Thursday, July 8, 2010

Jalan Pulang



Dalam mencari jalan pulang
Dengan lumpur dan selut masih bertepek di kaki
Laluan jadi kelabu, kelam dan suram
Gerimis dan kabus masih berguguran

Di sepanjang laluan ini..
Sambil meneguk manisnya Bismillah
Kenyang dengan subahanallah
Belum pantas mentafsir kilat dalam silau
Belum puas mengenal diri
Mengenal Illahi

Sebenarnya aku tidak ke mana mana
Sekadar ingin mencari Jalan Pulang
Melafaz Istigfar
Membersih diri , mencuci hati


5 comments:

kakcikseroja said...

Semoga bertemu apa yang dicari. Insya Allah. :)

Ummi Humaira said...

salam mamawana...

jalan pulang yg sudah pasti ,
tp yg tak pasti bekalan amalan kita ajer , dah penuh ke belum...

mamawana said...

Salam caiyang kakcik seroja...

Tq...sama2 mencari...

mamawana said...

Salam caiyang Ummi humaira..

Bekalan yg tak penuh2...tak puas2...penuh kemiskinan dan kefakiran. Sekadar memiliki setitis ilmu berbanding lautan nan luas, menumpang di sudut dunia. Muhasabah diri, membuang saki baki daki daki dunia yg tercalit dlm perjlnan sebuah kehidupan.

Ibuhani said...

smoga pulangnya nanti sebersih bayi yg baru dilahirkan.......insyaallah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...