Saturday, August 21, 2010

Gambaran akhir zaman....Mereka Yang Lupa Tuhan

Salam Ramadhan....

Sedey mengenangkan di awal Ramadhan ni, macam2 kejadian yg mengaibkan yang tidak diingin semakin berleluasa. Kenapa ya.:-

- Kes buang bayi, Petikan Berita UM : Bayi perempuan ditinggalkan depan rumah. BUKIT MERTAJAM 17 Ogos

Dua remaja mengaku salah buang bayi. MELAKA 16 Ogos - Selepas enam hari ditahan reman, sepasang kekasih mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membuang bayi mereka Rabu lalu.

- kesah suami pijak perut isteri hamil,
- ribut Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin yang menerima rawatan di Hospital Jasin, Melaka, semalam. - bernama JASIN 14 Ogos
- peniaga bazar Ramadhan memukul Urusetia dgn selipar
- tangkap khalwat dan makan minum di hotel

12 ditahan leka minum arak. Oleh JAMLIAH ABDULLAH utusanN9@utusan.com.my. SEBAHAGIAN pengunjung pusat hiburan beragama Islam ditahan kerana meminum minuman keras sekitar Seremban dan Nilai, semalam.SEREMBAN 19 Ogos
- GRO Melayu ditangkap mabuk di kelab2 mlm/pub2
Petikan Berita :

SEREMBAN 19 Ogos – Seramai 12 pengunjung pusat hiburan yang beragama Islam termasuk empat daripada mereka wanita ditahan kerana mengambil minuman keras dalam operasi di sekitar bandar ini dan Nilai malam tadi.

KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang diburu sejak semalam selepas dia menyimbah asid ke atas bekas isteri dan tiga ahli keluarganya yang lain dalam satu serbuan di Hulu Terengganu

Jenayah semakin berleluasa. Inilah gambaran akhir zaman. Manusia sudah tidak takut pada Tuhan. Lebih daring dari zaman jahiliyah dulu. Adakah kesemua mereka itu beragama Islam. ??? Mereka yang lupa Tuhan.? Atau akukah, engkaukah, merekakah..... yang acapkali terlupa dan terleka........Di mana anak dan isterimu. Ibu bapamu. Saudara maramu, adik beradik dan jiran tetanggamu..?

24 comments:

syahbandar87 said...

sepatutnya kita kena takut akan tanda2 akhir zaman yg makin hari makin menyerlah..malah lebih dr itu kita harus takut adalah kiamat keatas diri kita..tak semestinya nk tunggu kiamat besar..sbb esk,atau lusa kita belum tentu lagi hidup.mungkin sahaja ajal telah kita temui tampa sempat bertaubat.nauzubillah..maka bertaubat sepanjang masa itulah yg sebaiknya..bkn sebab kiamat dh dekat,tp sbb kiamat keatas diri kita(mati) sendiri yg sememangnya makin hr makin dkt dan bila2 masa shja boleh terjadi

kak Erna said...

mamawana..tanda2 dah lama diberikan..cuma manusia sahaja yang kurang peka..
sebelum puasa..akak kekedai baju..tengok baju2 siap..semuanya...jarang..tak ada lining mcam dulu2...tapi masih ada yang beli dan pakai...dari situ pun akak dah insaf..

~~zAnAfAhMi~~ said...

salam Ramadhan mamawana...
org takde anak, berusaha nak anak...
baca paper hari tu, 17 ribu lebih anak2 luar nikah...takutnya bila memikirkan.

ibuintan said...

salam mamawana,
memang takut memikirkan keadaan sekarang, manusia seolah2 lupa akan adanya hari pembalasan dan hari kiamat....

anak-anak senang2 saja dibuang macam membuang anak kucing, jenayah bunuh membunuh spt dibuat mainan

ashra said...

salam mamawana.
mmg da jelaskan..tah la.tak faham nape terlalu jahiliah sgt2 mereka2 ni.saya pun baru dapat cerita dari fb.
kalu mamawana baca kat post sy terbaru ni,klik je kat gambo tu,mengucap panjang la..anak2 muda skang smpi tak kenal allah..

moga kita sekeluarga tidak tergolong dlm golongan yang lalai.amin.

mamawana said...

Salam syahbandar..

Ingat mati. Itu yg terbaik dpt memperbaiki iman agar sempat bertaubat. Semoga kita tidak termasuk dlm golongan2 yg lalai.

mamawana said...

Salam kakerna

Betul....Fesyen baju tanpa lining. Dari tahun lepas lagi harga seratus lebih.......sekarang dah murah ikut kualiti kain...

mamawana said...

Salam Zanafahmi...

17000 anak luar nikah.? Maksiat yg lain macam mana pula ya. Minum arak, pelacuran, dadah, rompakan, kaum sejenis etc. Jgn negeri ni diterbalikkan udah. Itu yg kena penuhkan saf2 solat subuh sebelum terlambat. ngeriiii.....

mamawana said...

Salam ibuintan...

sedeyyy kan bila lihat mayat2 bayi disana sini. Kesiannyer. Nengok gambar bayi pun mama rasa nak cium2 pipi baby2 ni. Cammana depa tergamak buang bayi yg suci bersih tu....janin digugurkan, bayi dibunuh dicampak dlm longkang dlm sungai. Budak2 ni yg kena dicampak dlm longkang. Tak malu langsung dgn Allah swt. Aduyai...

mamawana said...

Salam...

Sikit nak kongsi. Sejak 4-5 tahun lalu Mama dah biasa nengok anak2 gadis remaja berkepit dgn boyfren di sekeliling tmn KLCC dan tepian kolam klcc tu. Bila lalu dibelakang mrk yg sedang duduk2 di tepi kolam , mama dapati semua nya pakai seluar jeans , baju pendek dari belakang nampak lurah montot yg gelap tu...depan belakang lurah nyer sama lak tu.. Pakai tudung tapi nampak lurah depan belakang. Ayoyoyo......Astagfirullahilaziim..
Comel2 belaka tapi sayang akhlaknyer tak comel.

kakpah said...

mamawana,
cakkk!!

Poser ke..

alia said...

salam ramadan....sedih tengok mayat bayi yg kena buang

Pn Kartini said...

Salam:)

...........dan hari ini masih ada lagi cerita yang menyedihkan..mayat bayi dgn sewenang2 ditinggal begitu shj setlh didera:(

selamat berbuka yaa mama..:)

Melor said...

tak tau nak kata pa, tapikan semua tu amat menakutkan saya

kak ina kl said...

teruk tul kan..hari-hari ada cerita yang mengaibkan orang islam..malulah pulak..

Kamsiah said...

manusia sekarang berhati kering-tiada rasa cinta,hormat...lbh dasyat lg,tak takutkan TUHAN...

Ummi Humaira said...

SALAM MAMA WANA

RISAU NYA....

MUDAH2AN ALLAH LINDUNGI KELUARGA KITA SEMUA DR GEJALA2 TUUU...

Ibuhani said...

nauzubillahminzalik........smoga kita dilindungi Allah SWT dr ini...

mamawana said...

Salam caiyang kakpah...alia

Camner nak atasi masalah sosial remaja ni yek.

manje said...

salam ramadhan mamawana

tanda2 da makin banyak,
tapi tak semua orang yang
amik tau dan peduli...

hurin said...

salam ramadhan mama dear. perkongsian yg sangat baik kat sini.

hurin yang jadi takut nak berkeluarga, even kita dah cuba jaga anak2 baik macamana pun, bi'ah kelilingnya tidak positif.

cuma berharap, selagi kita mampu menjaga hak2 Allah, Allah akan menjaga pula kita. InsyaAllah. Salam ziarah mama

alia said...

macam2 dah jadi..gejala sosial, masalah politik, rasuah,masalah anak2 remaja,penindasan.haruan mkn anak..rasa dunia dah tak selamat..kiamat pun bagus juga...biar semua dpt balasan setimpal

qaseh mas said...

assalamualaikum mamawana
perkara yang berlaku bagaikan barah..
semoga Allah memelihara kita dan keluarga kita dari bencana musibah ini.
salam ramadhan untuk mamawana,maafkan ummu lantaran tidak mengikuti selalu catatan mama...

tasekM said...

smlm ada lak abg rogol adik2. yg kecik 5 tahun pun dia bubuh gak. haih...


.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...