Tuesday, January 19, 2010

Lambaian RIndu Kaabah


Terlebih dahulu, maafkan mama di sini kerana ingin berkongsi cerita pengalaman yg tak seberapa....Sebenarnya mama rindu. Rindu pada Rumah Allah.
Wahai... Aduhai...
Alangkah bahagianyer kalau tahun ni dapat mengerjakan haji di Mekah.
Hmmmmm... mama ingin berkongsi di sini.
Dulu tahun 1998, mama sempat gi Umrah. Sempat memijak bumi Madinah dan bersolat di Masjid Nabawi. Sempat memijak lantai Kaabah. Menggigil seluruh tubuh, bergetar seluruh jantung melihat Kaabah. Entah kenapa airmata terus mengalir. Dalam kemiskinan dan kedaifan, Allah swt permudahkan rezeki mama utk menjadi tetamunya. Alhamdulillah.

Kenangan pertama sebelum memijak lantai utk memulakan tawaf kali pertama,
mama terpegun melihat 3 orang wanita badwi yang buta. Ketiga2 mereka bertongkat.
Mama hairan dlm jutaan manusia yg bertawaf bagaimana mereka boleh melaksanakan ibadah itu dengan baik sekali tanpa mengganggu jemaah lain.
Dan jutaan manusia yg lain ketika tawaf itu juga seolah2 memberi ruang yang luas
di sekeliling wanita badwi yg buta itu.
Lusuh pakaian mereka. Menunjukkak seolah2 mereka dari golongan peminta sedekah.
Mama ketika itu terus bertambah juraian airmata pilu.
Terasa diri tercabar dan diperhatikan. Terasa diri begitu kerdil dan miskin. Terasa wanita badwi itu jauh lebih mulia dari mama. Mereka seolah2 diberi layanan istimewa kerana di setiap laluan tawaf-ruang di sekeliling mereka begitu luas. Mudahnyer mereka bertawaf.



Sebagai kenangan mama sempat berposing di luar hotel yg sangat hampir dgn Masjidillharam.

Sempat melawat Jabal Tsur, Jabal Rahmah, Masjid Quba dll. Pengalaman penuh syahdu itu mama semat jauh2 di sudut hati berdoa agar dapat kembali memijak kaki di sana.

Apabila diuji dengan kesakitan, kepayahan, kelukaan, perpisahan, kemiskinan, kebencian dan permusuhan.... sabarlah daku, sabarlah, dekatkanlah hatimu pd Allah. Mama pernah berputus asa, rasa seperti mati hidup semula. Dalam kesakitan dan kemiskinan berkat doa hamba yg daif ini mama dijemput sekali lagi entah dari mana rezekinyer... umrah kali kedua pada tahun 2003.

Aku hampir pengsan bila pertama kali melihat Kaabah utk memulakan tawaf.
Ku kuatkan hati entah kenapa jantung hatiku berdetup kencang, airmata berjuraian lagi dan lagi dan lagi...berdoa jangan lah sampai aku pensang di tenga jutaan manusia yg sedang beribadah. Alhamdulillah, semuanya kembali tenang dan damai.
Habis bertahallul, lepas solat asar dan tawaf sunat, aku ingin sekali duduk2 melihat Kaabah yg tidak jemu2 dipandang. Aku duduk di saf hadapan sekali.
Wah, gembiranya dpt duduk betul2 di hadapan Kaabah direct dgn pintu Kaabah. Tiba2 aku dihalau oleh polis wanita... Hajjah..hajjah.. Aku engsot ke saf belakang.
Lagi di halau ke belakang. aku engsot lagi ke saf demi saf ke belakang. Aku terus dihalau lagi...
Eeeeiiii gerammnyerrr dlm hati ku. Aku terus mengengsot saf ke saf ke belakang.
Naper ni.. Apa salahku. Naper aku dihalau ke belakang sedang ramai lagi jemaah wanita yg duduk berzikir dan mengaji Al Quran di hadapanku. Naper aku dihalau hingga kehujung dinding sebegitu sekali dihalau.
Akhirnya aku mengalah, menyejukkan hati. Duduk berzikir, berdoa melihat Kaabah dari jauh. Tiba2 satu demi satu usungan dibawa betul2 melalui hadapan tempat ku duduk bersimpuh. Satu demi satu, di tutup dgn selimut berwarna hijau. 7 usungan ke semuanya adalah jenazah umat Islam yg meninggal dan akan disolatkan jutaan manusia muslim di sisi Kaabah. Tiba2, aku melihat akulah di dalam usungan itu. Ya , Tuhan. Bermimpikah aku? Masih hidup lagikah aku.....???!!!xxxxx????? Dan airmata berjuraian lagi.

Ujian demi ujian Illahi. Tuhan berilah daku kekuatan, ketabahan untuk terus tabah menghadapi kehidupan dunia yg sementara ini. Aku takut kiranya aku lalai dari mengingatimu. Aku takut kiranya aku riak, sombong dan lupa diri.

Tuhan, terima kasih kerana memberi ku mata utk melihat, kaki yg masih kuat berjalan,
tubuh yg kian lemah namun masih bertenaga mencari rezeki di bumi Mu. Tuhan, terima kasih kerana memberiku kesihatan dan anak2 yang memahami.

Tuhan , terima kasih kerana memberiku kesempatan utk bernafas di hari ini.
Ketika ini, saat ini dibawah naungan waktu yg penuh keberkatanMu.

Seringgit, dua ringgit, lima ringgit, seposen, dua puluh sen ku kumpul tahun demi tahun. Pasti aku akan bertandang lagi ke rumah MU. Insyaallah. Amin.


22 comments:

kakpah said...

memang kita akan sentiasa menanggung kerinduan untuk ke sana lagi dan lagi dan lagi....

Idalara said...

salam mamawana
dah sampai juga mama di bumi Allah itu..ida ntah bila lagi agaknya..

idayusof. said...

Suka baca mama nyer n3 sbb bahasa yg mama gunakan.Indah sekali....
Insya'allah Allah sentiasa berikan rezeki jika kita mempunyai niat yg baik.Seronok ya,mama dah 2 kali ke sana.
Turn Ida ntah kapan.

mamawana said...

T. kasih kakpah, sudi singgah sini.. Setiap kali membaca dan singgah di blog PDKM (CL) buat mama teringat2 kat sana. Hmmm.... terbayang-bayang, terdengar dengar tapak kaki, selipar bergegas gegas menuju ke masjidilharam tatkala azan berkumandang nak merebut saf agar dpt bertentang mata dgn kaabah. Hmmmm.......alhamdulillah

mamawana said...

Idalara, insyaallah kadang kala kita dpt rezeki dari sumber yg tidak disangka2. Mana tahu entah2 ada rezeki kita gi sama. Jumpa di sana...

mamawana said...

Idaaa..... mama lapar ler. Ada bawak apa2 makanan utk mama tak. Heee..... Best taman resepi Ida.

Tu lah Ida, tak terduga, Allah bagi ujian yg hebat, hati diselaputi kebimbangan. Takut tak tertanggung cabaran kehidupan. Kemudian Allah permudahkan laluan.... Sesungguhnya dia Ya Rahman Ya Rahiim.

Antara sabar dgn tidak ajer. Benar kata rangtuo2 dlm kepayahan ada kesenangan. Jom kita pakat2 gi sana....

SiNoMoSa said...

Salam Mamawana,

Sayu membaca cacatan ini.
Sebenarnya 1001 rasa yg sy alami utk melangkah ke kota suci itu sekarang.
Risau, takut akan dosa2 yang telah lalu..
Teruja kerana dipermudahkan jua utk ke sana.
Namun, jika tidak keberatan..mama titipkan lah nasihat agar sy jd bekalan utk ke sana suatu hari nanti.
Terima kasih

Syuhada Kamal said...

salam mamawana,

t.kasih share pengalaman berharga tu..sayu hati baca..mudah2an Allah bagi kesempatan utk mamawana menjejakkan kaki lagi kesana..dan diberi peluang juga utk saya,walaupun sekali...

maiyah said...

indahnya kalo dpt gi sana.. sy mmg nak sgt tapi xde sapa nak temankan.. tgh cari info kalo ada x service kat sana yg bleh upah org utk tulung kalo sy buang air atau mandi

sinar_islami said...

walaupun sudah dkt dgn negara yg mempunyai bumi barakah...
tapi blm ade rezki...
hajat sgt mahu menjadi tetamu Allah di sana

ummi humaira said...

salam mama wana...
tiada perjalanan di dunia ini yg paling manis dikenang kecuali perjalanan ketanah suci Mekkah dan Madinah ...
impian untuk kesana lagi terasa macam meluap2 aje..
time kasih berkongsi cerita disana ..

mamawana said...

Salam Sinomosa..... mama pun sentiasa didik diri sendiri utk selalu positif dan bersangka baik pd Allah swt. Sekadar insan biasa macam mama ni iman setipis kulit bawang perlu sentiasa mengingati diri sendiri. Dgn sahabat, Berpesan pesan dlm kesabaran dan berpesan2 pd kebaikan....insyaallah dipermudahkan. Kita akan sering diuji...

mamawana said...

Tq syuhada Kamal. Maiyah...insyaalah diberi peluang ke sana. Mama doakan maiyah akan sampai jua ke sana suatu hari nanti. Amiiinn.

mamawana said...

Salam Sinar Islami.... bahagia bila dah dekat dgn bumi yg barakah tu. Insyaallah sampai.

mamawana said...

Ummi humaira...itulah. Setiap kali buka blog PDKM...itu yg membuat hati bagai dijentik2 utk ke sana. Hmmmm.....Tengah kumpul duit ...10 sen, 20 sen.... kira duit tabung bila buleh cukup nak ke sana. Banyak sangat komitmen. Harga gula naik, harga tepung naik, petrol naik...serba serbi kos hidup makin tinggi. Anak2 nak masuk U lagi, tu yg tertangguh dan lambaian kerinduan pun menyapa. Insyaallah. Ada rezeki , Jom kita pi sama2.

CIK IZ said...

salam mama..

seronoknya dah sampai ke sana..

berhajat sangat utk ke sana..
doakan ye mama..

~syg mama~

Kamsiah said...

alhamdulillah..mama dah sampai sana...tempat idaman setiap muslim/muslimah....

zai said...

salam mamawana...

nak menitis air mata bila sebutkan tentang pengalaman orang2 yg pernah menjejakkan bumi ke tanah haram..Mekah utk mengerjakan umrah dan haji kerana zai sendiri terlalu rindu utk menjadi antara salah seorang yg terpilih utk kesana..wlupun harapan terlalu menggunung tinggi..entah bila akan tertunai hajat dihati..sbb itu sekarang berusaha keras menyimpan wang krn berhajat benar dapat kesana sewaktu masih sihat dan kuat.

ZihNuN FaTiN said...

teringinnya nak g sana mama..insyaAllah klu de rezeki nanti..=)

C'Jai said...

Setiap kali membaca tentang tanah haram...hati selalu jadi sebak...aduh.... Rindunya... Alhamdulillah mamawana dah beberapa kali dijemputNya ke sana...

MumMe said...

Terkenangkan pakcik yg baru meninggal di madinah...6nov lalu...moga berpeluang ke Bakir dlm 5 tahun ini...

Panglima Muda said...

semuga allah memberkati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...