pipi mama. Hehe...jgn jeles.

Teringat lagi mwana's 1st GiveAway, ada masa lagi sayang. Esok 31hb last day. Jom join, alaaa masuk jer gambar apa2 dgn caption lucu dan menarik. Kalu gambar tak lucu tapi caption lucu dan menarik boleh diterima. Kalu gambar lucu dgn kata lucu dan menarik lagi2 laa boleh ada peluang memenangi hadiah2 yg disediakan. Mama tengok semua perempuan sebab hadiah2 dia pun feminine. Cuma ada satu tie-pin seswai untuk lelaki. Tak kisah laa rezeki siapa siapa pun boleh.

Terus, mama baca kat blog Ida yang nak bercuti2 sementara dari berblog. Semoga dipermudahkan segala urusan ya Ida sayangku. Dan Tahniah kepada Yatie sempena followers ke 1000. Blogging lagi sampai ke blog JAI Teratakarmo, blogwalking lagi sampai ke fieda ada contest Cute Specky Wow. Jom jln2 lagi, sampai ke Hana's Family ada Pau Keledek rebus...nyummy..nyummy... Kemudian ke Lembutnya Lidah kesah pot pet2 menganyam ketupat, BN menang di Tenang cek it out di blog eyriqazz Terus ka, blog CikEpal ada photoshoot dgn photographer. Wana anak mama photogurl, kalu gi shooting mana2, mama ler jadi model tanpa makeup ...ihiikkks. Tak caya ker? Model yg tak cun, jom nengok...



(Jgn perasan terlebey sudaaa...tayang muka no eye shadow no lipstick sebab takdak sapa nak sponsor makeup hohoho, nak sonyum pun takleh senyom lotih den,latest picture taken December 2010)

Pagi ni jam 10.55 pagi ada pengunjung dari UK, France dan Russia. Faham ker deme bila singgahke blog mwana. Ada satu entri jer yg berbahasa Inggeris kat blog mama. Mungkin depa singgah situ kut... There is Always Tomorrow Jom, baca-baca.

LOKASIUNIK
MALAYSIA70%
UNITED KINGDOM10%
FRANCE10%
RUSSIAN FEDERATION10%
Sekian, Permisi. Wassalam.




8 comments:

eT said...

gambar muka letih eh...
tp tang topi tu mahal gayanyer tuh...huhu

sal said...

berkenan tengok pic tuh...senyum melerek..ayu gitu

kak Erna said...

mamawana..akak tengok mulanya tadi ingatkan mee rebus..
rupanya laksa ye..tapi..nampak sedap..kalau anak dah makan bertmbah..memang sedap..

Centado said...

promote blog camane tu mamawana?
:)

sw33tdarling said...

wahh panjangnya entry, mcm2 cerita keluar.. tp resepi 'asal boleh' tu mmg mantop!! suka gak saya main campak2 jer apa2 bahan yang ada... kekekeke

eqbalzack said...

my fav laksa kat atas tu...pergghh! sedap!

secangkir madu merah said...

sedap nampaknya laksa tu... dan cantik juga gambar sipembuat laksa itu....

noorafzan said...

laksa..nak silit..heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...