Tuesday, February 16, 2010

Bertemu Mas Adeki


Seuntai Kasih Secebis Harapan

Jika anda menjadi pelajar
Jangan malas hendak belajar
Jika anda menuntut ilmu
Jangan sekali merasa jemu
Jika rajin mengulangkaji
Mudah jawap apa diuji
Jika anda hendak berlatih
Mesti tahan penat letih
Jangan asyik berangan angan
Tekun gigh jdi pegangan
Jika berusaha sambil lewa
Tidak hairan kalau kecewa

- Mas Adeki

Pagi Sabtu kelmarin 13 Februari 2010, mama berkesempatan bertemu Tuan Haji Mohd Sidek Mohd Dollah atau nama penanya Mas Adeki bekas Pengetua SMKBTS. Para Guru Besar dan warga pendidik serta pelajar di Wilayah Persekutuan KL pasti mengenali beliau yang tidak asing lagi.

Setiap tutur kata beliau kaya dgn unsur nasihat, pengajaran dan panduan untuk tatapan pelbagai peringkat sbg pedoman dan renungan bersama. Mama selitkan petikan2 Gurindam Pelajar hasil nukilan beliau. Anak mama, Shahran (PMR tahun 2010) begitu gembira bertemu dan bersalam dgn Mas Adeki sambil mendengar Mas Adeki memberi nasihat2 bernas.

16 comments:

maiyah said...

ilmu akan wat kita berada di hdpn

Ibuhani said...

salam mamawana.

Gd luck utk PMR Shahran nanti ekk..... :)

Precious said...

Nape x share nasihat2 bernas beliau? Alaaaa ...

mamawana said...

He he precious... kan Gurindam di atas tu sebahagian petikan nasihat beliau. Beliau berbicara dlm bentuk Gurindam. Beliau saran dapatkan bukunya nanti di pasaran. Buku yg tertera spt di atas tuuuuuuuu. Nanti gi cari kat kedai ya...

mamawana said...

Maiyah... ya membaca itu pintu ilmu. Ilmu yg ikhlas dan disusuli dgn keimanan.

mamawana said...

Insya allah Ibuhani. Thanks.

insan pendidik said...

salam,

membaca jambatan ilmu...

Nida said...

Salam..

Seronok andai dapat berjumpa dengan orang2 yang hebat

Idalara said...

salam mama
tentu pertmuan itu menjadi kenangan yg sangat berharga buat mama..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

assalamualaikum mama :D (xperkan pggil mama.. hehe.. cam pggil mama sndiri)

syukran hadir ke blog sy.. hmm.. ma'a taufiq wan najah buat shahran dlm pmr tahun ni.. :D fighting!!!

a kl citizen said...

saya ni ketinggalan bab ni
malu pun ada

tak kenal mas adeki ni

tapi
memang menarik gurindam tu

mamawana said...

Salam...
Insan pendidik mesti kenal Mas Adeki kan... motivator, bekas pengetua SMKBTS. Anak2 mama pun kata beliau seorg pengetua yg sangat baik.

mamawana said...

Nida... yeap seronok bertemu org yg berilmu. Kaya sifat kebapaan beliau. Hari tu terserempak dia kat kedai bakery dgn isteri dan anaknya..tu yg sempat berbual sekojap jo.

mamawana said...

Ya Iadalara...kenangan juga utk anak mama. Bangga dia dpt bertemu Mas Adeki.

mamawana said...

Norullisa el farisi...aina anti. Khaifahaluki?

Ya fighting for shahran PMR. Syukran singgah sini.

mamawana said...

He he KL Citizen. Sama ler kiter. Mama terserempak aje dgn Mas Adeki dan sempat berbual dan membeli buku beliau yg sangat menarik. Bleh contact dia ada no hp kat atas tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...