Monday, May 3, 2010

Aku ingin bertemu KAMU


Mula dengan Bismillah dan Salam Untuk semua

Hujung minggu hari Ahad yg berlalu, mama takda aktiviti apa2, kebiasaannya mama attend kursus Haji dan kelas fardhu Ain hingga ke petang (Dlm hati doa yg tak putus mudah-mudahan ada panggilan Haji utk mama 2010 ni). Memandangkan kursus haji ditunda minggu ni, selesai memasak, membasuh, mengemas rumah dan lunch sambil nonton TV bleh mama tertidur sepetang tadi. Setiap kali nengok TV mesti mengantuk, tertidur....entahlah. Dah kurang minat semua tu walhal kena juga ambil tahu peristiwa2 yg berlaku di sekeliling kita. Isu isu semasa hal ehwal ekonomi, politik, sosial, masalah remaja dan keagamaan wajib ambil kesah semua tu kan. Fasal opis kerja..kerja...kerja. Hidup tak habis2 dgn tugas. Hmmm......

After a boring day, mama layan album2 lama semasa umrah 5-10 tahun lalu.


Bagi bakal-bakal Haji terimalah doa ini :-

Ya Allah! jadikanlah haji mereka haji yg mabrur,saie mereke saie yg disyukuri dan dosa mereka dosa yg diampuni dengan rahmat-Mu Ya Allah! wahai yg paling mengasihani daripada segala yang mengasihani.

Ya Allah ! kami memohon dalam perjalanan mereka kebaikan dan takwa dan segala amalan mereka Engkau redhai , mudahkanlah perjalanan mereka ini dan dekatkanlan jarak mereka yang jauh.Engkau sebaik-baik yang ditinggalkan ( untuk menjaga) keluarga dan harta mereka,

Ya Allah! kami berlindung kepadaMu dari halangan rintang perjalanan dan buruknya pemandangan serta daripada keburukan masa kembali kepada harta dan keluarga, dengan rahmat-Mu Ya Allah wahai yg paling mengasihani daripada segala yg mengasihani….

Bila dikenang2 kesah suka duka yg lalu, semuanyer jadi suatu kemanisan. Bgmn kita berjaya atasi semua duka lara yg dikirim Allah swt utk menguji keimanan, kesabaran dan kekuatan mental fizikal hambanyer.

Mama pernah dilanda kemiskinan, pernah makan nasi berlauk maggi dgn anak2. Pernah dikejar anjing, pernah diragut jatuh terlentang dan terhantuk kepala di atas jalanraya dlm perjalanan mencari rezeki yg halal, pernah dihina, dituduh merempat, dicaci dimaki, ditipu sang durjana bertopengkan manusia solleh, pernah tidak dipedulikan, pernah dipinggir oleh org2 tersayang, pernah hidup sebatang kara dan pelbagai bentuk ujian kehidupan. Subhanallah. Aku hina disisi manusia namun KAMU menjemput aku menjadi tetamu MU kali ke dua. Syukur atas segala pemberianMU. Aku bahagia, life is very beautiful. Aku bahagia disisi anak2. Aku bahagia bersama rakan2 mesjid. Aku bahagia dgn teman2 yg memahami, yg sealiran menuju titian laluan yg benar. Hidup ini sementara. Hidup ini adalah suatu praktikal melalui titian sirat utk menuju syurgaMU. Aku ingin sekali bertemu KAMU. Labbaikallahhummalabbaik.......

Salam sayang untuk semua.

10 comments:

kak Erna said...

salam mamawana..bahagianya ..seronok tengok gambar ditanah suci..semoga kita semua akan dijemput kesana..amin...

kakcikseroja said...

Aku juga terlalu ingin menjejakkan kaki ke sana. Mudah2an akan sampai juga nanti. Insya Allah :)

ummumishkah said...

moga hasrat mamawana kan terlaksana!

manje said...

salam syg mamawana...

manje juga mahu doakan agar hasrat mama bertemu ngan NYA sekali terlaksana... amin ~

mamai said...

semoga segalanya diberkati....

a kl citizen said...

insyaAllah, hajat kembali ke tanah suci lagi sekali akan terlaksana. ameen.

secangkir madu merah said...

salam mama...insyaAllah semoga mama tabah hadapi semua dugaan...aku iringi doa buat mama agar sentiasa dirahmati Allah selalu...

khairyn said...

salam mamawana

Ya Allah, semoga Kau tunaikan hajat sahabatku Mamawana untuk menunaikan rukun Mu yang ke 5. Permudahkanlah urusannya Ya Allah, berkati perjalannya dan terimalah amalnya ya Allah. Sesungguhnya Kau yang maha Pemurah lagi Pengasih. Maha mengetahui dan Maha Bijaksana. Amin ya robbul alamin

idayusof. said...

Br smpt bc entri.Kita hidup ni ada pasang ada surutnyer.Ida pun cam tu jugak sbb hubby keja sndri.Ms susah mkn ns dgn telur jer.Org mmg tak nmpk kita susah, yg dia tau kita ni sntiasa sng.Kekdg ms beduit sikit mula la sedara mara nak pinjam pastu tak ingat nak byr.Ida salute mama sbb tabah n cekal hadapi segalanyer.Allah sntiasa melindungi dan mengasihi hamba2nyer.

shamsul said...

Bestnya baca citer lama... Alhamdulillah.. Tahniah.. Syukur.. Pasca haji adalah satu chapter lain dalam hidup ini.. Semoga kita semua mati dengan membawa haji yg mabrur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...