Saturday, July 3, 2010

Sssssshhhhh....See No Evil, Talk No Evil and Hear No Evil

Suka ehhhhhh.......



Gossip gossip ehhhh...


pot pet pot pet ehhh....


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar
apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat
engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis
diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir
supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Mak pesan jangan ngumpat kita...

Ada mulut yg bau longkang...jgn luper gosok gigi ehhh....


Jangan marer.....hepi hepi lorrr. Yang cemburu jangan cemburu gue.
Maaf ya. Ater dema kawan teman juger, komer jangan cemburu buta,
dema suker kawan dgn kemer.
Komer udah ker makan ubat yg doktor bagi utk penyakit hati tu.....isssshhhhhh
Bebanyok istigfar iyer.

Permisi...

Ni ada soalan cepu emas. Macam mana kita nak bagi tahu seseorg/sahabat yg sensitif
yg dia tu suka mengumpat?? Kalu cakap lemah lembut dia tak faham2.
Kalu cakap direct nanti dia terojun tingkap....takleh terima kenyataan...
Ada cara diplomasi tak?




14 comments:

kak Erna said...

salam mamawana..akak suka betul dua dua post ni..akak nak copy bolih ke..cadang ..nak leminate..untuk peringatan semua..yang dah tua2 ni ha..

mamawana said...

Salam caiyang Erna...

Kelakor ler..sampai nak laminate. Silakan. No problem. Go ahead. Perkongsian ingat mengingati. Semoga bermenafaat utk semua.

Ibuhani said...

mamawana.....hahaha....nasihat yg baik tu....kalau x ada benda yg baik nak ckp baik diam jer kan.....:)

sayangsayangibu said...

heheheh...
walaupun nampak lawak,
tp sungguh bermakna.. ;p

Arianni said...

Salam Mamawana..

Kalau kita mendapati ada keaiban pada diri seorg Muslim dan kita merasa wajib membetulkannya, maka mula2 hendaklah kita mengingatkannya dgn memberi nasihat ketika kita bersendirian bersamanya. Jika kita gagal dlm menasihatinya atau ia tidak mendapat taufik Allah, maka ia merupakan kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri. Lantaran itu jangan menambah satu lagi kekurangan iaitu dgn mendedahkan keaibannya kpd org lain. Kelak kita mengumpul dua kecelakaan sekaligus..wallahualam

ashra said...

salam mamawana..
tergelak saya dibuatnya.. =)

ckLah said...

Salam kembali....

miZz_nizZ said...

yup..kne amek iktibar.=)

mamawana said...

Salam caiyang ibuhani...hehe... ihikksss...ssssyyyhhh

mamawana said...

sayang2 ibu


lawak ehhh....ngeeee

mamawana said...

salam caiyang arianni...

thanks for yr lovely comments

mamawana said...

salam caiyang ashra...

cute kan baby nyet tu...

mamawana said...

Salam ck...miss nizzz...

thanks.

Chik Att said...

Salam ...
Thank visit my blog ..... Salam perkenalan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...