Monday, March 15, 2010

Sajak2 Kenangan buat renungan anak2 - Bakal Graduan

Sambil klik2 fail lama dlm pc, mama temui semula sajak2 lama nukilan mama semasa masih menuntut dahulu, lebih dari sepuluh tahun dah sajak2 dan puisi2 nih. Sudi sudikanlah..
Jom Layan...

(1) BACALAH

Dari bab demi bab

Dari semester ke semester

Biar tugasan bersalut airmata

Bacalah Indahnya warna pelangi
Resahnya mentafsir mimpi wangi

Disebalik onak dan duri

Jerih peri
h Biar duka di hati
Tahun demi tahun

Letihnya memikul berbungkal
Modul dan assignment
Bacalah,
Teman2ku Anak anak ku
Bangsaku...

Tentang Kalam Tuhan

Sukarnya mentafsir
Kejayaan dan kepayahan
Bagai setitis ilmu di lautan
Bacalah dengan bahasa yang lebih mudah

Dengan Iman, Ilmu dan Amal


Nukilan/Hakcipta :
Nurqaseh



(2) MELAYU

Akulah cucu cicit
Anak jati peribumi

Nusantara, seluruh daerah

Gunung dan pulau

Laut dan gelombang

Adalah milik nenek moyangku.

Langit Melayu ini

Telah dibuka kelambunya

Terdedah luas

Dunia tanpa sempadan

Globalisasi, digital dan internet.

Lalu keris Tuah
Tamingsari, gelang batu petir
Dan salasilah Tuah
Menjadi misteri
Melayu usah telagah

Aduhai Melayu

Aku, dia dan kamu,

Maralah dalam satu saf

Haiya 'alalfalah

Maralah menuju kejayaan





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...