Saturday, January 22, 2011

Ada Hantu - Siapa Berani?


Assalam..

Kisah2 silam yg membuat minda terfikir2, sesekali termenung apakah benda2, makhluk2 yg pernah ku temui/kenali/alami itu manusia atau makhluk2 paranormal bukan paranoid yer. Ada berani, sambil baca blog ini, di kala bulan mengambang di malam sunyi sepi. Tiada insan di sekeliling menemani. jangan pandang belakang, jangan sesekali bermain congkak di tengah malam, jangan mengusik menyakat nyakat nanti Hantu Mak Limah balik ke rumah anda. Hihihi

Fuh...kiri...fuh kanan...berkat doa Baginda Ali...

Sebelum meneruskan perjalanan cerita cerita misteri pastikan bekalan ilmu di dada mencukupi. Jangan lupa pendinding diri hafazan Ayatul Qursi

Suatu hari selesai Grup Study @ diskusi dgn teman2 di salah satu fakulti di UM, petang minggu sengaja2 melewat2kan solat asar konon nak siapkan assignment bersama teman2. Jam 6.30 ptg baru tergerak nak tamatkan sesi study ptg itu dan kembali aje ke rumah masing2. Tapi apa2pun solat asar dulu di surau, berdekatan kantin tak jauh dari Dewan Tuanku Canselor UM. (maaf kalu tersilap sebut nama dewan tu). Kami bertiga, seorg uzur, so berdua aje yg masuk ke toilet utk menyahut panggilan alam.

Aku masuk dulu, sambil bersembang2 dgn kawan lagi sorang tu. Then, kwn mohon diri ke surau dulu. Aku yg sakit perut relax senang hati duk sorg2 dlm toilet hampir 15 minit. Sambil2 tu terdengar pintu toilet terkuak, keluar masuk, keluar masuk, ramainyer org masuk toilet waktu ini, fikir ku. Oo...mungkin ada grup study lain yg tumpang solat dan singgah toilet ni juga. Aku senang hati buat urusan sendiri. Pintu terus terkuak buka katup buka katup ramainyer femes ler toilet nih. Selesai, bersuci , aku keluar. Sampai ke singki, terfikir2 mana pergi semua org tadi bunyi tapak kaki, pintu terkuak kuar masuk, macam ramai org. Now, Sunyiiiii....naper sunyiii...What happen?

Naper sepi... aku sorg jer dlm toilet tu. Aku ambil wudhu dlm toilet. Tetiba meremang bulu roma kedua2 tgn, meremang bulu tengkuk. Haip...Ya Allah... aku nak berwudhu ni. Jgn kacau aku. Tapi, tak jadi wudhu. terus blah turun lari ke surau. Ya Rabbi, sunyi nyer bangunan tu. Sorang pun takdak. meloncat masuk surau. Kwn ku sorg yg uzur duduk diam menunggu yg sorg sedang solat. nasib bek ada tempat wudhu dlm surau tu. Terus ke paip amik air sembahyang dan solat. Selesai assalamualaikum. Dua rakan ku tu langsung tak bersuara. Cepat2 , segera pakai tudung. Cabut kuar dari surau diikuti kedua rakan ku.

Sambil menuju ke keretaku, aku menoleh ke belakang. Hampir waktu mughrib dah, seram menoleh kebelakang melihat bangunan yg suram. Walhal semasa aku dlm toilet tu, bukan main meriah tapak kaki dan kuak pintu macam beratus ratus org kuar masuk tandas. Huhuhu. Start jer enjin kereta terus meluncur laju tak toleh dah kat belakang. Then, barulah kwnku 2 org tu bersuara, mrk pun terasa spt yg aku rasa. Yg uzur menunggu di surau bagi tahu, dia terdengar seolah2 ramainyer tapak kasut, bunyi tapak kaki di luar surau tapi tak masuk2 ke dlm surau. Kwn ku yg kedua pun cakap rasa seram sejuk. Aku pula, sah ramainyer makhluk halus tumpang solat kat surau itu gamaknyer. Hingga kini peristiwa itu ku rasakan spt baru semlm aje berlaku. Kalu anda bagaimana pula?

Insiden lain. Suatu mlm tengah driving dgn seorg kawan. Di Alor Gajah kat Simpang Empat arah ke Taboh Naning. Along the way, tetiba ternampak 3 org perempuan berambut panjang sampai ke lutut, berjalan sehala kereta kami di seberang jalan . Mulut aku lancar bercakap. "Aiikkk...mlm2 gini org kg, pempuan kg ni jalan tak pakai tudung satu hal, tak sejuk ker, jalan tengah2 malam buta?. Jln pun macam tak jejak tanah ajer...... heppp...aku terus terdiam sampai ke rumah. Esoknyer kuar gi beli bekfas lalu semula kat kwsan jumpa 3 org pempuan semlm. Emakkkkkk....... memang ada kubur lama kat situuuu....... Terkedu.

Nak citer lagi,? Cerita..cerita...cerita... Masa tu dlm pantang, bersalin anak sulong, baru 2 minggu. Dari petang sampai mughrib ramainyer rakan2 suami isteri bawa keluarga masing2 dtg ziarah nengok aku dan baby baru. Ada pulak kwn2 yg bawak anak kecik umur 4-5 tahun. Emak2 dan budak2 nih duduk dlm bilik. Bapak2 kat luar sembang. Heran aku...budak2 2-3 ekor umur 4-5 tahun tu bolehnak naik atas katil aku lompat2. Emak diaorg relax jer tak tegur suruh turun ker, jgn ganggu acik untie nak baring dgn baby ka.. Aparaaa... Berbulu gak dlm hati nengok bebudak nakal lompat2 atas katil sebelah aku, kurang asam betoi. Jam satu pagi baru depa semua balik. Itupun selepas ibu dan kakakku sediakan dinner utk mrk....rasanyer takdak nasi, mee goreng, bihun goreng dan kueh mueh ajer yg ada. Sang bapak2 pulak sembang berdekah2 kat ruang tamu.

Depa balik baru aku lega nak tidur. baru terlolap tak sampai sejam...tetiba bay aku menjerit meraung , terkejut terpelanting aku aku terjaga dan ternampak setan bongkok kat tepi katil tengah menyeringai kat baby aku. Setan muka berbopeng2 macam sibongkok dari gua hantu tu ada hati nak merangkak gi kat baby aku. menjerit ler aku "SETANNNNNNNNNN!!!!"""" Apalagi ayah dia baru nak terkejut. Aku jerit suruh azan ka bang ka apa shj laa halau hantu tu. Sekelip mata jer setan bongkok tu hilang akhirnya. Hmmmmm.........seram tak. Tak seram pun.. Aku marah kat setan lahanat tu sebab nak kacau baby aku. Alhamdulillah, keadaan kembali normal aku dan baby dapat tidur nyenyak jua.

Sedikit perkongsian, utk menghilangkan rasa takut selalulah berwuduk, membaca fatiha, 4 Qul dan ayatul Qursi bagi mengelak gangguan jin, hantu atau syaitan. Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat. Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan

Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi. Banyak lagi fadilat2 lain yg perlu kita ketahui. "Aku" dlm cerita di atas ialah tuan punyer blog yg penakut. Pernah menggigil2 ketakutan rasa nak terkucil, tetapi berkat amalan ayat2 suci AlQuran membantu menjadikan diri lebih stabil berfikir dan bertindak . Segalanya datang dari Allah swt.

Jika anda adalah seorang yang penakut dan lemah semangat, kontrollah perasaan takut itu hingga sampai kemuncak takut iaitu menggigil dan berpeluh dan kadang-kadang sehingga terkencing. Jangan pejam mata dan bernekadlah menunggu untuk hadapi apa saja sambil berzikir sehingga peluh atau gigil berhenti dan insyaallah selepas itu anda bukan seorang penakut lagi.

Ada cerita2 yg nak dikongsikan? Sila lah komen asal memberi pengajaran dan mendekatkan diri kita dgn Tuhan Rabbul Jalil.

16 comments:

zino said...

kalau dalam toilet memang tempat dia pun hehe

Nida said...

Nida pernah alami satu peristiwa seram dulu.. bila teringat balik mesti bulu roma ni berdiri... serrrraaammm

Kamsiah said...

kak
walaupun kita hafal mcm2 ayat...tp jika betul2 terjumpa makhluk tu...lidah kelu,jd blurr..satu apa pun lupa hehe...

mamawana said...

Betul tu En Zino, tu yg kena baca doa masuk toilet.

mamawana said...

Nida, betul kan. rasanyer semua org pernah mengalaminyer. Ada gak rakan2 mwana yg mendakwa boleh melihat makhluk2 tu... eeeiii seremmm... takmo nampaklah kalu boleh. Shoh..shoh... pi main jauh2...

mamawana said...

Betul tu Kamsiah, hanya hati kecil kita shj yg membaca doa2 tu kan. Zahir terkedu tapi hati dan perasaan letih melawan mrk.

Zaitun said...

Kak Zai pun pernah alami peristiwa menyeramkan,masa lalu kat jalan Tapah Road nak ke Teluk Intan,ternampak seorang perempuan berambut panjang berdiri dekat pokok tengah2 malam.Ingatkan kak Zai sorang aje yang nampak rupanya hubby dan 2 orang anak buah yang ada dalam kereta pun nampak.Dah jauh sikit dari tempat tu baru semua bersuara.

kak Erna said...

salam mamawana..memang betul2 berani..
akak dah tua macam ni pun masih lagi penakut..
nak buat macam apa yang mamawana bagi tau tu pun tak berani..selalu baca ayatul qursi tu.

mamawana said...

Salam caiyang Zaitun

Tqvm sudi singgah. Hmm....agaknyer semua kita ini diberi peluang utk ternampak benda2 tu kan.

mamawana said...

Salam caiyang kakerna

Mwana penakut sebenarnya. Takot takot berani. Dah terjumpa nak wat camner. Takmor r ternampak lagi. Nengok hantu Mak LImah kelakar takpa, kalunengok Khurafat, tak mo r... penonton terkejut terkejut aje. nanti terkucil...ihiiikkss....

KizZ said...

Huhu..
Memang betul..
Kiz hari time kat kolej..ada la
satu kejadian ni,member tu kena rasuk..
pastu kiz bukak yasin kat laptop..
pasang speaker volume kuat ah..
Pastu dia datang kat laptop kiz..
dia tutup yasin tu sambil cakap,panas panas..

Jom sini,
Minum air masak anda jadi sihat dan kuat

sal said...

benda tu ada dimana2 menghuni dunia kita..dia pun makhluk Allah juga yeee.

ayat kursi..saya juga terbaca tentang itu..mekasih krn mengingatkan semula

mamawana said...

Assalam Kizz

Welkam sudi singgah sini.

mamawana said...

Assalam Sal...

Yep betoi tu ramai mcm kita gak kat mukabumi ni. Nampak tak nampak ajer kann..

munna said...

munna pun ada pengalaman nampak benda beola api melompat dari satu pokok ke satu pokok.. mmg seram masa tu... klu boleh mmg taknak nampak benda2 macam ni...

oya said...

mmg x berani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...