Saturday, May 15, 2010

Majlis Hi Tea Hari Ibu lagi

Majlis Hari Ibu Hotel Sri Petaling


Ini majlis kedua mama attend Hari Ibu bersama jiran tetangga mama. Jom layan gambar2 jiran2 mama yang sporting. Setiap kali ada progrem kejiranan insyaallah mama akan join utk mengeratkan lagi dan beramah mesra dgn jiran tentangga mama. Ramai suri rumah sepenuh masa dan ramai juga yg bekerja. Kalu tak ada acara macam ni memang sukar utk kami bertemu dan bertukar tukar cerita. Selain berjemaah dgn progrem di mesjid kami meraikan Hari Ibu ala kadar. Sekurang2nya dptlah mengenali lebih dekat dan merealisasikan jiran2 sekampung, 40 jiran sebelah kiri, 40 jiran sebelah kanan, 40 jiran depan dan 40 jiran di belakang serta 40 jiran yg duduk sebelah atas flat dan 40 jiran yg dok sebelah bawah flat . Sini ada blok A, B, C, D, E dan F and G also maaa..... Ramai nyer jiran2 mama. Kadang2 kenal muka nama lupa. Ingat nama tersilap orang lak. Ihikkk...



Pasangan suami isteri yg sporting. Ini lah satu2nya lelaki yg hadir sbg kameraman/videoman. Yg lain 99% pompuan @ Ibu2 @warga emas. Cewahhhh Cik Puan Ros ni...sora dia sedap.. Ada pertandingan karaoke dan acara poco2 laei...


Cenderahati bagi yg hadir dan memberi sokongan pd majlis ini. TQ. Tq to Jiran Wanita. Bleh teruskan acara ini sbg acara tahunan.


Sajak Buat Ibu

Pada garis senja di wajahmu
Mungkin sempat ku warisi
mungkin tidak sempat ku lalui
Pernah ku dengar bisik suara doa ibu nan suci
Buat anak2 agar dimurahkan rezeki
dan dilindungi Illahi
Kini ...
Aku pula menjadi sptmu
Merayu pd Illahi utk anak2 semoga
dilindungi dan dimurahkan rezeki
Sukarnya membesarkan putera puteri
Dlm resah duga menanti
Adakala mereka bertingkah, enggan dgn suara 'ah'
ingin bebas mengikut kata hati
Aku... apa yg termampu
Menjejak keibuanmu yg sabar lagi murni
Dgn keringat dan lelah,
Solat dan doa yg tak putus
mohon diberkati
Amin.
(Al-Fatihah buat bonda /ibu2 yg telah terdahulu pergi)


7 comments:

Nida said...

Seronoknya apabila kita diraikan.. lagi seronok bila diraikan beramai-ramai :)

Azima said...

Salam Mamawana,
Salam Ziarah...

Bestnyer ada majlis mcm ni kan...dpt eratkan silaturrahim sesama jiran..

Selamat Hari Ibu Mamawana...

Wassalam

sayangsayangibu said...

aktif betul persatuan penduduk sana ye...

mamawana said...

Salam caiyang Nida...

Seronok meraikan semua org kan... Bila ibu2 diraikan, tersentuh jiwa...

mamawana said...

Salam caiyang Azima

Mama pun baru first time menghadiri majlis sebegitu...ihik

mamawana said...

Sayang2ibu...

Insyaallah, persatuan aktif...
mama yg lotih, tak larat nak aktif sangat...ihik...

Moh. Ghufron Cholid said...

Ibu
Aku masih melafalkan jejakmu

Ibu
Sulaman kain ketabahanmu
Yang kau berikan padaku
Telah kupajang dinding waktu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...